31 December 2013

'MULIA'NYA POLIS MESIR



Seorang muslimat telah diganyang polis mesir. Hati manusia bertuhankan As Sisi ini sudah mati dari mengenal erti kemanusiaan.

Pertempuran hari kedua di Al-Azhar



Beberapa penuntut melarikan diri ketika sebutir bom petrol dilemparkan ke arah mereka dalam pertempuran terbaharu di Universiti Al-Azhar, Kaherah, kelmarin. - REUTERS
KAHERAH 30 Dis. - Pertempuran antara pasukan keselamatan Mesir dan pelajar yang menyokong bekas Presiden, Mohammed Mursi meletus masuk hari kedua di seluruh kampus lelaki Universiti Al-Azhar di sini, semalam.
Insiden keganasan berlaku di hadapan Fakulti Perdagangan ketika peperiksaan semester akhir yang dijadualkan bermula kelmarin, terpaksa ditunda selepas berlaku kebakaran di bangunan utama fakulti.
Pasukan keselamatan menggempur kampus universiti bagi memastikan peperiksaan semester akhir di fakulti lain universiti itu tidak diganggu pelajar yang menyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin yang mahu memulaukan peperiksaan tersebut masuk hari kedua.
Kelmarin, pelajar pro-Mursi enggan membenarkan pelajar-pelajar lain di universiti itu menghadiri peperiksaan hari pertama.
Portal berita Al-Ahram melaporkan, pasukan keselamatan menggunakan gas pemedih mata bagi menyuraikan pelajar di hadapan universiti berkenaan.
Seramai 27 orang pelajar Universiti Al-Azhar dilaporkan ditahan pasukan keselamatan kerana terbabit dalam kekacauan yang bermula kelmarin.
Mereka didakwa melakukan rusuhan, mencetuskan huru-hara, mengasari anggota keselamatan, merosakkan harta benda awam dan mengingkari perintahan tahanan.
Pihak tentera turut menahan lima orang bukan pelajar universiti atas dakwaan menyerang anggota keselamatan.
Kekacauan itu memaksa pentadbiran institut pengajian tinggi berkenaan menunda peperiksaan di beberapa fakulti.
Sementara itu, Timbalan Presiden Universiti Al-Azhar kampus Assiut, Mohamed Abdel Shafi berkata, pihak pentadbiran fakulti undang-undang yang bermesyuarat bersetuju menunda peperiksaan yang dijadualkan semalam.
Tambahnya, peperiksaan yang ditunda hanya membabitkan 13 daripada 15 fakulti dengan penangguhan hanya membabitkan fakulti undang-undang dan sains. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131231/lu_04/Pertempuran-hari-kedua-di-Al-Azhar#ixzz2p2oDpccI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Al Sisi hidup, meninggal?


31 Disember 2013

Abdel Fattah Al Sisi
Pelbagai spekulasi dicetuskan media terhadap Al Sisi.

Al Sisi hidup, meninggal?
Puluhan pelajar Universiti Al-Azhar menjadi mangsa serangan gas pemedih mata, semalam
KAHERAH - MESIR. Khabar angin mengenai kematian Jeneral Abdel Fattah Al Sisi kembali bertiup kencang apabila banyak laman blog menyatakan ketua tentera itu sudah meninggal dunia.

Dikhabarkan juga, mayat beliau kini disimpan di sebuah kem tentera sebelum diletupkan bagi membolehkan pergerakan Ikhwanul Muslimin dipersalahkan.

Ogos lalu, berita kematian Al Sisi juga disebarkan selepas media Saudi menyiarkan berita beliau meninggal dunia akibat serangan jantung.

Apa pun, semua berita tersebut terus menjadi tanda tanya semua pihak.

Bagaimanapun, kelmarin sebuah akhbar Amerika Syarikat (AS) menyiarkan Setiausaha Pertahanan AS Chuck Hagel ada menghubungi Al Sisi untuk menyatakan takziah berhubung serangan di Ibu Pejabat Polis di Kaherah.

Menurut kenyataan Pentagon, Hagel juga menawarkan bantuan untuk menyiasat kejadian itu.

“Hagel ada berbincang mengenai kerjasama politik dan keseimbangan keselamatan serta kebebasan,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, kelibat Al Sisi masih dilihat dalam majlis rasmi terutama ketika Presiden Sementara Adley Mansour mengumumkan pelan referendum bagi membentuk Perlembagaan baru.

Dalam perkembangan lain, stesen berita Al Jazeera mendesak pasukan keselamatan membebaskan tiga wartawannya selepas ditahan kelmarin.

Alasan penahan mereka bagaimanapun tidak dinyatakan.

Kumpulan hak asasi manusia berkata, petugas media di Mesir kini berhadapan kesukaran sejak Presiden Mohamed Mursi digulingkan.

Sementara itu, laporan dipetik dari Agensi, polis meneruskan usaha meleraikan protes di Universiti Al-Azhar dengan menggempur asrama dan beberapa fakulti.

Tunjuk perasaan sama turut tercetus di bandar Al-Terperinci, Beni Suef dan Iskandariah.

30 December 2013

Krisis Mesir bertambah buruk


30 Disember 2013

KAHERAH - MESIR . Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Timur Tengah mengecam tindakan kerajaan sementara Mesir yang enggan menarik balik pengisytiharan pergerakan Ikhwanul Muslimin (IM) sebagai kumpulan pengganas.

Pengarah kumpulan itu Sarah Leah berkata, tindakan menuduh IM terlibat dalam pengeboman ibu pejabat polis pada 25 Disember lalu tidak berasas kerana tiada bukti kukuh.

“Tindakan menggelar IM sebagai pengganas memburukkan lagi krisis politik di negara itu. Kerajaan sementara perlu segera mengubah keputusan itu dan jangan lagi mengganggu pergerakan tersebut,” katanya, dipetik dari laporan Press TV.

Sementara itu, polis anti rusuhan menggempur kampus Universiti Al-Azhar pada hari kedua bagi menghalang tunjuk perasaan.

Kekecohan tercetus apabila polis menggunakan gas pemedih mata sehingga meragut seorang pelajar dan puluhan cedera parah.

Profesor universiti dan pengawal keselamatan menuduh pelajar menghalang pintu masuk ke kelas bagi menduduki peperiksaan dan mengganggu penuntut yang ingin masuk ke dalam kampus.

Bunyi tembakan tak jejas tumpuan jawab soalan


Ipoh: “Kami tetap tidak berganjak dan cuba kekal fokus pada kertas peperiksaan walaupun polis dan perusuh bertempur di pekarangan universiti. Sekali sekala hati kami gelisah bila terdengar bunyi tembakan dilepaskan polis untuk meleraikan demonstrasi,” kata penuntut Malaysia di Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir, Muhammad Amin Nordin, 22.

Menurutnya, pertempuran antara penuntut universiti yang menyokong bekas presiden Mesir, Muhammed Mursi dan polis tiba ke kemuncak apabila kumpulan lebih 500 penuntut Al-Azhar yang berkumpul mengadakan perhimpunan di pekarangan universiti itu digempur polis.


“Kumpulan penuntut universiti ini mula melakukan demonstrasi sejak awal bulan lalu, namun ia hanya dilakukan secara aman di beberapa lokasi di Al Azhar Husin, Haiyu Sadis dan Kuliah Banat, di sini. Bagaimanapun, tindakan penuntut ini dilabelkan kerajaan sementara Mesir dan polis sebagai ‘pengganas’ selain kononnya didalangi parti Ikhwanul Muslimin.



“Bagaimanapun, kejadian pertempuran dan kebakaran di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Al-Azhar semalam (kelmarin) menimbulkan pelbagai tanda tanya kerana kebiasaannya demonstrasi dilakukan secara aman oleh penuntut Al-Azhar. Tidak timbul sebarang unsur provokasi terhadap pihak berkuasa sebaliknya mereka hanya mahu menyatakan sokongan terhadap Presiden Mursi yang digulingkan pada Julai lalu,” katanya.


Muhammad berkata, tidak munasabah penuntut Al-Azhar membawa masuk bom petrol dan membakar bangunan fakulti universiti terulung ini petang kelmarin.


“Malah, kawalan keselamatan di pintu masuk universiti diperketatkan dan tiada sebarang senjata atau bahan letupan dibenarkan dibawa masuk. Kejadian kebakaran bangunan universiti ini dianggap tidak munasabah dan sukar dipercayai.

“Apa yang dibimbangkan jika golongan samseng upahan digelar `baltoji’ menyelinap masuk dan mencetuskan hura-hara hingga menyebabkan penuntut Al-Azhar dipersalahkan. Ini sekali gus memberi ‘lesen’ kepada pihak polis menggempur dengan melepaskan tembakan dalam kejadian semalam (kelmarin),” katanya.


Menurutnya, media tempatan termasuk stesen televisyen memberi laporan berat sebelah apabila cuba melabelkan penuntut Al-Azhar yang menyokong Mursi sebagai pengganas dan sengaja merosakkan harta benda kerajaan. “Kejadian pertempuran antara polis dan penuntut pro Mursi di pekarangan universiti boleh diibaratkan seperti perang. Namun, pihak universiti tetap meneruskan sesi peperiksaan di dalam bangunan kuliah tanpa mengendahkan apa yang berlaku. “Keadaan ini berlaku sejak Isnin minggu lalu, namun penuntut Malaysia tetap tidak gentar untuk hadir menghadapi peperiksaan walaupun ditangguhkan beberapa jam oleh pihak universiti. Biasanya peperiksaan akan diumumkan oleh pentadbir universiti sejurus polis meleraikan tunjuk perasaan,” katanya yang mengambil peperiksaan subjek Adab dan Balaghah, pagi semalam.

Dia berkata, dalam peperiksaan subjek Usuluddin Selasa lalu, kebanyakan penuntut tahun pertama yang sedang menjawab kertas peperiksaan tidak berganjak walaupun mendengar bunyi tembakan dan jeritan di luar bangunan.


“Apa yang saya tahu, dua penuntut universiti ini yang terbabit dalam demonstrasi ditembak mati oleh polis manakala 100 yang lain ditahan dalam pertempuran terbaru petang semalam (kelmarin).


“Difahamkan, ada antara penuntut dihalang untuk memasuki bangunan universiti bagi menduduki peperiksaan oleh pihak polis hingga mencetuskan rusuhan,” katanya.


Sementara itu, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dalam kenyataannya semalam, mengarahkan semua penuntut Malaysia mempertingkatkan keselamatan diri masing-masing.


Penuntut Malaysia digalakkan datang ke kuliah dua jam lebih awal selain menyediakan beg kecemasan yang diisi salinan pasport, telefon bimbit dan ubatan peribadi.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Pejabat perisikan dibom


Kaherah: Sebuah bom meletup berhampiran bangunan risikan ketenteraan di utara Mesir, semalam, menyebabkan empat askar cedera.

Pihak tentera dalam satu kenyataan melaporkan, letupan berlaku di wilayah Sharqiya di Delta Nil itu mengakibatkan tembok utama bangunan itu musnah.


Kejadian berlaku hanya selang seminggu selepas dua serangan lain di negara itu. Selasa lalu, seorang pengebom berani mati meletupkan keretanya di sebuah bangunan polis di Mansoura, utara Kaherah mengakibatkan 15 maut.



Sementara itu, Khamis lalu sebuah bom mengakibatkan lima cedera di Kaherah.


Pihak tentera menyifatkan serangan terbaru itu sebagai “satu lagi serangan pengecut dilakukan pihak pengganas.” - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

29 December 2013

Tekanan kepada jemaah ikhwan muslimin di Mesir semakin hebat bila ia di ishtiharkan sebagai jemaah pengganas.

Tekanan kepada jemaah ikhwan muslimin di Mesir semakin hebat bila ia di ishtiharkan sebagai jemaah pengganas. 

Mana-mana yang menyertai demo boleh dihukum penjara sampai 5 tahun.

Manakala pimpinan ikhwan boleh dijatuhkan hukuman sehingga GANTUNG SAMPAI MATI.

Semakin banyak tangkapan dibuat sekarang terhadap ahli ikhwan di beberapa negeri.

Di Mansoorah,supermarket dan kedai-kedai milik orang ikhwan diserbu dan dirompak, polis berdiam diri tanpa berbuat apa-apa.

Al Jazeera Al ikbariyah.
 

Seorang pelajar ditembak dengan peluru penabur tepat mengenai kepala lalu meninggal di tempat kejadian (kuliah tijarah)

PETIKAN DARI ADMIN PILIHANRAYA MESIR

"Baru sebentar tadi berdekatan kuliah kami.

Seorang pelajar ditembak dengan peluru penabur tepat mengenai kepala lalu meninggal di tempat kejadian (kuliah tijarah)

Penembak adalah polis."

Hasbiallahu wanikmal wakil.

Sumber asal: https://www.facebook.com/PilihanrayaMesir

Pelajar ditembak mati pertempuran di Universiti Al-Azhar


KAHERAH 28 Dis. - Seorang pelajar ditembak mati dalam pertempuran antara polis Mesir dan pelajar Islam di dalam kampus Universiti Al-Azhar di sini hari ini, kata pegawai Kementerin Kesihatan.
Menurut pegawai, pelajar berusia 19 tahun itu terbunuh apabila polis memasuki kawasan kampus untuk berdepan dengan penunjuk perasaan yang bertindak ganas dan membakar bangunan fakuti perniagaan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131228/lu_10/Pelajar-ditembak-mati-pertempuran-di-Universiti-Al-Azhar#ixzz2opkxkGAW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Universiti al-Azhar terbakar dalam pertempuran


anggota bomba memadam kebakaran bangunan di Universiti Al-Azhar bangunan sebuah fakulti di Universiti Al-Azhar selepas penyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin bertempur dengan polis di Kaherah, semalam. - AP
KAHERAH 28 Dis. - Seorang maut dan empat orang lain cedera serta dua buah bangunan Universiti al-Azhar di sini hari ini terbakar selepas pelajar institusi pengajian tinggi yang menyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin bertempur dengan polis.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Mesir, Khaled al-Khatib berkata, empat orang cedera selepas pelajar membakar sebuah bangunan di universiti tersebut.
Seorang aktivis Shaimaa Mounir berkata, Khaled El-Haddad terbunuh dalam kejadian tersebut namun tidak dapat dipastikan punca kematiannya adalah disebabkan dipukul atau terkena tembakan rambang.
Polis berkata, sebanyak 60 pelajar pro-Ikhwanul Muslimin ditahan kerana memiliki senjata patah dan bom petrol yang dipercayai digunakan untuk menggangu peperiksaan pertengahan tahun yang bermula hari ini.
Sementara itu, akhbar Al-Ahram melaporkan, pertempuran tersebut berlaku selepas pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan pelajar pro Ikhwanul Muslimin yang cuba menghalang rakan-rakan mereka memasuki bangunan universiti untuk mengambil peperiksaan.
Penunjuk perasaan turut bertindak membaling batu ke arah polis dan membakar tayar kereta.
Liputan saluran televisyen tempatan menunjukkan kepulan asap keluar dari bangunan Fakulti Perdagangan dan bangunan Fakulti Pertanian.
Sejak kebelakangan ini, Universiti Al-Azhar yang merupakan pusat pembelajaran Islam terkemuka sering menjadi kawasan demonstrasi bantahan terhadap apa yang disifatkan sebagai 'rampasan kuasa oleh tentera' selepas penggulingan bekas Presiden, Mohammed Mursi.
Keganasan itu berlaku sehari selepas pertempuran antara penyokong pergerakan tersebut dengan pihak berkuasa di seluruh negara yang menyaksikan lima orang terbunuh.
Penyokong Ikhwanul Muslimin mengadakan perhimpunan di jalan raya semalam, selepas kerajaan melabelkan kumpulan tersebut sebagai pengganas. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131229/lu_04/Universiti-al-Azhar-terbakar-dalam-pertempuran#ixzz2opklQe1a
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pelajar bakar Universiti Al-Azhar



API membakar bangunan Fakulti Perdagangan Universiti Al-Azhar di Kaherah semalam.


KAHERAH - Imej Universiti Al-Azhar, Mesir yang berusia lebih 1,000 tahun sebagai gedung keilmuan Islam terulung dunia tercemar apabila sekumpulan penyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin bertindak membakar sebuah bangunan fakulti universiti itu semalam, kata beberapa pegawai keselamatan.
Menurut mereka, penyokong pergerakan itu melakukan serbuan di bangunan tersebut ketika sejumlah pelajar sedang menduduki peperiksaan.
Kumpulan penyokong pergerakan itu bertindak membakar bangunan tersebut sebelum anggota polis dan pasukan keselamatan tiba dan melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.
Dalam kejadian itu, seorang pelajar yang merupakan penyokong pergerakan berkenaan, Khaled El-Haddad mati ditembak ketika bertempur dengan anggota polis.
Pelajar berusia 19 tahun itu terbunuh ketika anggota-anggota polis memasuki kampus universiti tersebut.
Menurut beberapa pegawai keselamatan, empat orang turut cedera dalam kejadian itu.
Para penunjuk perasaan membaling batu ke arah polis dan membakar tayar bagi mengelak pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata.
Stesen televisyen tempatan menyiarkan gambar-gambar asap yang kelihatan di Fakulti Perdagangan Universiti Al-Azhar.
Seorang pegawai polis berkata, 60 pelajar ditangkap selepas kebakaran di tingkat pertama bangunan tersebut berjaya dikawal oleh anggota bomba.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1229&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2ookSUwma 
Hakcipta terpelihara 

28 December 2013

IM terus jadi sasaran

IM terus jadi sasaran28 Disember 2013

Individu yang menyertai demontrasi pro-IM atau menyokong secara lisan atau bertulis bakal berhadapan hukuman penjara lima tahun.

KAHERAH - MESIR . Kebangkitan dan kemarahan rakyat Mesir tidak dapat dibendung selepas keganasan meningkat sejak kerajaan sementara mengisytiharkan pergerakan Ikhwanul Muslimin (IM) sebagai pengganas.

Usaha kerajaan sementara untuk melenyapkan pergerakan IM itu dibuat tanpa jemu sungguhpun mendapat protes dari rakyat.

Kelmarin, satu lagi kejadian letupan berhampiran sebuah bas menggegarkan Kaherah dan turut menyebabkan lima cedera.

Beberapa pihak dilihat cuba mengambil kesempatan untuk menuduh IM sebagai dalang insiden itu walaupun tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab.

Dalam perkembangan lain, seramai 23 penyokong IM diberkas sehari selepas kerajaan sementara menyenaraihitamkan pergerakan Islam tersebut.

Kesemua mereka didakwa mengedarkan risalah yang kononnya menghasut keganasan dan mengandungi ideologi IM.

Difahamkan, mana-mana individu yang disabit bersalah kerana menjadi anggota kanan IM atau membiayai atau memberikan maklumat kepada pergerakan itu bakal berdepan hukuman penjara seumur hidup. 

Rabu lalu, kerajaan sementara mencari helah untuk menahan Naglaa Ali Mahmoud isteri Mursi dengan menabur fitnah bagi membolehkan wanita berjiwa cekal itu ditahan. - Al-Jazeera

Mereka bukan tentera Islam tetapi TENTERA FIRAUN !

RAMPASAN KUASA sebelum ini menunjukkan seorang gadis diheret ke tengah jalan oleh KUDETA MESIR. 

Mereka bukan tentera Islam tetapi TENTERA FIRAUN !
 

Seorang pemuda bernama Ammar Ramal baru sahaja Syahid

Seorang pemuda bernama Ammar Ramal baru sahaja Syahid selepas terkena peluru di bahagian dada. Sekarang sedang berlaku perarakan di kebanyakan kawasan Mesir dan beberapa pertempuran antara orang awam dan pihak polis. Beberapa penangkapan juga sudah dilakukan tidak mengambil kira sama ada perempuan atau lelaki. Kedengaran bunyi letupan dan tembakan dilepaskan. 

Untuk pengetahuan minggu ini dinamakan Minggu Kemarahan oleh pihak Pro-Morsi selepas apa yang dilakukan oleh pihak Sisi ke atas masyarakat dan mengharamkan pertubuhan Ikhwan Muslimin.

Kepada semua mahasiswa/siswi Malaysia supaya berhati-hati dan mengikut peraturan yang sudah dikeluarkan.

Mari kita sama-sama doakan supaya bantuan Allah itu datang kepada mereka yang benar.

Kami rakyat Malaysia bersama dengan kepimpinan Morsi dan Ikhwan Muslimin !

Lagi usaha lumpuhkan Ikhwan


Gambar fail bertarikh 22 Julai lalu, menunjukkan sekumpulan penunjuk perasaan prokerajaan sementara dan tentera, mengejar dan memukul seorang pengikut Ikhwanul Muslimin dalam satu pertempuran di Dataran Tahrir, Kaherah, Mesir. - AFP
KAHERAH 27 Dis. - Sekurang-kurangnya tiga penyokong bekas Presiden, Mohammed Mursi maut dalam pertempuran dengan pihak berkuasa di beberapa lokasi berasingan di negara ini hari ini, lapor al-Jazeera.
Menurut al-Jazeera yang memetik sumber, seorang pemuda berusia 20 tahun mati ditembak di Damietta, sementara seorang lagi maut di Minya apabila tin gas pemedih mata yang dilempar polis, terkena bahagian mukanya sementara seorang lagi terkorban dalam rusuhan di bandar ini.
Kementerian Dalam Negeri Mesir mendakwa, sebanyak dua buah kereta polis dibakar penunjuk perasaan, ketika pasukan keselamatan cuba menyuraikan beberapa perhimpunan yang diadakan selepas solat Jumaat di seluruh negara.
Kira-kira 265 penunjuk perasaan turut ditahan, selepas pihak berkuasa Mesir menahan kira-kira 23 pengikut Ikhwanul Muslimin, sehari selepas pergerakan tersebut disenaraikan sebagai kumpulan pengganas oleh kerajaan sementara negara ini.
Agensi berita tempatan MENA melaporkan, semua individu yang ditahan, dituduh mengedarkan risalah untuk menyokong Ikhwanul Muslimin, menyebarkan ideologi pergerakan itu dan menghasut orang ramai melakukan keganasan terhadap pasukan keselamatan Mesir.
Responden al-Jazeera di Mesir, Peter Greste melaporkan, sesiapa yang disabitkan kesalahan menjadi orang kanan Ikhwanul Muslimin, membiayai atau menyediakan maklumat kepada kumpulan tersebut, boleh berdepan hukuman penjara seumur hidup.
Tindakan kerajaan sementara menyenarai Ikhwanul Muslimin sebagai pertubuhan pengganas juga benar-benar memberi kesan terutamanya kepada persatuan-persatuan amal yang disokong pergerakan Islam itu yang beroperasi di seluruh kawasan miskin di Mesir. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131228/lu_03/Lagi-usaha-lumpuhkan-Ikhwan#ixzz2oiyfC8kn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki maut ketika bantahan

Lelaki maut ketika bantahanPelajar yang menyokong Ikhwanul Muslimin bertopeng ketika membuat bantahan di Universti al-Azhar di Kaherah semalam. - Foto AP 

Kaherah: Polis Mesir semalam, berkata seorang lelaki maut dalam pertempuran ketika ketegangan semakin memuncak di ibu negara, berikutan pengeboman bas dan penangkapan anggota Ikhwanul Muslimin selepas menyenaraikan ia sebagai pertubuhan pengganas.

Golongan penuntut yang menyokong pertubuhan berkenaan mengadakan tunjuk perasaan di Kaherah malam kelmarin, bertempur dengan pembangkang Presiden Mohamed Morsi dalam pertempuran yang menyebabkan seorang meninggal dunia, kata Kementerian Dalam Negeri.

Kenyataan kementerian semalam menambah, tujuh penyokong Ikhwanul Muslimin ditahan selepas polis melepaskan gas pemedih mata. Kumpulan itu semalam, berjanji meneruskan bantahan di sebalik tindakan keras dilancarkan ke atas pergerakan itu.


“Mari mulakan arus baru tindakan antirampasan dengan kekuatan penuh dan keamanan,” kata Pakatan Anti-Rampasan diketuai pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

AS kecam bantahan

Bantahan kelmarin dibuat beberapa jam selepas letupan bom di sebuah bas di utara Kaherah, mencederakan lima orang dan mengundang kecaman Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry.

Jurucakap Jabatan Negara, Jen Psaki, berkata Kerry juga meluahkan kebimbangan mengenai penyenaraian Ikhwanul Muslimin sebagai kumpulan pengganas, dalam perbualan telefon dengan rakan senegaranya di Mesir, Nabil Fahmy.
Tindakan keras ke atas Ikhwanul Muslimin menyerlah dalam siri pilihan raya yang diadakan selepas penyingkiran Hosni Mubarak pada 2011, dilancarkan selepas kerajaan disokong tentera menyalahkan ia di atas kejadian pengeboman kereta di ibu pejabat polis Selasa lalu yang didakwa dilakukan kumpulan jihad.

Kerry menggariskan keperluan bagi proses politik yang memasukkan semua pihak, kata Psaki.

Letupan kelmarin memecahkan tingkap bas ketika melalui penempatan Kota Nasr di Kaherah.

Pekerja binaan, Mahmud Abd al-Al, berkata beberapa mangsa berlumuran darah dan seorang lelaki kehilangan kaki. - AFP

27 December 2013

KUDETA MULA MEMAKAN ANAK SENDIRI.



Mahkamah semalam menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun dan denda 50 ribu junih terhadap 3 aktivis revolusi 25 januari 2011 yg menumbangkan Mubarak. 

Mereka terdiri drp Ahmad Mahir(kiri) ketua gerakan 6 April yg dianggap antara pertubuhan yg berperanan besar dlm revolusi tersebut,juga 2 rakan beliau mohd Adil(tengah) dan Ahmad Dumah.

Mereka dijatuhkan hukuman tersebut kerana mengadakan demo beberapa minggu lepas memprotes "kanun demo" yg cukup kejam.

Hasil drp keputusan tersebut gerakan 6 April mengajak semua gerakan revolusi utk bersatu bagi berdemo besar-besaran pd 25 jan nanti utk menumbangkan krjn sekarang. 

Untuk makluman,gerakan 6 April sblm ini adalah penyokong kuat tentera dlm menjatuhkan Dr Mursi.

Mesir istihar Ikhwanul Muslimin pengganas

Mesir istihar Ikhwanul Muslimin pengganas27 Disember 2013

KAHERAH - MESIR. Pihak berkuasa  Mesir dilaporkan meningkatkan tekanan ke atas penyokong Ikhwanul Muslimin selepas mengisytiharkannya sebagai kumpulan pengganas, semalam.

Menurut laporan Reuters, pengumuman itu menggunakan klasifikasi baharu untuk menahan berpuluh-puluh penyokongnya semalam, manakala seorang meninggal dunia dalam pertempuran di jalan yang disebabkan oleh ketegangan politik.

Selain itu, letupan bom yang berlaku di pinggir bandar Kaherah mencederakan lima orang - serangan kedua minggu ini selepas seorang pengebom berani mati membunuh 16 orang utara ibu negara pada Selasa lalu.

Jeneral Tentera Mesir, Abdel Fattah al- Sisi, yang mengetuai penggulingan Presiden Mohamed Mursi pada bulan Julai berkata, Mesir akan menjadi "lambang" keganasan.

DI Washington, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry memanggil Menteri Luar Mesir Nabil Fahmy dan "menyatakan kebimbangan" berhubung pengistiharan itu dan tangkapan di Mesir baru-baru, kata jurucakap Jabatan Negara, Jen Psaki.

Kerry dilaporkan mengutuk serangan bom tetapi "menekankan keperluan untuk proses politik inklusif di seluruh spektrum politik yang menghormati hak-hak asasi manusia oleh semua rakyat Mesir untuk mencapai kestabilan politik dan perubahan demokratik," kata Psaki .

Insiden bom di Kaherah telah mengakibatkan tingkap sebuah bas pecah dan menjadi serangan pertama yang dilakukan di kawasan orang ramai.

Bagaimanapun, tidak ada pihak mengaku bertanggungjawab berhubung kejadian.

Kerajaan Mesir mengisytiharkan Ikhwanul Muslimin sebagai kumpulan pengganas Mursi Rabu lalu sebagai tindak balas kepada serangan berani mati yang menyasarkan balai polis sehari sebelum serangan di bandar Mansoura.

Kumpulan itu dituduh menjalankan pengeboman tersebut sedangkan Ikhwanul Muslimin sendiri  mengutuk serangan terbabit.

Isteri Mursi jadi sasaran fitnah

27 Disember 2013

Isteri Mursi jadi sasaran fitnahNaglaa masih mendapat sokongan padu daripada rakyat Mesir yang mengutuk rampasan kuasa di Mesir.

KAHERAH - MESIR. Satu kumpulan didalangi kerajaan sementara Mesir kini giat melakukan kempen memburukkan imej isteri Presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi.

Menurut MB News, anak Mursi, Osama mendedahkan, kumpulan itu berusaha mengaitkan penglibatan ibunya, Naglaa Ali Mahmound dalam kes pengintipan, keganasan dan pembunuhan sama seperti dilakukan terhadap bapanya.

“Kempen ini dilakukan setiap hari oleh media yang dibayar tentera dan menteri kanan. Mereka cuba mengalihkan pandangan rakyat demi menutup kejahatan yang dilakukan terhadap rakyat,” katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa dan media diingatkan supaya menghentikan perbuatan tidak bermoral ini.

“Mereka perlu menghormati adat dan tradisi rakyat Mesir. Cara ini adalah taktik kotor dan murah untuk mencari pengaruh dalam dan luar negara,” katanya.

Osama berkata, beliau mewakili ibunya akan mengekalkan segala tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini termasuk mendedahkan segala pembohongan dan fitnah yang dilakukan oleh kerajaan sementara.

Ikhwan bantah diisytihar pengganas


Kaherah: Seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin menyelar tindakan kerajaan Mesir mengisytiharkan pergerakan itu kumpulan pengganas.

Sambil menyifatkan keputusan itu dibuat dengan tergesa-gesa.



Ibrahim Elsayed, anggota Parti Pembebasan dan Keadilan, sayap politik Ikhwan sebaliknya berikrar akan meningkatkan tunjuk perasaan di seluruh Mesir.

“Kami akan meneruskan bantahan jalanan walaupun undang-undang melarang kami berbuat demikian selepas diisytiharkan pertubuhan pengganas.

“Keputusan kerajaan tidak mempunyai nilai bagi kami dan ia hanya berharga sama dengan sekeping kertas yang mengandungi perisytiharan berkenaan.

“Pembunuhan, hukuman penjara dan perisytiharan terbaru itu tidak akan mengubah semangat kami,” katanya.

Kerajaan sementara Mesir yang disokong tentera mengharamkan kumpulan berkenaan sehari selepas serangan terhadap ibu pejabat polis di Mansoura, utara Kaherah, yang meragut kira-kira 15 nyawa.

Ikhwan turut mengecam serangan berkenaan.

Perisytiharan mengharamkan kumpulan itu juga menggambarkan kemungkinan gerakan lebih besar dilancarkan untuk menghapuskan Ikhwan yang ditubuhkan 85 tahun lalu.

Seorang lagi anggota Ikhwan, Islam Tawfiq, berkata, kumpulan itu bercadang menimbang mencabar perisytiharan berkenaan di mahkamah tempatan atau luar negara.

“Sebuah kerajaan sementara yang hanya berkuatkuasa selama sembilan bulan tidak layak untuk mengharamkan Ikhwan yang sudah beroperasi hampir 90 tahun,” kata Islam.

Langkah kerajaan sementara Mesir itu adalah satu lagi keputusan yang bertujuan melumpuhkan sumber kewangan Ikhwan dengan membekukan dana lebih 1,000 pertubuhan bukan kerajaan yang ada kaitan dengan Ikhwan dan meletakkan lebih 100 sekolah yang diuruskan Ikwan di bawah pengawasan kerajaan.

Ia secara langsung akan menjejaskan kekuatan Ikhwan di peringkat bawah, sumber kekuatan kumpulan itu.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/27

Semasa Pemerintahan Mursi, Seluruh Masjid di Mesir Secara Rasmi Melarang Syiah


Menteri Agama Mesir Dr. Thal'at Afifi mengeluarkan kenyataan tegas bahawa seluruh masjid di Mesir secara rasmi melarang Syiah. Ini kerana Syiah dianggap mengajarkan prinsip-prinsip yang bertentangan dengan Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Pihaknya secara praktikal telah mengadakan beberapa latihan bagi para ulama dan imam untuk menghadapi arus pemikiran Syiah ini.

Dr Afifi juga menjelaskan, pihaknya telah menyusun panduan-panduan soal pelantikan imam baru, agar tidak ada pengaruh luar terhadap seseorang atau perantara atau jual beli dalam proses penetapannya.
Keputusan kementerian agama Mesir ini tidak lepas dari pengesahan perlembagaan yang dimulakan oleh Presiden Muhammad Mursi.

Sebelum itu Setiausaha Agung Dewan Tinggi Urusan Islam Mesir, DR. Shalah Sulthan telah menyatakan penolakannya terhadap segala bentuk pemikiran yang berpunca dari pelbagai aliran Syiah. Kerana berdasarkan UU Mesir, standard dalam masalah Aqidah, Akhlak dan Syariah harus berpunca dari Ahlussunnah wal Jamaah.

Di zaman Hosni Mubarak, Syiah memang sudah dilarang disebarkan di Mesir, namun ia tidak rasmi. Ketika masa reformasi sedang berlaku, penyebaran Syiah sangat menular. Ketika era Mursi yang lalu, Mesir dengan rasmi melarang Syiah beredar di negera tersebut.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

mesir berdarah

Gambar menunjukkan bekas perdana menteri Mesir yang dilantik Morsi, Hisham Qandil ditangkap kudeta Mesir ketika dalam perjalanan melarikan diri ke Sudan. 

Doakan keselamatannya

Mesir mula berkas ahli Ikhwanul Muslimin



KAHERAH 27 Dis. - Barisan pendakwa raya Mesir semalam mengarahkan penahanan sekurang-kurangnya 18 ahli pergerakan Ikhwanul Muslimin, termasuk seorang bekas ahli Parlimen, dua hari selepas kerajaan Mesir menyenaraikan kumpulan itu sebagai pertubuhan pengganas di negara ini.
Salah seorang yang ditahan merupakan anak lelaki kepada Timbalan Ketua pergerakan tersebut yang cuba menggulingkan kerajaan, menurut laporan rasmi agensi berita MENA.
Sementara itu, polis turut menahan 16 ahli pergerakan tersebut ekoran dakwaan penyebaran risalah menyokong Ikhwanul Muslimin dan cubaan menghasut orang ramai, kata agensi berita itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131227/lu_01/Mesir-mula-berkas-ahli-Ikhwanul-Muslimin#ixzz2ocTUQQ9V
© Utusan Melayu (M) Bhd 

26 December 2013

Bebaskan aktivis

Bebaskan aktivis
26 Disember 2013
PBB desak bebaskan tiga aktivis di Mahkamah 

Mesir.KAHERAH - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut pembebasan tiga aktivis selepas didapati bersalah menganjurkan demonstrasi Julai lalu.

Menurut laporan Al Jazeera, Jurucakap Hak Asasi Manusia PBB Ravina Shamdasani berkata, Ahmed Maher, Ahmed Douma dan Mohammad Adel dijatuhi hukuman penjara tiga tahun.

“Pihak berkuasa tiada bukti kukuh menuduh mereka melakukan perhimpunan ganas. Penyertaan dalam protes aman dan mengkritik kerajaan tidak harus dijadikan alasan untuk penahanan atau pendakwaan kerana mereka mempunyai hak untuk berhimpun,” katanya.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Hisham Kandil dipenjara setahun kerana melanggar perintah mahkamah.

Beliau ditahan di kawasan pergunungan bersama beberapa individu selepas cuba melarikan diri ke Sudan.

Penghakiman terhadap Hisham dilakukan April tahun lalu berhubung kes berkaitan penjualan syarikat milik kerajaan kepada pelabur swasta semasa pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak.

PBB tuntut 3 aktivis pro-demokrasi Mesir dibebas


2013/12/26
GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini menuntut pembebasan tiga aktivis pro-demokrasi di Mesir yang dipenjarakan selama tiga tahun kerana menganjurkan tunjuk perasaan.

Jurucakap Pejabat Hak Asasi PBB, Ravina Shamdasani, berkata perkara itu perlu disegarakan dan pembebasan semua aktivis berkenaan perlu dilakukan tanpa syarat, melainkan pihak berkuasa Mesir mempunyai bukti pembabitkan mereka dengan jenayah.


Aktivis berkenaan ialah Ahmed Maher, Ahmed Douma dan Mohamed Adel yang melancarkan tunjuk perasaan pertama pada 3 Julai bagi menggulingkan Mohamed Morsi.

“Sebarang pembabitkan dalam tunjuk perasaan yang aman dan mengkritik kerajaan bukan asas untuk penahanan atau pendakwaan," kata Shamdasani dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataan itu menyatakan berpuluh individu termasuk pelajar ditahan dan sesetengannya dihukum kerana menyertai aktiviti mengikut hak mereka menyertai perkumpulan aman. - AFP 

Bekas Perdana Menteri Mesir ditahan pasukan keselamatan

Bekas Perdana Menteri Mesir ditahan pasukan keselamatan
Hisham Kandil. - Foto AFP
KAHERAH: Pasukan keselamatan Mesir menahan bekas Perdana Menteri kepada Presiden yang digulingkan, Mohammed Morsi, selepas beliau dijatuhi hukuman penjara selama setahun kerana gagal mematuhi perintah mahkamah untuk mengambil alih sebuah syarikat tekstil swasta.
"Pasukan keselamatan berjaya menahan Hisham Kandil, dalam menjalankan perintah mahkamah yang dikeluarkan terhadapnya. Beliau ditahan di kawasan pergunungan bersama penyeludup ketika cuba untuk melarikan diri ke Sudan," kata Menteri Dalam Negeri Mesir dalam satu kenyataan. 

Serangan bom angkara militan


Sebahagian penduduk Mansoura yang berang, bertindak membakar beberapa buah kenderaan termasuk sebuah bas mini dimiliki pengikut Ikhwanul Muslimin di utara Kaherah, Mesir, kelmarin. - AFP
KAHERAH 25 Dis. - Sebuah kumpulan militan Mesir, Ansar Beit al-Maqdis semalam mengaku bertanggungjawab dalam serangan ke atas sebuah balai polis di Mansoura, utara Kaherah yang mengorbankan 14 orang dan mencederakan 150 yang lain.
Pengumuman tersebut dibuat kumpulan bersenjata yang aktif di Semenanjung Sinai itu menerusi satu kenyataan dalam Internet, kata responden al-Jazeera, Mohamed Fahmy.
Militan Ansar Beit al-Maqdis sebelum ini mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan di Mesir termasuk pengemboman berdekatan bangunan perisikan di bandar Suez dan cubaan membunuh Menteri Dalam Negeri, Mohamed Ibrahim.
Pengakuan itu bagaimanapun tidak dapat meredakan kemarahan penduduk sekitar Mansoura apabila mereka bertindak menyerang kedai dan perniagaan milik pengikut Ikhwanul Muslimin selepas kerajaan sementara Mesir semalam menuduh pergerakan Islam tersebut bertanggungjawab ke atas serangan berkenaan.
Wartawan al-Jazeera di Mansoura, Mahmoud Sobky melaporkan, kumpulan perusuh itu turut membakar dua van yang didakwa milik pengikut Ikhwanul Muslimin sehingga memaksa sepasukan polis antirusuhan dikerah ke lokasi kejadian untuk mengawal keadaan.
Dalam pada itu, polis berkata, tiga buah bom dipercayai dipasang di balai polis berkenaan sebelum diletupkan dengan dua daripadanya meletup pada waktu yang hampir sama.
Bagaimanapun, satu lagi bom ditemukan dalam sebuah kereta berhampiran dan berjaya dimatikan oleh skuad pemusnah bom.
Polis turut menjangkakan angka kematian mungkin meningkat kerana masih ramai orang dipercayai terperangkap di bawah runtuhan bangunan berkenaan. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131226/lu_01/Serangan-bom-angkara-militan#ixzz2oXGUCcfa
© Utusan Melayu (M) Bhd 

25 December 2013

PM Mesir label IM teroris

PM Mesir label IM teroris25 Disember 2013

Puluhan cedera selepas terkena bom di ibu pejabat keselamatan di Mansoura.

 KAHERAH - MESIR. Tanpa bukti kukuh, kerajaan sementara Mesir melabelkan pergerakan Ikhwanul Muslimin (IM) sebagai pertubuhan pengganas.

Perdana Menteri sementara Hazem al-Beblawi berkata, IM dikategorikan sebagai pertubuhan pengganas selepas menaja dan melatih anggota militan untuk melancarkan serangan terhadap anggota keselamatan di Semenanjung Sinai.

“Kami berikrar akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka,” katanya.

Kelmarin, satu letupan bom menggegarkan ibu pejabat keselamatan di Nil Delta dekat bandar Mansoura, mengakibatkan lebih 14 orang terkorban manakala 130 yang lain parah.

Difahamkan, dua daripada tiga bom ditanam meletup serentak manakala satu lagi bom yang diletakkan di dalam kereta dapat dimatikan.

Gabenor Daqahliya, Omar el-Shawatqi berkata, lima kedai terletak berhampiran bangunan itu runtuh dan puluhan kenderaan rosak.

"Angka korban dijangka meningkat kerana ramai masih terperangkap di dalam bangunan tersebut. Kebanyakan mangsa adalah askar dan polis,” katanya kepada Press TV.

Dalam perkembangan lain, seramai 450 tahanan politik terdiri daripada ahli IM dan pegawai kanan era pemerintahan Presiden digulingkan Mohammed Mursi melancarkan mogok lapar.

Media tempatan melaporkan, tindakan itu dilakukan sebagai protes terhadap layanan buruk diterima di Penjara Torah.

“Tahanan dikatakan diseksa secara sistematik oleh pihak berkuasa penjara dan dinafikan untuk mendapat rawatan,” menurut laporan itu.

Referendum pinda perlembagaan Mesir tak masuk akal

Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi
Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi
25 Disember 2013

KAHERAH - MESIR. Ulama dunia, Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi mengkritik Jeneral Tentera Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi dan menyifatkan referendum draf Perlembagaan akan datang sebagai tidak masuk akal.
Menurutnya, Al-Sisi sudah tidak relevan dan tiada peluang untuk menjadi Presiden Mesir.

Malah katanya seperti yang dipetik dari akhbar Al-Watan, Ikhwanul Muslimin (IM) sekali lagi bakal menang.

Baru-baru ini, kerajaan sementara Mesir mengumumkan referendum draf Perlembagaan baru negara itu akan diadakan pada 14 dan 15 Januari.

Presiden sementara Adly Mansour turut menyeru rakyat untuk membuang undi dalam proses pungutan suara dalam usaha mewujudkan hala tuju ke arah negara demokratik yang moden.

Piagam baru itu diyakini bakal mencetuskan kritikan banyak pihak kerana tentera mendapat lebih banyak kuasa selain melarang sebarang penubuhan parti berteraskan agama.

Menurut Press TV, Ikhwanul Muslimin menolak sekeras-kerasnya draf Perlembagaan terbabit dan pelan peralihan yang dirancang tentera dengan menyifatkan ia sebagai 'produk rampasan kuasa'.

Lebih 50 juta daripada 85 juta rakyat Mesir berhak melaksanakan pungutan suara berkenaan.

14 maut bom kereta di Mesir

14 maut bom kereta di MesirAnggota polis pencegah rusuhan memberi arahan di luar bangunan polis yang kena bom di bandar Daqahleya di Mansoura, 120 kilometer ke timur laut Kaherah. - Foto Reuters Pihak berkuasa anggap cubaan gagalkan demokrasi

Kaherah: Letupan bom kereta menggegarkan bangunan polis di ibu kota Mesir awal semalam dan meragut sekurang-kurangnya 14 nyawa dan 100 lagi cedera, serangan yang dianggap cubaan menggagalkan peralihan negara itu ke arah demokrasi.

Beberapa jam kemudian Perdana Menteri, Hazem Beblawi, menggelar Ikhwanul Muslimin, pergerakan diharamkan yang dianggotai bekas Presiden Mohamed Morsi sebagai kumpulan pengganas.

“Beblawi mengisytiharkan Ikhwanul Muslimin sebagai pertubuhan pengganas,” kata agensi berita MENA memetik kenyataan jurucakap Beblawi, Sherif Showky.

Sumber keselamatan berkata, letupan yang berlaku amat besar hingga sebahagian bangunan ibu pejabat polis itu musnah.


Ramai polis maut


“Majoriti yang maut anggota polis,” kata gabenor Daqahleya, Omar al-Shawatsi. Impak letupan dirasakan sekitar 20 kilometer dan memecahkan tingkap bangunan berhampiran, kata sumber keselamatan.

Ketua keselamatan Daqahleya, Sami El-Mihi, cedera manakala dua pembantunya maut.
Serangan itu antara yang terburuk sejak tentera menumbangkan Morsi, Julai lalu.

Ia berlaku beberapa minggu menjelang pungutan suara mengenai Perlembagaan baru Mesir yang disifatkan sebagai langkah pertama ke arah demokrasi selepas penyingkiran Morsi pada 3 Julai lalu.

Morsi tumbang selepas bantahan jalanan meletus menentang pemerintahannya yang baru setahun, dengan jutaan rakyat menuduh beliau menyalah urus ekonomi.

Sejak itu, lebih 1,000 orang terbunuh dalam tindakan keras kerajaan ke atas penyokongnya, termasuk beratus-ratus lagi apabila polis menyerbu dua kem penyokongnya di Kaherah, 14 Ogos lalu.

Kekerasan menyaksikan beribu-ribu penyokong Ikhwanul Muslimin termasuk seluruh kepemimpinannya ditahan.

Pemimpin pergerakan itu, termasuk ketua utama, Mohamed Badie, dibicarakan. Morsi juga dibicarakan berhubung beberapa dakwaan termasuk berkaitan kematian penunjuk perasaan ketika menjadi presiden.

Pendakwa Mesir dan pegawai berkata, Ikhwanul Muslimin mempunyai kaitan dengan militan Islam yang meningkatkan serangan ke atas pasukan keselamatan di seluruh negara terutama di Semenanjung Sinai.

Beblawi berkata, serangan terbaru adalah cubaan menggagalkan usaha negara itu ke arah demokrasi dan mengisytiharkan Ikhwanul Muslimin sebagai kumpulan pengganas. - AFP

Balai polis sasaran bom


Mansoura: Empat belas orang terbunuh dalam satu serangan bom kereta yang hampir memusnahkan sebuah ibu pejabat polis di bandar di Delta Nil ini, semalam.

Serangan itu turut mencederakan 100 yang lain, kebanyakannya tertimbus di bawah runtuhan konkrit.
Kerajaan sementara Mesir menuduh Ikhwanul Muslimin bertanggungjawab, sekali gus mengecopnya pertubuhan pengganas.

Serangan itu adalah yang pertama di Delta Nil, menandakan pergolakan di Mesir sejak beberapa bulan lalu kini merebak ke kawasan baru dan berlaku semakin dekat ke Kaherah.


Keganasan seumpama itu sebelum ini tertumpu di Semenanjung Sinai dan di kawasan bandar Terusan Suez, di timur ibu negara Mesir itu.


Kejadian jam 1.10 pagi (waktu tempatan) itu berlaku di ibu pejabat keselamatan di bandar Mansoura, 110 kilometer ke utara Kaherah, meruntuhkan sebahagian tembok bangunan lima tingkat itu.

Puluhan kereta di luar bangunan terbakar sementara banyak lagi yang diletakkan berhampiran rosak.

Agensi berita MENA berkata, 14 orang terbunuh, termasuk lapan pegawai polis dan 134 cedera, antaranya ketua keselamatan bandar itu dan pembantunya.

Kebanyakan yang tertimbus di bawah runtuhan konkrit ialah anggota polis.

Menteri Dalam Negeri Mohammed Ibrahim yang melawat tempat kejadian merayu polis meneruskan usaha menentang ‘pengganas’ yang cuba mencabar pihak keselamatan.

MENA memetik jurucakap Kabinet, Sherif Shawki sebagai berkata, Ikhwan menunjukkan “wajah hodohnya sebagai pertubuhan pengganas, menumpahkan darah dan mencabar pihak keselamatan Mesir.”

Perdana Menteri Hazem el-Beblawi yang turut menyifatkan kejadian itu sebagai serangan pengganas, mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berikrar akan memburu mereka yang terbabit.

Setakat ini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/25

Ikhwan diisytihar pengganas



KAHERAH 24 Dis. - Pergerakan Ikhwanul Muslimin diisytihar sebagai pertubuhan pengganas, beberapa jam selepas sebuah kereta mengandungi bom diletupkan di sebuah ibu pejabat polis di Mansoura, utara Kaherah yang menyaksikan sekurang-kurangnya 14 orang maut.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri Mesir, Hazem al-Beblawi, lapor agensi berita rasmi, MENA hari ini.
MENA memetik jurucakap Hazem, Sherif Showky sebagai berkata, pergerakan tersebut telah dikategorikan sebagai pertubuhan pengganas oleh Perdana Menteri Mesir.
Kejadian tersebut yang merupakan serangan bom terburuk sejak tentera menggulingkan bekas Presiden, Mohammed Mursi pada Julai lalu, berlaku beberapa minggu sebelum satu pungutan suara diadakan berhubung Perlembagaan baharu negara ini.
Sumber keselamatan memaklumkan, letupan itu sangat kuat dan menyebabkan sebahagian daripada bangunan terbabit runtuh.
"Kebanyakan mangsa merupakan anggota polis,'' kata Gabenor Daqahleya, Omar al-Shawatsi.
Jelas sumber itu, ketua pasukan keselamatan Daqahleya, Sami el-Mihi cedera dan dua pembantunya terbunuh dalam letupan tersebut.
"Impak letupan itu boleh dirasai sejauh kira-kira 20 kilometer dan memecahkan tingkap di bangunan-bangunan berdekatan,'' kata sumber itu.
Laman web agensi berita al-Jazeera melaporkan, kerajaan sementara Mesir menuduh Ikhwanul Muslimin mendalangi serangan tersebut.
Bagaimanapun, Ikhwanul Muslimin dalam satu kenyataan turut mengutuk serangan berkenaan.
Kerajaan sementara Mesir yang disokong tentera sering menuduh Ikhwanul Muslimin menaja dan melatih anggota militan yang melancarkan serangan ke atas pasukan keselamatan di Semenanjung Sinai. - AFP/AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131225/lu_01/Ikhwan-diisytihar-pengganas#ixzz2oQtuiM2C
© Utusan Melayu (M) Bhd 

14 maut ibu pejabat polis dibom



PENDUDUK melihat kesan letupan bom di bangunan ibu pejabat polis di bandar Mansoura yang terletak sekitar 110 kilometer dari Kaherah semalam.


MANSOURA - Sebuah bom kereta memusnahkan sebahagian sebuah bangunan ibu pejabat polis Mesir semalam dengan menyebabkan sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam serangan yang disifatkan pihak berkuasa sebagai cubaan untuk menggagalkan peralihan demokrasi di negara itu.
Beberapa jam selepas pengemboman di bandar ini yang terletak di utara Kaherah, Perdana Menteri, Hazem Beblawi melabelkan pergerakan Ikhwanul Muslimim sebagai kumpulan pengganas.
Beliau bagaimanapun tidak menyalahkan Ikhwanul Muslimin berhubung letupan itu.
Pergerakan itu turut mengutuk keras serangan tersebut yang merupakan antara paling berdarah di Mesir sejak tentera menumbangkan Presiden Mohamed Morsi, Julai lalu.
Pengeboman tersebut berlaku beberapa minggu menjelang satu pungutan suara berhubung perlembahaan baharu yang dilihat sebagai langkah pertama ke arah pemerintahan demokrasi selepas Morsi digulingkan.
Beberapa pegawai berkata, bom kereta itu yang meletup selepas pukul 10 malam turut menyebabkan sekurang-kurangnya 100 orang cedera.
"Majoriti mangsa yang cedera adalah anggota polis," kata Gabenor Wilayah Daqahleya, Omar Al-Shawatsi
Seorang wartawan agensi berita Associated Press (AP) di lokasi kejadian menyatakan, letupan kuat itu dapat didengari pada jarak sekitar 20 kilometer.
Ia menyebabkan bahagian hadapan dan sebahagian bangunan tersebut runtuh.
Setakat ini, belum ada pihak yang mengaku bertanggung jawab melakukan serangan tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1225&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2oQqWAFdR 
Hakcipta terpelihara 

24 December 2013

PM Mesir isytihar Ikwanul Muslimin pertubuhan pengganas


KAHERAH 24 Dis. - Perdana Menteri Mesir, Hazem al-Beblawi mengisytiharkan pergerakan Ikwanul Muslimin sebagai pertubuhan pengganas.
Laporan agensi berita rasmi, MENA hari ini yang memetik jurucakap Hazem, Sherif sebagai berkata, pergerakan tersebut telah dikategorikan sebagai pertubuhan pengganas oleh Perdana Menteri Mesir.
Kerajaan sementara Mesir yang disokong tentera sering menuduh Ikhwanul Muslimin menaja dan melatih anggota militan yang melancarkan serangan ke atas pasukan keselamatan di Semenanjung Sinai. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131224/lu_11/PM-Mesir-isytihar-Ikwanul-Muslimin-pertubuhan-pengganas#ixzz2oNb9qKir
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mesir bentuk panel siasat keganasan


Seorang lelaki berjalan keluar daripada Masjid Rabaa Adawiya yang hangus terbakar akibat digempur pihak berkuasa yang mengusir penyokong bekas Presiden, Mohammed Mursi pada Ogos lalu. - AGENSI
KAHERAH 23 Dis. - Kerajaan sementara Mesir akan membentuk satu panel khas untuk menyiasat keganasan yang berlanjutan di negara ini sejak 30 Jun lalu yang menyaksikan berjuta-juta rakyat menuntut pengunduran Presiden Mohammed Mursi pada ketika itu.
Panel terbabit ditubuhkan selepas Mesir berdepan serangan militan dan pertempuran jalanan sejak pihak tentera menggulingkan Mursi pada 3 Julai lalu ekoran desakan penunjuk perasaan.
Presiden sementara, Adly Mansour semalam mengeluarkan dekri untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bebas bagi menyiasat insiden keganasan yang tercetus sejak 30 Jun sehingga ke hari ini.
Dalam kenyataan pejabat Presiden, Adly berkata, panel tersebut dianggotai lima individu yang diketuai Hakim Fuad Ryad akan menyediakan laporan berhubung isu itu dalam tempoh enam bulan.
Sejak Mursi digulingkan, kerajaan yang disokong pihak tentera melancarkan operasi besar-besaran menahan dan memenjarakan beribu-ribu penyokong Ikhwanul Muslimin termasuk sejumlah pemimpin tertinggi pergerakan Islam itu.
Keganasan paling buruk negara ini dalam sejarah moden berlaku pada 14 Ogos lalu apabila pihak keselamatan Mesir menyerbu dua kem penyokong Mursi di Kaherah, menyaksikan beribu-ribu orang terbunuh.
Sejak itu, hampir setiap hari berlaku pertempuran maut antara pasukan keselamatan dan penyokong pro-Mursi selain serangan militan di Semenanjung Sinai yang menyaksikan ramai anggota keselamatan terbunuh.
Pada 10 Disember lalu, gabungan 13 persatuan rakyat Mesir dan kumpulan hak asasi manusia antarabangsa termasuk Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia Amnesty menggesa siasatan dijalankan bagi menyiasat insiden pada 14 Ogos itu, lebih-lebih lagi isu kematian lebih 1,000 orang yang dipercayai dibunuh oleh pasukan keselamatan.
"Bagi langkah awal untuk menunjukkan ketelusan, kerajaan sementara perlu menubuhkan jawatankuasa siasatan bebas untuk menyiasat kes itu," jelas kenyataan yang dikeluarkan oleh gabungan persatuan tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131224/lu_03/Mesir-bentuk-panel-siasat-keganasan#ixzz2oMbyoJl2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

23 December 2013

Al-Qaeda mohon maaf


Kaherah: Pemimpin al-Qaeda di Yaman meminta maaf selepas seorang anggotanya mengingkari arahan dan menyerang sebuah hospital yang dikaitkan dengan Kementerian Pertahanan dalam serangan pada 5 Disember, menyebabkan 52 orang terbunuh.

Komander al-Qaeda di Semenanjung Arab, Qassim al-Rimi berkata dalam rakaman video yang dimuat naik di laman web kumpulan itu, anggotanya itu sudah diberi amaran agar tidak memasuki kompleks hospital atau bersolat di situ.

Tetapi seorang daripada mereka mengingkari arahan itu.

“Kini, kami mengaku bersalah,” katanya dalam video yang dikeluarkan kelmarin oleh pengantara media kumpulannya, al-Mallahem.



“Kami meminta maaf dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Kami mengaku bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kejadian di hospital itu dan akan membayar wang darah kepada keluarga mangsa,” katanya.


Permohonan maaf itu disiarkan stesen televisyen kerajaan Yaman selepas mereka memaparkan video menunjukkan seorang lelaki bersenjata menyerang kumpulan doktor dan kakitangan hospital.


Beberapa pejuang al-Qaeda cuba menafikan serangan itu dengan mendakwa ia palsu.

“Kami malu dengan apa yang dilakukan saudara kami.

Kami tidak mengarahkannya untuk berbuat demikian dan tidak senang dengan apa yang berlaku,” kata Qassim.

Dia juga berkata, walaupun melakukan kesilapan, ia tidak akan menghentikan matlamat mereka untuk meneruskan jihad.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/23

Anjur bantahan, tiga aktivis anti-Mubarak dipenjara


KAHERAH 23 Dis. - Sebuah mahkamah Mesir semalam menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun ke atas tiga aktivis yang menjadi pelopor kebangkitan rakyat menentang bekas Presiden, Hosni Mubarak kerana menganjurkan bantahan tanpa permit pada 2011.
Ahmed Maher, Ahmed Douma dan Mohamed Adel juga didapati bersalah atas tuduhan merusuh dan membunuh anggota pasukan keselamatan semasa perhimpunan tanpa permit yang diadakan pada bulan lalu.
Kesemua defendan turut didenda sebanyak 50,000 pound Mesir (RM23,846) setiap seorang, sekali gus keputusan mahkamah pertama terhadap penunjuk perasaan bukan Islam sejak penyingkiran Presiden Mohammed Mursi pada bulan Julai. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131223/lu_10/Anjur-bantahan-tiga-aktivis-anti-Mubarak-dipenjara#ixzz2oHpjZ6dJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

22 December 2013

Mujahidin FSA menawan hidup-hidup seorang daripada anjing-anjing Hisbullat.



Cuba Saudara/i amati perbezaan layanan yang diberi terhadap tawanan Mujahidin, Kawarij, dan Syiah.

Di kawasan lapang hospital:
- Apa namamu?
= Muhammad
- Kamu berasal dari mana?
= Saya berasal dari Sida (Lebanon)
- Adakah kamu warga Lebanon?
= hmm (Ya)
- Kamu daripada Tentera Hisbullat?
= hmm (Ya)
- Lontarkan suara kamu!
- Mengapa kamu disini? Apa yang kamu lakukan di tanah kami!?
- Mengapa kamu datang bersama senjata-senjata kamu ke negara kami??
- Adakah kamu datang kerana bayaran USD 500 oleh ketua Nasrullat?
- Apa yang kamu mahu lakukan di tanah kami?
= Sama seperti kamu. Kamu datang, jadi kami menyusul.
- Kami datang untuk mempertahankan tanah suci kami fi sabil Allah, jadi mengapa kamu disini?
- Fi sabil Hisb Allat?
- Fi sabil Bashar Assad?
= Tsik, tidak, bukan untuk Bashar.
- Jadi, untuk siapa?
= Tiada sesiapa. Saya datang hanya untuk berperang.
- Untuk Zainab?
= Aaaa, aaaa
- Berhenti mengerang.
- Berapa usiamu?
- 18 YO, (1995)
- Hasbuna Allah wa nima al wakil.



LINK : https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=dHojhiTJdm8

Mursi didakwa lari dari penjara


KAHERAH 21 Dis. - Presiden Mesir yang digulingkan Mohamed Mursi bersama 132 orang yang lain termasuk anggota kumpulan Hamas, akan dibicarakan atas kesalahan melarikan diri dari penjara dan melakukan pembunuhan ke atas pegawai ketika berlakunya kekecohan pada 2011.
Antara defenden lain dalam perbicaraan itu ialah pemimpin pergerakan Ikhwanul Muslimin yang berjaya melepaskan diri dari penjara Wadi al-Natrun semasa mahu menggulingkan Presiden Hosni Mubarak, selain seorang ulama terkemuka dari Qatar, Yousef al-Qaradawi.
Anggota kumpulan militan Hezbollah juga termasuk dalam senarai mereka yang akan didakwa.
Mursi yang digulingkan oleh tentera pada Julai lalu, sebelum ini sudah dibicarakan atas kesalahan menghasut aktivis pembangkang melakukan pembunuhan ketika memegang tampuk pemerintahan negara selama setahun. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131222/lu_08/Mursi-didakwa-lari-dari-penjara#ixzz2o9O0nzqT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

MANSURAH | MESIR Seorang kanak-kanak, Abdur Rahman Mohammad Fadhil, 3 tahun, cuba melihat ayahnya yang berada didalam trak polis di Mansurah kerana enggan tunduk kepada Firaun As Sisi. Doakan mereka.

20 December 2013

Anak Mubarak bebas tuduhan rasuah


KAHERAH 19 Dis. - Mahkamah Mesir hari ini membebaskan dua orang anak Presiden yang digulingkan Hosni Mubarak serta bekas Perdana Menteri, Ahmed Shafiq daripada kesalahan rasuah melibatkan satu transaksi jual beli tanah.
Ahmed didakwa menjual tanah milik kerajaan kepada Alaa dan Gamal pada harga lebih rendah daripada harga pasaran.
Kedua-dua orang anak Mubarak semalam hadir di Mahkamah Akademi Polis di luar Kaherah, sementara, Ahmed tidak menghadirkan diri.
Ahmed melarikan diri ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) selepas beliau tewas kepada Mohammed Mursi dalam pilihan raya Presiden yang berlangsung pada tahun 2012, sebelum Mursi digulingkan pihak tentera. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131220/lu_09/Anak-Mubarak-bebas-tuduhan-rasuah#ixzz2nzSnSHXP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mursi didakwa berkomplot lakukan keganasan


Sebahagian penyokong wanita Ikhwanul Muslimin berarak dalam cuaca hujan semasa satu demonstrasi di jalan al-Haram di Kaherah, pada 13 Disember lalu. - REUTERS
KAHERAH 19 Dis. - Barisan pendakwa raya Mesir mendakwa bekas Presiden, Mohammed Mursi dan 35 pemimpin pergerakan Ikhwanul Muslimin atas tuduhan berkonspirasi dengan kumpulan asing untuk melakukan aktiviti keganasan di negara ini.
Satu kenyataan yang disiarkan pihak mahkamah semalam menjelaskan, 'komplot keganasan' itu yang didakwa dirancang pada 2005 membabitkan pergerakan Hamas di Palestin, kerajaan Iran dan kumpulan Hezbollah dari Lebanon.
Kumpulan Hamas bagaimanapun mendakwa tuduhan terbabit sebagai palsu dan satu pembohongan, manakala Iran, Hezbollah dan Ikhwanul Muslimin tidak mengulas lanjut tentang pendakwaan itu.
Selain Mursi, beberapa pemimpin tertinggi Ikhwanul Muslimin termasuk Mohamed Badie, Khairat el-Shater dan Mahmoud Ezzat didakwa melakukan jenayah keganasan di Mesir dan mendedahkan rahsia tentera kepada negara luar.
Pendakwa raya dalam kenyataannya berkata, rancangan pada 2005 itu dipercayai melibatkan penghantaran 'pelatih' ke Genting Gaza untuk menjalani latihan tentera oleh Hezbollah dan Pengawal Revolusi Iran.
Jelas kenyataan tersebut, sebaik-baik pulang ke Mesir, mereka akan menyertai kumpulan ekstremis di Semenanjung Sinai, kawasan bersempadan timur Israel yang dikuasai Mesir untuk memerangi pasukan keselamatan.
Katanya, selepas penggulingan Presiden Husni Mubarak pada 2011, kumpulan terbabit mengambil kesempatan untuk melancarkan serangan terhadap pasukan keselamatan di seluruh Mesir.
"Kumpulan itu dipercayai mahu menubuhkan negara Islam di Sinai Utara dan penasihat keselamatan di bawah pimpinan Mursi, Essam el-Haddad didakwa membocorkan maklumat kepada Iran dan Hezbollah sebagai membalas kerjasama yang diberikan sebelum ini.
"Ikhwanul Muslimin juga dituduh melancarkan serangan di Sinai Utara yang menyebabkan 200 polis dan askar maut pada Julai lalu," jelas kenyataan itu.
Sementara itu, kumpulan wanita yang menyokong Ikhwanul Muslimin, meneruskan tunjuk perasaan hampir setiap hari tidak kira berpanas atau berhujan bagi mendesak kerajaan sementara Mesir mengembalikan semula kuasa Mursi.
Kumpulan berkenaan didakwa bertempur dengan pihak polis sehingga ditahan serta dengan bertumbuk kumpulan wanita yang anti-Mursi di universiti. - REUTERS/AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131220/lu_05/Mursi-didakwa-berkomplot-lakukan-keganasan#ixzz2nzSWTMYo
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mursi hadapi tuduhan baharu

Mursi hadapi tuduhan baharu20 Disember 2013

Mursi masih menjalani hukuman di Penjara Burj Arab, Iskandaria. 

KAHERAH - MESIR. Presiden Mesir yang digulingkan, Mohammed Mursi bakal dibicarakan atas beberapa pertuduhan baharu termasuk bersubahat dengan pergerakan asing bagi melakukan keganasan.

Al Jazeera melaporkan, pertuduhan yang diumumkan pendakwa raya kanan semalam, berpotensi membawa hukuman mati.

"Perbicaraan tersebut turut membabitkan dua orang pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin dan 32 defendan lain.

"Mereka didakwa membocorkan rahsia pihak tentera kepada negara luar," menurut laporan itu kepada Al Jazeera.

Dalam satu kenyataan, pendakwa raya berkata, Ikhwanul Muslimin dituduh melakukan keganasan di Mesir serta menyediakan pelan yang membabitkan pergerakan Hamas di Genting Gaza dan pergerakan Hezbollah di Lubnan.

Hamas bagaimanapun mengutuk tuduhan berkenaan yang disifatkan sebagai satu lagi usaha mengaitkannya dalam hal ehwal dalaman Mesir dan bertujuan memburukkan nama pergerakan itu kepada penyokong rakyat Palestin terutamanya Gaza.

Mursi kini masih berdepan dengan perbicaraan atas pertuduhan menghasut keganasan ketika tunjuk perasaan di perkarangan Istana Presiden setahun lalu ketika menjawat jawatan Presiden.