30 November 2013

Ketua aktivis Mesir ditahan

Ketua aktivis Mesir ditahanAlaa (kiri) dituduh melakukan protes ketika penggulingan Mursi Julai lalu.

KAHERAH - MESIR . Polis menahan aktivis terkemuka selepas didakwa melanggar undang-undang demonstrasi yang baru diperkenalkan Ahad lalu.

Alaa Abdel Fattah merupakan ketua aktivis pro Presiden digulingkan Mohamed Mursi, ditahan di rumahnya di sini, semalam.

Isteri beliau dalam kenyataan menerusi laman Twitter menyebut, beliau dan suaminya dipukul ketika serbuan dilakukan.

“Mereka mencuri dua komputer riba dan telefon bimbit saya dan suami, “ katanya.

Sementara itu, pegawai Kementerian Dalam Negeri berkata, laporan siasatan difailkan berhubung kesalahan aktivis terbabit.

“Alaa dituduh melakukan protes terhadap Perlembagaan baru. Beliau tidak sepatutnya mempertikaikan Perlembagaan itu,” katanya dipetik dari laporan Al Arabiya.

Pengarah Hak Asasi Manusia Mesir Heba Morayef berkata, penahanan itu menyalahi undang-undang antarabangsa kerana ianya boleh dilakukan melalui budi bicara.

“Tindakan anggota keselamatan kini makin melampau. Mereka sengaja mencari kesalahan mana-mana individu yang menentang kerajaan. Tangkapan kini disasarkan kepada aktivis politik supaya mereka boleh menahan lebih ramai pro Mursi. Ini adalah bentuk penindasan,” katanya.

29 November 2013

MESIR



MASYA ALLAH 
Tanda hati dan iman mereka segar. Tidak tergambar sedikit pun rasa sedih di wajah mereka. Penjara yang sempit adalah besar bagi mereka yang beriman, dan sememangnya dunia adalah penjara buat mereka.

Sebahagian daripada mereka dijatuhkan hukuman selama 11 tahun penjara dan sebahagian lagi 15 tahun penjara oleh mahkamah Mesir hari ini sebentar tadi.

Tabahkan hati wahai saudariku. Anda adalah penyambung semangat kami. R4BIA

Demonstrasi daripada bandar madinah enam oktober hari ini.

#TerkiniMesir
#Unite4Egypt
Demonstrasi daripada bandar madinah enam oktober hari ini. Tiada apa yang mampu menghalang mereka untuk terus bersama menuntut yang hak dikembalikan ke tempatnya
Sumber: شبكة الإخوان المسلين

21 dipenjara 11 tahun

21 dipenjara 11 tahunKesemua tertuduh juga didapati bersalah menyebarkan risalah mengutuk rampasan kuasa tentera di Mesir.

KAHERAH - MESIR . Seramai 21 wanita termasuk tujuh remaja perempuan berumur di bawah 18 tahun, kelmarin dijatuhi hukuman penjara 11 tahun oleh mahkamah atas kesalahan menyertai protes secara aman di Iskandariah, awal bulan lalu.

Bagaimanapun, kesemua tertuduh bawah umur itu akan ditempatkan di pusat tahanan juvana sehingga mencapai umur sah dari segi undang-undang untuk menjalani hukuman tersebut.

Selain itu, mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atas enam pemimpin Ikhwanul Muslimin yang didapati bersalah menghasut bantahan di negara tersebut.    

Difahamkan, keputusan itu dibuat beberapa hari selepas undang-undang baru menyekat demonstrasi awam diluluskan oleh Presiden sementara Adly Mansour.

Perdana Menteri sementara Hazem el-Beblawi turut mempertahankan undang-undang tersebut yang memerlukan penduduk memohon kebenaran untuk mengadakan sebarang demonstrasi, dipetik dari laporan AFP.

28 November 2013

Mangsa rogol dapat pampasan


London: Seorang wanita Britain yang dirogol di sebuah pos pemeriksaan di Mesir menerima pampasan £1,000 (RM5,200) selain permohonan maaf daripada Pejabat Luar kerana gagal membantu mangsa sewajarnya selepas kejadian.

Sebelum ini mangsa yang mendakwa menerima layanan buruk dan tidak sensitif ketika dia meminta bantuan daripada kakitangan pejabat itu selepas kejadian berlaku pada 2011.

Mangsa berkata, dia dirogol di sebuah pos pemeriksaan di kawasan Sinai, tiga bulan selepas revolusi rakyat berlangsung untuk menggulingkan diktator Hosni Mubarak daripada jawatan Presiden Mesir.

Mangsa yang percaya perogolnya seorang pegawai tentera Mesir berkata, dia turut disoal siasat ketika melaporkan kejadian kepada pihak polis.

Berikutan itu, mangsa memohon bantuan kedutaan Britain di Kaherah namun terkilan dengan layanan diberikan kakitangan di situ sehingga mendorongnya membuat aduan rasmi.

Mangsa mendakwa pihak kedutaan gagal memaklumkan mereka sebenarnya boleh menemani mangsa untuk membuat laporan polis.

Mangsa juga sepatutnya diberikan hak untuk mendapatkan khidmat doktor wanita ketika pemeriksaan kesihatan.

Isu berkenaan kemudian disokong badan pemantau parlimen sehingga mendorong Pejabat Luar Britain mengubah prosedur mereka selepas itu.- Agensi

27 November 2013

Mesir tutup rangkaian stesen TV Al-Jazeera


2013/11/27
Kaherah: Kerajaan Mesir yang terdesak untuk menghapuskan pengaruh Ikhwanul Muslimin, melancarkan serangan diplomatik terhadap penyokong gerakan di luar negara yang dikatakan menghulurkan bantuan senjata dan dana kepada pergerakan itu.

Dalam tindakan terbaru mereka selepas Morsi digulingkan, mereka menyasarkan Qatar, satu-satunya negara Teluk yang secara terbuka menyokong Ikhwanul Muslimin dengan menutup rangkaian televisyen Al-Jazeera.


Pihak berkuasa juga menahan beberapa wartawan yang bekerja di Kaherah untuk rangkaian televisyen yang berpejabat di Doha itu.

Bagaimanapun, konfrontasi utama pihak berkuasa adalah masalah hubungan diplomatik dengan Turki.

Kaherah Ahad lalu menyingkirkan duta Ankara selepas Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan mengutuk penindasan penyokong Morsi.

Pergolakan bermula sebaik saja pasukan keselamatan Mesir memecah masuk dua kem penyokong Morsi pada 14 Ogos di Kaherah menyebabkan pertumpahan darah dan mengorbankan ratusan nyawa.

Kaherah, Ankara berbalah
Sehari selepas itu, Kaherah dan Ankara memanggil duta masing-masing tetapi Ankara kemudian menghantar wakilnya kembali ke Mesir, manakala duta Kaherah ke Turki berada di negaranya.

Kedua-dua negara itu pada Ahad mengambil langkah mengurangkan hubungan diplomatik ke peringkat wakilnya.

Penganalisis di Paris, Karim Bitar berkata perbalahan daripada meningkatnya nasionalisme Mesir dan halangan serantau bagi Turki termasuk di Syria yang menyaksikan ia kehilangan pengaruh di rantau ini.

Bagi pengarah penyelidik di Brooking Doha Center, Shadi Hamid, pemimpin tentera pemerintah Mesir jelas tidak bersikap toleransi terhadap sebarang sokongan kepada Ikhwanul Muslimin sama ada dalam dan luar negara.

Negara Teluk seperti Arab Saudi, Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu menyediakan berbilion dolar bantuan kepada Mesir yang menunjukkan taktik diplomatiknya yang menyaksikan Kaherah mengembalikan dana Qatar, katanya.
AFP

Mesir luluskan undang-undang kawal tunjuk perasaan


Beberapa penyokong serta penentang bekas Presiden, Mohammed Mursi melontar batu sesama sendiri dalam satu pertempuran di Nasr City, Kaherah, pada 22 November lalu. - REUTERS
KAHERAH 25 Nov. - Kerajaan sementara Mesir pimpinan Presiden Adly Mansour, semalam meluluskan satu undang-undang baharu untuk mengawal tunjuk perasaan dan memberi kuasa kepada pihak keselamatan melarang sebarang bantahan yang boleh mengancam keselamatan negara.
Jurucakap Presiden, Ehab Badawi berkata, berdasarkan undang undang-undang terbabit, penunjuk perasaan boleh dikenakan hukuman sehingga lima tahun penjara jika didapati bersalah mengikut kesalahan sama ada memakai penutup muka atau membawa senjata ketika menyertai bantahan.
Pelaksanaan peraturan baharu itu dibuat selepas pihak tentera menilai kesan tunjuk perasaan besar-besaran yang diadakan pada Julai lalu oleh penyokong pergerakan Islam bagi membantah penggulingan bekas Presiden, Mohammed Mursi.
Walaupun undang-undang itu mendapat kritikan kumpulan hak asasi manusia, Perdana Menteri sementara, Hazem Beblawi menegaskan, langkah tersebut diambil bagi mengehadkan dan melindungi hak penunjuk perasaan.
Hazem berkata, penunjuk perasaan tidak perlu meminta surat kebenaran untuk mengadakan bantahan, tetapi mereka mesti memberi notis tiga hari sebelum demonstrasi diadakan kepada balai polis terdekat.
Selain itu katanya, bantahan juga dilarang diadakan di tempat-tempat ibadat dan penganjur perlu memberi butiran tentang tujuan demonstrasi serta slogan yang akan dilaungkan.
"Pihak berkuasa juga boleh menghalang demonstrasi jika bantahan terbabit dilihat mengancam keselamatan negara.
"Pihak keselamatan juga perlu memberi amaran kepada penunjuk perasaan untuk bersurai sebelum menggunakan gas pemedih mata atau tembakan meriam air," jelasnya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131126/lu_06/Mesir-luluskan-undang-undang-kawal-tunjuk-perasaan#ixzz2loxd5nsR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penunjuk perasaan ditembak dengan air

TEMBAKAN meriam air dilepaskan dari sebuah kenderaan polis ke arah para penunjuk perasaan di Kaherah semalam.- REUTERS


KAHERAH - Polis Mesir melepaskan tembakan meriam air bagi meleraikan berpuluh-puluh aktivis yang melakukan tunjuk perasaan bagi membantah kekejaman polis di sini semalam.
Tindakan pasukan keselamatan itu dilakukan bagi membantah pelaksanaan satu undang-undang baharu yang menimbulkan kontroversi apabila ia menghalang tunjuk perasaan diadakan tanpa permit daripada pihak berkuasa.
Undang-undang itu telah mengundang kritikan hebat dari beberapa buah kumpulan hak asasi manusia dan pertubuhan politik yang menyatakan ia merupakan halangan ke atas kebebasan bersuara.
Kumpulan-kumpulan tersebut mendakwa undang-undang itu akan dapat menutup mulut pihak pembangkang dari parti Islam.
Sebanyak 100 orang menyertai tunjuk perasaan itu yang turut diadakan bagi memperingati kematian sejumlah penunjuk perasaan akibat keganasan polis setahun lalu.
Seorang jurucakap polis, Mejar Jeneral Abdel Fattah Othman berkata, tunjuk perasaan itu tidak mendapat permit dari pegawai-pegawai keselamatan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang negara tersebut. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2lnsIxvMP 
Hakcipta terpelihara 

26 November 2013

Peraturan baru dikritik

Peraturan baru dikritikPro Presiden yang digulingkan Muhamed Mursi terus melakukan protes di sekitar Kaherah dan Iskandariah

KAHERAH - MESIR. Kira-kira 19 kumpulan hak asasi manusia mengkritik draf undang-undang baru demonstrasi selepas diluluskan Presiden sementara Mesir Adly Mahmoud Mansour, semalam.

Draf undang-undang itu antara lain menyatakan, penunjuk perasaan boleh dipenjarakan sehingga lima tahun jika didapati bersalah ketika melakukan demonstrasi di negara itu.

Jurucakap Presiden berkata, semua perhimpunan aman boleh dianggap jenayah sekiranya bertukar kepada keganasan dan pihak keselamatan diberi kuasa penuh untuk mengambil tindakan.

“Tindakan boleh dikenakan terhadap demonstrasi aman atau mesyuarat awam. Ia dibuat untuk mempertahankan undang-undang melindungi hak peserta,” katanya.

Menurutnya, di bawah undang-undang itu, peserta perlu mengemukakan notis bertulis tiga hari sebelum perhimpunan.

Dalam perkembangan berasingan, Perdana Menteri Hazem al-Beblawi berkata, kerajaan akan memotong subsidi minyak dalam tempoh terdekat sebelum melepaskan pentadbiran tahun depan.

Tindakan itu dilakukan bagi mengekang kos tanggungan program subsidi minyak yang tinggi susulan kebimbangan berlakunya rusuhan.

“Saya berharap, kerajaan yang dipilih selepas ini mempunyai program subsidi untuk tempoh lima atau tujuh tahun serta melaksanakan fasa pertama. Fasa dilakukan kerajaan sementara adalah langkah sederhana dan boleh diterima,” katanya, dipetik dari laporan Press TV.

100 hari dunia kehilanganmu...



AS-SYEIKH DR. ABDUR RAHMAN 'UWAIS, pensyarah Tafsir dan Ulum Al-Quran, Fakulti Usuluddin, Universiti Al-Azhar Kaherah, antara 30 orang ulamak dan pensyarah Al-Azhar yang dibunuh.

Syahid ditembak oleh penembak tepat rejim Fir'aus As-Sisi hari 14 Ogos di dataran Raba'ah.

Di mana-mana saya bercerita hal Mesir, nama beliau tidak pernah saya lupakan untuk disebut di khalayak ramai..

Akan daku harumkan bumi ini dengan haruman namamu seindah syurga yang menjadi tempat tinggalmu kini wahai doktor! Kerahmatan ALLAH buat rohmu.

Teman-teman yang sayangkan ulamak, mohon share...

~ Ustaz Akhukum Abdul Malik
 

mesir berdarah

Pagi 14 Ogos 2013 di dataran Raba'ah bagi menjayakan Ops Lerai Raba'ah dan Nahdhah: 

Maruah seorang wanita bergelar ibu tiada nilai di sisi militia As-Sisi sekalipun dia berlutut dan merayu untuk tidak bertindak kejam.

Apa perasaan kita?
 

Nasib pelajar perubatan Mesir


SAYA sangat berbesar hati dan berterima kasih yang tidak terhingga sekiranya pihak tuan dapat menyiarkan rintihan saya sebagai bapa kepada pelajar-pelajar perubatan daripada universiti di Mesir.
Sebagaimana dimaklumkan bahawa krisis di Mesir memaksa kerajaan membawa pelajar dari Mesir balik ke Malaysia untuk tujuan keselamatan pelajar. Dianggarkan 100 peratus pelajar adalah pelajar Melayu dalam jurusan perubatan.
Pada krisis kedua di Mesir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak setelah keputusan Kabinet telah membuat keputusan bahawa semua pelajar yang tidak mahu belajar di Mesir boleh menyambung pengajian mereka di mana-mana institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kalau ada kekosongan secara one off yakni kalau tidak memasuki tahun ini tahun-tahun akan datang tidak diterima tanpa kena mengikut syarat-syarat kemasukan biasa.
Ekoran dari itu satu penerangan khas telah dibuat mengenai apa yang dimaksudkan dengan one off tersebut yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang di RTM tempoh hari.
Menurut Dr. Zaini, one off tersebut adalah:
1. Pelajar-pelajar dari Mesir boleh belajar di mana-mana universiti tempatan menggunakan tahun pengajian di Mesir iaitu tolak satu tahun iaitu mana-mana pelajar tahun dua masuk tahun satu (kerana tahun satu di Mesir dianggap sebagai foundation bagi pelajar-pelajar yang biasa untuk mengikuti kursus perubatan). Bagi pelajar tahun tiga di Mesir turun tahun dua. Untuk pelajar tahun 4 dan tahun 5 mungkin sukar untuk ditempatkan tahun 3 dan 4 kerana bagi universiti di Malaysia tahun 3 telah memulakan praktikal.
2. Syarat-syarat asas biasa untuk membuat foundation atau matrikulasi adalah dikecualikan untuk pelajar-pelajar Mesir tahun ini.
Malang sekali dua anak saya dan kira-kira lebih 200 lagi anak-anak Melayu telah ditolak permohonan mereka untuk memasuki ke IPT dan disuruh balik ke Mesir kerana tidak layak. Tidak layak kerana tidak ada foundation dan matrikulasi atau SPM sebagaimana ditetapkan oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC) . Bagi MMC mereka mengatakan tidak terlibat dengan janji-janji one off oleh Kementerian Pendidikan ataupun keputusan Kabinet yang diumumkan oleh Najib.
Pihak Kementerian Pendidikan pula tidak dapat meluluskan anak-anak saya dan pelajar-pelajar Melayu lain untuk belajar di IPT kerana tidak mengikut syarat MMC.
Kesimpulannya, kedua-dua pihak Kementerian Pendidikan dan MMC bermain tarik tali dan tidak mengikuti keputusan Perdana Menteri. (Malang sekali pihak Universiti Segi telah diberi amaran oleh MMC akan menarik lesen kursus perubatan mereka sekiranya terdapat pelajar-pelajar yang ditolak mengikuti kursus di sana). Anak-anak saya dan para pelajar lain berminggu-minggu tinggal di hostel tanpa buat apa-apa. Ada yang telah pulang semula ke Mesir menyambung pengajian dan ada yang duduk di rumah.
Di sini saya merayu kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan dan arahan yang tepat kepada Kementerian Pendidikan atau MMC demi masa depan anak-anak Melayu beragama Islam yang memilih untuk menyambung pengajian di Malaysia melalui syarat one off yang diputuskan oleh Kabinet.
BAPA PRIHATIN
Sg. Siput Utara, Perak


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20131126/fo_01/Nasib-pelajar-perubatan-Mesir#ixzz2oO8E2pWL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Erdogan: Saya tidak akan hormat tentera


Erdogan (kanan) adalah pemimpin yang masih mengiktiraf Mursi sebagai Presiden Mesir.
Erdogan (kanan) adalah pemimpin yang masih mengiktiraf Mursi sebagai Presiden Mesir.
ANKARA - TURKI . Pengusiran duta Turki ke Mesir tidak memberi kesan dalam hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan berkata, Ankara tidak akan menghormati pemerintah tentera Mesir malah menyifatkannya sebagai kehadiran duta Mesir di Turki sebagai ‘tetamu tidak di undang’.

“Saya tidak akan menghormati individu yang menggunakan kuasa untuk memberi arahan melalui rampasan kuasa tentera,“ katanya dipetik dari laporan Al Arabiya.

Kelmarin, Kaherah meminta duta Turki Huseyin Avni Botsali meninggalkan Mesir dan perkara sama turut dilakukan terhadap duta Mesir ke Turki.

Perkara itu tercetus selepas Erdogan dengan lantang mengutuk tindakan rampasan kuasa di Mesir ketika berucap dalam mesyuarat Persaudaraan Islam Antarabangsa.

Sebelum ini, beliau menjalin kerjasama dengan Presiden yang digulingkan Mohamed Mursi termasuk dalam usaha pembangunan ekonomi dan politik.

25 November 2013

KAROMAH SEORANG WALI ALLAH



Syeikh Mohammed El-Audan dilahirkan tahun 1894 dan menyertai gerakan Ikhwan Muslimin ketika bertugas sebagai pensyarah Hadis di Universiti Al-Azhar. Beliau merupakan salah seorang dari 50 orang ulamak yang terlibat menggubal perlembagaan Mesir pada 13 Januari 1953.

Pada tahun 1965, beliau ditangkap oleh rejim Jamal Abdul Nasser tatkala usia beliau ketika itu mencecah 80 tahun termasuk kesemua 5 orang anaknya turut ditangkap.

Dendam kesumat yang membara di dalam hati Menteri Pertahanan Mesir ketika itu, Syams Badran cuba berusaha untuk membunuh Syeikh Mohammed sewaktu dalam tahanan.

Suatu ketika, Badran telah melepaskan seekor anjing yang kelaparan di dalam penjara yang ditempatkan Syeikh Mohammed dengan harapan agar beliau dibaham oleh anjing tersebut. Badran kemudian mengarahkan seorang tentera bawahannya, "Pergi kamu ke bilik tahanannya dan bersihkan bilik itu dari darah-darah."

Tentera itu kembali menemui Badran dengan penuh hairan, Badran bertanya, "Apa yang telah berlaku?"

Jawab tentera itu, "Demi Allah, saya melihat satu perkara yang ajaib. Saya melihat syeikh itu sedang sujud dalam keadaan anjing itu berdiri bersebelahannya seakan-akan mengawalnya.

Dr.Yusuf Qaradhawi telah menyifatkan beliau dengan katanya, "Syeikh Mohammed El-Audan, seorang lelaki yang rabbani, yang telah terpancar cahaya iman dan kerohanian. Saya tidak pernah belajar darinya tetapi saya pernah menziarahi di rumah beliau di Zaitoun, saya bertemunya. Mendengar kalam-kalamnya yang memberikan kekuatan kepada rohani kerana kalamnya keluar dari hati yang membelai hati-hati yang mendengar."

Gambar ini menyaksikan Al-Marhum Syeikh Mohammed tidak mampu berdiri kerana keuzuran sewaktu perbicaraan mahkamah berlangsung.

Sumber: Ikhwanwiki
 

Erdogan: Saya tidak akan hormat tentera

‘Saya tidak akan hormat tentera’Erdogan (kanan) adalah pemimpin yang masih mengiktiraf Mursi sebagai Presiden Mesir.

ANKARA - TURKI . Pengusiran duta Turki ke Mesir tidak memberi kesan dalam hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan berkata, Ankara tidak akan menghormati pemerintah tentera Mesir malah menyifatkannya sebagai kehadiran duta Mesir di Turki sebagai ‘tetamu tidak di undang’.

“Saya tidak akan menghormati individu yang menggunakan kuasa untuk memberi arahan melalui rampasan kuasa tentera,“ katanya dipetik dari laporan Al Arabiya.

Kelmarin, Kaherah meminta duta Turki Huseyin Avni Botsali meninggalkan Mesir dan perkara sama turut dilakukan terhadap duta Mesir ke Turki.

Perkara itu tercetus selepas Erdogan dengan lantang mengutuk tindakan rampasan kuasa di Mesir ketika berucap dalam mesyuarat Persaudaraan Islam Antarabangsa.

Sebelum ini, beliau menjalin kerjasama dengan Presiden yang digulingkan Mohamed Mursi termasuk dalam usaha pembangunan ekonomi dan politik.

Hubungan Mesir-Turki semakin tegang


KAHERAH 24 Nov. - Mesir mengusir Duta Turki ke negara ini semalam, manakala Ankara mengurangkan hubungan diplomatik dengan Kaherah, sekali gus memburukkan lagi hubungan kedua-dua negara selepas penggulingan bekas Presiden, Mohammed Mursi pada Julai lalu.
Hubungan tegang antara kedua-dua negara itu bertambah buruk selepas Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengkritik rampasan kuasa yang menggulingkan Mursi dan situasi tidak stabil di Mesir pada Khamis lalu.
"Saya tidak akan menghormati mana-mana pihak yang mentadbir menerusi rampasan kuasa," katanya.
Mesir mengusir Huseyin Avni Botsali sambil menyifatkan beliau sebagai 'individu yang tidak diingini', selain mengehadkan hubungan dengan Turki dan membuat keputusan untuk tidak menghantar duta ke Ankara.
Kementerian Luar Mesir menuduh Turki 'menyokong mana-mana pihak yang cuba mewujudkan ketidakstabilan di negara ini' yang jelas merujuk kepada pergerakan Ikhwanul Muslimin.
Kementerian itu juga menyatakan bahawa Ankara 'cuba mempengaruhi komuniti antarabangsa untuk menentang kepentingan penduduk Mesir'.
Sebagai balasan, Turki mengisytiharkan Duta Mesir ke Ankara, Abderahman Salah El-Din sebagai 'individu yang tidak diingini' dan memanggilnya untuk memberi penjelasan berhubung pengusiran Huseyin.
Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu mengkritik tindakan Mesir yang membocorkan keputusan pengusiran Huseiyin kepada media sebelum perbicangan dua hala diadakan sebagai 'sikap buruk yang tidak bersesuaian dalam konteks hubungan diplomatik'. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131125/lu_03/Hubungan-Mesir-Turki-semakin-tegang#ixzz2ldzPTwAB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kerajaan Mesir potong subsidi minyak bermula 2014


KAHERAH 25 Nov. - Kerajaan sementara Mesir akan memotong subsidi minyak dalam tempoh terdekat sebelum melepaskan pentadbiran pada tahun depan, kata Perdana Menteri, Hazem al-Beblawi.
Kerajaan Mesir sebelum ini tidak melaksanakan pemotongan subsidi berkenaan bagi mengekang kos tanggungan program subsidi minyak yang tinggi ekoran bimbang berlakunya rusuhan.
Namun Hazem berkata, langkah itu yang bermula tahun depan terpaksa diambil ekoran tanggungan subsidi yang tidak mapan dan semakin meningkat.
"Saya berharap kerajaan yang dipilih selepas ini akan mempunyai program subsidi untuk tempoh lima atau tujuh tahun serta melaksanakan fasa pertama.
"Fasa yang dilakukan kerajaan sementara merupakan langkah sederhana dan boleh diterima," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131125/lu_12/Kerajaan-Mesir-potong-subsidi-minyak-bermula-2014#ixzz2ldzHlc8R
© Utusan Melayu (M) Bhd 

24 November 2013

Mesir usir duta Turki


KAHERAH 24 Nov. - Mesir semalam mengumumkan pengusiran duta Turki ke negara ini, kemelut terbaharu hubungan diplomatik kedua negara yang bermula selepas tentera menggulingkan bekas Presiden, Mohammed Mursi pada Julai lalu.
Keputusan Kaherah menghantar Duta Turki, Huseyin Avni Botsali kembali ke negaranya adalah sebagai reaksi kepada ucapan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan Khamis lalu yang mengkritik tindakan pihak berkuasa Mesir ke atas penyokong Mursi.
Sementara itu, Kementerian Luar Turki berkata, mereka akan mengambil tindakan serupa seperti mana yang dilakukan Mesir. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131124/lu_01/Mesir-usir-duta-Turki#ixzz2oO8l9Yfb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mesir mungkin tutup Kedutaan Turki

Mesir mungkin tutup Kedutaan TurkiRakyat Mesir mengadakan tunjuk perasaan di luar Kedutaan Turki di Kaherah.

KAHERAH - MESIR. Kerajaan sementara Mesir mengarahkan Duta Turki meninggalkan negara itu susulan ketegangan hubungan antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, arahan itu dianggap sebagai satu provokatif.
Jurucakap Kementerian Luar Mesir Badr Abdelatty menyatakan pada laporan Press TV, hubungan dengan Ankara makin dingin selepas pemimpin negara itu selalu mencampuri hal ehwal dalaman Mesir.

“Turki cuba mempengaruhi negara dunia terhadap kepentingan Mesir ketika berucap pada mesyuarat Persaudaraan Islam Antarabangsa sekali gus dilihat sebagai usaha untuk mewujudkan ketidakstabilan di negara itu,” katanya.

Menurutnya, keputusan untuk mengusir Duta Huseyin Avni Botsali juga dilakukan sehari selepas Erdogan menggesa supaya presiden yang digulingkan, Mohamed Mursi dibebaskan dari penjara di Iskandariah.

23 November 2013

Polis Mesir diberi kuasa baru

Polis Mesir diberi kuasa baruPihak berkuasa terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan kumpulan pelajar tersebut, kelmarin.

KAHERAH - MESIR. Kerajaan sementara Mesir, kelmarin memberi kuasa kepada polis untuk menyerbu kampus  tanpa perlu mendapatkan kebenaran pihak berkenaan.

Media tempatan melaporkan anggota keselamatan kini boleh bertindak segera jika keganasan tercetus di universiti.

Bagaimanapun, sesetengah pihak berpendapat kuasa baru itu mungkin akan disalahguna pihak tidak bertanggungjawab untuk melakukan tindakan kekerasan ke atas pelajar.

Difahamkan pada laporan AFP, keputusan tersebut dibuat selepas Universiti Al-Azhar dicemari protes ganas, kelmarin.

Dalam perkembangan lain, seramai 38 pelajar Al-Azhar dijatuhi hukuman penjara 18 bulan selepas didapati bersalah kerana terlibat dalam keganasan di kampus pada Oktober lalu.

22 November 2013

Polis serbu Al-Azhar

Polis serbu Al-AzharKAHERAH - MESIR. Sekurang-kurangnya dua pelajar terbunuh dan puluhan yang lain ditahan dalam satu serbuan oleh pasukan keselamatan di universiti Al-Azhar di sini, kelmarin.

Media tempatan melaporkan, pasukan keselamatan memasuki kawasan kampus itu bagi meredakan protes pelajar yang kian memuncak terhadap kerajaan sementara.

“Salah satu bangunan kampus terbakar. Kelas dan asrama turut mengalami kerosakan teruk.

Dinding bangunan juga dilukis dengan pelbagai grafiti memaparkan kekejaman pemerintahan tentera,” menurut laporan itu kepada Press TV.

Minggu lalu, Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun terhadap 12 pelajar selepas menyerang ibu pejabat universiti terbabit pada Oktober lalu.

Susulan kejadian itu, ribuan pelajar dan penyokong Presiden yang digulingkan Mohamed Mursi mengadakan protes terhadap pemerintahan tentera di sekitar ibu negara termasuk di Iskandariah, Tanta dan Helwan.

Penunjuk perasaan juga melaungkan anti Ketua Tentera Jeneral Abdel Fattah al-Sisi yang didesak supaya berundur. - Press TV

21 November 2013

Seorang maut demonstrasi baharu di Dataran Tahrir


Beberapa penunjuk perasaan, membantu seorang rakan mereka yang cedera dalam tunjuk perasaan antikerajaan di Dataran Tahrir, Kaherah, kelmarin. - AFP
KAHERAH 20 Nov. - Sekurang-kurangnya seorang maut dan 16 lagi cedera selepas polis Mesir bertindak menyuraikan satu tunjuk perasaan di Dataran Tahrir, semalam.
Polis yang disokong dengan kereta perisai melepaskan gas pemedih mata dan tembakan peluru hidup bagi menyuraikan perhimpunan yang diadakan bagi memperingati ulang tahun kematian penunjuk perasaan ketika kebangkitan rakyat pada 2011.
Tunjuk perasaan itu diadakan oleh kumpulan yang menentang Mursi dan kerajaan sementara yang disokong oleh tentera dengan menuduh kedua-dua pihak itu mengkhianati matlamat sebenar kebangkitan rakyat pada 2011 yang menggulingkan Hosni Mubarak.
Ketua Perkhidmatan Kecemasan, Ahmed al-Ansary berkata, seorang lelaki maut akibat terkena tembakan ketika pertempuran berlaku antara penunjuk perasaan dengan tentera.
Penunjuk perasaan menuduh kerajaan sementara yang disokong oleh tentera dan polis cuba mengulangi sejarah pembunuhan beramai-ramai di Jalan Mohamed Mahmud berhampiran Dataran Tahrir ketika kebangkitan rakyat pada 2011 ekoran gelombang nasionalisme protentera selepas Mursi digulingkan.
Pertempuran dilaporkan berlaku berhampiran ibu pejabat Liga Arab dengan 16 orang dilaporkan turut cedera.
Penunjuk perasaan bertindak menutup muka mereka selepas polis melepaskan gas pemedih mata.
Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan menjelaskan, seramai 14 penunjuk perasaan ditahan, termasuk seorang yang memiliki senapang buatan sendiri.
Kementerian itu turut menuduh penunjuk perasaan mahu menyerang bangunan ibu pejabat Liga Arab yang terletak berhampiran Dataran Tahrir. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131121/lu_06/Seorang-maut-demonstrasi-baharu-di-Dataran-Tahrir#ixzz2lFa0iL47
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Serangan berani mati di Sinai, 11 askar maut


KAHERAH 21 Nov. Sekurang-kurangnya 11 anggota tentera terbunuh apabila sebuah kereta pengebom berani mati merempuh konvoi bas yang membawa pasukan tentera tamat tugas di utara Sinai, semalam.
Menurut jurucakap tentera, Kolonel Mohammed Ahmed Ali, kejadian itu berlaku di sebuah jalan yang menghubungkan bandar Rafah dan el-Arish.
“Kereta yang dipandu pengebom berani mati itu merempuh empat bas tentera sebelum meletup," katanya.
Kejadian itu turut mencederakan 37 anggota tentera yang lain. - AP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131121/lu_10/Serangan-berani-mati-di-Sinai-11-askar-maut#ixzz2lFZnuMDU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

10 maut akibat serangan bom berani mati di Mesir

KAHERAH - Sebanyak 10 orang tentera Mesir terbunuh manakala 35 lagi cedera apabila sebuah kereta yang sarat dengan bahan peledak melanggar dua buah bas yang membawa anggota tentera di Sinai, utara Mesir semalam.

Menurut seorang jurucakap tentera, Kolonel Mohammed Ahmed Ali, letupan berlaku sejurus konvoi dua buah bas yang membawa anggota tentera Mesir melintasi sempadan bandar Rafah dan bandar persisir El-Arish.
Letupan telah memusnahkan kedua- dua buah bas dan membunuh pemandu, tiga anggota penyiasat keselamatan dan enam anggota tentera yang tidak bertugas.
Kesemua anggota tentera yang cedera kini dirawat di hospital tentera.
Menurut seorang pegawai, ketika kejadian, bas itu dalam perjalanan menuju ke Kaherah. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1121&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2lDqKLrFF 
Hakcipta terpelihara 

20 November 2013

Ketua tentera Mesir diberi amaran

Tolak Al Sisi sebagai calon Presiden MesirMajoriti rakyat menolak Al Sisi sekiranya dicalonkan sebagai Presiden Mesir tahun depan.
KAHERAH - MESIR. Pemimpin reformis memberi amaran kepada ketua \tentera Mesir supaya tidak bertanding jawatan presiden dalam pilihan raya yang dijangka tahun depan.

Abdel-Moneim Abolfotoh berkata, Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi tidak perlu mencalonkan dirinya kerana tindakan itu boleh menghalang kepada peralihan demokrasi di negara itu.

“Beliau tidak boleh dicalonkan dan tidak perlu bertanding. Jika Al Sisi bertanding maka imej ketenteraan akan semakin tercalar kerana selama ini mereka disifatkan sebagai pengkhianat negara,” katanya pada laporan Al Arabiyah.

Menurut bekas pengikut Ikwanul Muslimin (IM) itu, sekiranya Al Sisi bertanding beliau gagal memulihkan imej ketenteraan dan demokrasi selepas penyingkiran Presiden Mohamed Mursi pada 3 Julai lalu.

Abdel-Moneim adalah salah seorang pemimpin kanan IM pada 1970-an, beliau bagaimanapun meninggalkan kumpulan itu pada 2011 namun terus menyokong pergerakan tersebut ketika pilihan raya tahun lalu yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada Mursi.

Baru-baru ini, pelbagai spekulasi ditimbulkan media tempatan apabila melaporkan, Al Sisi bakal bertanding dalam pilihan raya yang dijadualkan Februari tahun depan. 

Penduduk Mesir peringati kematian penunjuk perasaan 2 tahun lalu


KAHERAH 20 Nov. - Beratus-ratus penduduk Mesir berhimpun di Dataran Tahrir di sini semalam bagi memperingati kematian 42 penunjuk perasaan dua tahun lalu dan menggesa kerajaan sementara supaya melakukan perubahan.
Penyokong Ketua Tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi turut hadir namun mereka dihalau keluar oleh aktivis.
Menurut peserta perhimpunan, matlamat kebangkitan rakyat yang menggulingkan bekas Presiden, Hosni Mubarak pada 2011 masih belum dicapai dan menuduh pihak keselamatan bertindak `keterlaluan’ termasuk memusnahkan khemah penunjuk perasaan di Rabaa al-Adawiya, Ogos lalu. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131120/lu_15/Penduduk-Mesir-peringati-kematian-penunjuk--perasaan-2-tahun-lalu#ixzz2oOCWsQGD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

19 November 2013

Pegawai kendali kes Mursi ditembak mati




KAHERAH 18 Nov. - Seorang pegawai Agensi Keselamatan Nasional di Kementerian Dalam Negeri Mesir yang bertanggungjawab ke atas fail pergerakan Ikhwanul Muslimin, ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata.

Menurut kementerian tersebut, Mohamed Mabruk ditembak mati ketika berada di dalam keretanya berdekatan rumahnya di sini semalam.

Seorang pegawai keselamatan berkata, Mohamed terlibat dalam merangka dakwaan terhadap bekas Presiden, Mohammed Mursi dan ketua pergerakan tersebut, Mohammed Badie.

Mohamed dijangka memberi keterangan pada minggu ini dalam kes perbicaraan terhadap Mursi. - AFP



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131119/lu_08/Pegawai-kendali-kes-Mursi-ditembak-mati#ixzz2l4Hqonob
© Utusan Melayu (M) Bhd 

18 November 2013

Tentera Mesir cabul hak asasi manusia


KAHERAH 17 Nov. - Peguam-peguam di United Kingdom (UK) menuduh tentera dan kerajaan sementara Mesir melakukan jenayah kemanusiaan berikutan pertempuran sejak penggulingan bekas Presiden, Mohammed Mursi, Julai lalu.
Dalam satu laporan yang dikeluarkan semalam, pasukan undang-undang berprofil tinggi mendakwa, tentera melakukan beberapa jenayah dan pencabulan hak asasi manusia.
Laporan itu menerangkan hasil siasatan mereka sejak Ogos lalu dengan menjadikan pemimpin tertinggi tentera dan askar sebagai suspek utama.
"Bukti yang kami kumpulkan dalam penyiasatan kami menunjukkan kes prima facie bahawa jenayah seperti pembunuhan, pemenjaraan tidak sah, penyeksaan, penindasan terhadap kumpulan yang dikenalpasti, memang berlaku.
"Antara jenayah lain yang dibuktikan adalah dengan sengaja mengakibatkan kesengsaraan atau kecederaan serius kepada badan, minda dan kesihatan fizikal,'' kata Tyab Ali, seorang peguam utama dalam kes itu.
Pasukan undang-undang itu dianggotai peguam hak asasi manusia beribu pejabat di UK, Michael Mansfield; pakar undang-undang antarabangsa Afrika Selatan, John Dugard yang dilantik sayap politik pergerakan Ikhwanul Muslimin, Parti Keadilan dan Kebebasan (FJP) dan anggota Majlis Shura dan diketuai oleh firma undang-undang hak asasi manusia beribu pejabat di London, ITN Solicitors.
Sementara itu, wartawan al-Jazeera, Rory Challands, yang melaporkan dari Kaherah berkata, pasukan perundangan tersebut sedang meneliti langkah seterusnya yang perlu diambil.
"Kes itu akan disalurkan sama ada ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICC) di The Hague atau Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) supaya pendakwaan kes boleh dilakukan,'' katanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131118/lu_06/Tentera-Mesir-cabul-hak-asasi-manusia#ixzz2l0rYLeqB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

15 November 2013

SENYUMAN TETAP TERUKIR.



Antara pelajar Azhar yg dijatuhkan hukuman 17 tahun penjara dan 64 ribu denda kerana didakwa cuba menyeroboh pejabat syeikh azhar dan membuat huru hara, kejadian tersebut pada oct tahun lepas apabila ribuan pelajar Azhar berhimpun di hadapan pejabat syeikh menuntut beliau meletakkan jawatan. 
Hukuman kejam itu mendapat kutukan dari pelbagai pihak.

MUSLIMAT TUNJANG PERJUANGAN.



Peranan yang dimainkan oleh golongan muslimat di mesir dlm menentang rampasan kuasa cukup besar.Mereka begitu berani,sehingga di setengah setengah kawasan keberanian mereka mengatasi muslimin bahkan golongan muslimin menjadi alah dan tercabar sehingga terpaksa mengekalkan stamina perjuangan agar tidak dipintas oleh muslimat.

Hingga hari ini sudah 25 muslimat yang syahid dan 350 org telah ditangkap semenjak rampasan kuasa 3 julai 2013.
(وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ) [Surat At-Tawba : 71]

12 penyokong Mursi dipenjara


KAHERAH 14 Nov. - Sebuah mahkamah Mesir semalam menjatuhkan hukuman penjara sehingga 17 tahun ke atas 12 penyokong bekas Presiden, Mohammed Mursi kerana mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan ganas dipimpin kumpulan mahasiswa.
Agensi berita MENA melaporkan, mereka didapati bersalah kerana menyerang Universiti al-Azhar dalam tunjuk perasaan tersebut.
Laman web pergerakan Ikhwanul Muslimin memaklumkan, semua defendan merupakan penuntut universiti berkenaan.
Mereka ditahan dalam satu tunjuk perasan kerana cuba menyerbu pejabat universiti tersebut selepas Imam Besar al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb menyokong apa yang disifatkan oleh pergerakan Islam itu sebagai 'rampasan kuasa tentera' terhadap Mursi pada Oktober lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131115/lu_07/12-penyokong-Mursi-dipenjara#ixzz2kfPcdlNr
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mursi saman kerajaan atas dakwaan culik


Gambar fail bertarikh 15 Ogos lalu, menunjukkan keadaan di Dataran Nahda selepas digempur pihak keselamatan di Kaherah. - Agensi
KAHERAH 14 Nov. - Bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi akan menyaman kerajaan sementara yang dipimpin oleh tentera berhubung insiden penggulingannya pada Julai lalu.
Peguam kepada Mursi, Mohamed al-Damati berkata, bekas Presiden itu memberitahunya bahawa beliau telah diculik dan ditahan oleh tentera Pengawal Republik sebelum dipindahkan ke pangkalan tentera laut sehari sebelum secara rasmi disingkirkan oleh tentera pada 3 Julai lalu.
"Mursi merancang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas insiden rampasan kuasa itu.
"Kami juga akan mengemukakan aduan kepada ketua pendakwa raya untuk menyatakan bahawa apa yang berlaku itu adalah satu jenayah," katanya ketika membacakan satu surat daripada Mursi yang disiarkan di televisyen.
Damati melawat bekas Presiden Mesir itu pada Isnin lalu bersama satu pasukan peguam.
Damati berkata, aduan akan difailkan kepada Mahkamah Pentadbiran untuk membatalkan 'tindakan Ketua Tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi menggulingkan Mursi'. - AFP/REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131115/lu_06/Mursi-saman-kerajaan-atas-dakwaan-culik#ixzz2kfNMEBzS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

14 November 2013

Mesir tamatkan darurat

Mesir tamatkan daruratTentera masih mengenakan perintah berkurung selama empat jam sehingga tempoh darurat tamat hari ini.

KAHERAH - MESIR. Mahkamah Mesir mengarahkan perintah darurat ditamatkan dua hari lebih awal selepas  negara itu kembali bergolak, tiga bulan lalu.

Menurut laporan AP, kelmarin, Kabinet memaklumkan mereka menghormati keputusan tersebut, namun ia hanya akan dilaksanakan selepas mendapat notis rasmi.

Bagaimanapun, Kementerian Pertahanan dan Dalam Negeri menegaskan perintah berkurung masih akan dikuatkuasakan di Mesir.

"Perintah berkurung bermula jam 11 malam hingga 3 pagi (waktu tempatan) itu akan dikenakan sehingga tempoh darurat tamat secara rasmi pada hari ini," jelas jurucakap tentera.

Pada 14 Ogos lalu, Presiden sementara Adly Mansour mengisytiharkan darurat berikutan keganasan kembali tercetus selepas pihak berkuasa  merobohkan khemah penyokong Ikhwanul Muslimin di Kaherah.  

Dalam perkembangan lain, bekas Presiden Mohammed Mursi dilaporkan mengadakan pertemuan bersama kumpulan peguam bela yang pernah menawarkan khidmat kepada beliau.i.

Difahamkan, pemimpin itu masih belum bersetuju diwakili mana-mana peguam sebaliknya beliau hanya mahu berbincang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas beberapa pihak. 

Berkata Asy Syahid Imam Hassan Al Banna,

Berkata Asy Syahid Imam Hassan Al Banna,

Saudara sekalian !
Apakah kalian telah bersedia ?
Untuk berlapar supaya manusia kekenyangan ?
Untuk berjaga malam supaya manusia dapat tidur lena ?
Untuk berpenat-lelah supaya orang lain dapat berehat ?
Dan akhirnya mati untuk menghidupkan ummat kamu.
Beginilah cara untuk menjadi orang yang benar haqnya bersama Allah.

Kisah Benar : Mimpi Bertemu Syuhada' Rabaah



Tulisan Asal : Dr Ahmed Ghonim
Ditulis semula : Krew Pilihanraya Mesir

Aku bermimpi ajaib malam semalam. Seolah - olah aku sedang berdiri sambil memerhati dari jauh beberapa mayat syuhada' Rabaah yang telah dikafankan. Tiba - tiba, seorang perempuan agak berumur mendekatiku tergesa - gesa.

" Anak ni doktor kan? " soalnya.

" Ya saya " jawabku ringkas.

Lantas air matanya mengalir sebak.

" Ada 2 mangsa yang orang ramai mahu kebumikan, kerana mereka tidak bernafas lagi. Tapi mereka berdua belum mati lagi. Mari, tolong periksa mereka " pinta perempuan itu, teresak - esak.

Tetapi aku terpaksa menolak pemintaannya.

" Mereka berdua itu dari hospital. Doktor di sana telah memberitahu tentang kematian mereka, dan saya mengesahkannya " jelasku padanya.

Perempuan tersebut berkeras dengan pendiriannya, lalu menarik tanganku.

" Mari kita lihat dengan lebih dekat " kata perempuan tersebut.

Lantas kami segera mendekati dan membuka kain yang menutupi muka 2 syuhada' tersebut. Aku terus terkejut. Syahid yang pertama, Amir Badir, sedang tersenyum manis padaku. Syahid disebelahnya pula - yang aku lupa namanya - sedang bersembang dengan orang ramai di sekeliling.

Hatiku berdebar.

" Mereka ini ... hidup .. di sisi Tuhannya .. mereka adalah .. Syuhada " kataku tersekat - sekat.

Aku terus tersedar dari mimpi. Jam di dinding menunjukkan pukul 6 pagi. Azan subuh baru sahaja berkumandang. Aku terus berwudhu' untuk mengerjakan solat, dan aku berdoa kepada Allah agar memilihku dan mengikuti jejak langkah para syuhada' dan orang soleh.

Mursi diculik askar sebelum diguling


Kaherah: Presiden Mesir yang digulingkan tentera, Mohamed Mursi Isa al-Ayyat semalam berkata dia diculik Pengawal Republik sebelum dikurung di sebuah pangkalan tentera laut sehari sebelum dia disingkirkan secara rasmi pada Julai lalu.

Kenyataan itu adalah pengakuan pertama dibuat pemimpin gerakan Islam berkenaan yang membayangkan dia ditahan secara paksa seawal 2 Julai.
Menurut surat Mohamed Mursi yang dibacakan peguamnya, Mohamed Damati, rakyat Mesir perlu tahu bahawa dia diculik dan ditahan tanpa kerelaan sejak 2 Julai serta dikurung di bangunan Pengawal Republik sehingga 5 Julai.

“Saya dan pembantu lain kemudian dipindahkan secara paksa ke sebuah pangkalan tentera laut selama empat bulan,” katanya.


Kenyataan dibacakan Mohamed Damati itu disiarkan sebuah stesen televisyen semalam.


Pengawal Republik adalah unit elit tentera Mesir yang melindungi Istana Presiden serta bangunan kerajaan di negara itu.

Mohamed Mursi dan pemimpin lain Ikhwanul Muslimin muncul untuk kali pertama di mahkamah pada 4 November lalu untuk menghadapi tuduhan menghasut keganasan ekoran kudeta dilakukan Jen Abdel Fattah al-Sisi Julai lalu.

Mohamed Mursi berkata, Mesir tidak akan pilih sehingga apa yang berlaku kesan kudeta itu disingkirkan, manakala pihak yang terbabit dipertanggungjawabkan.

“Saya mengagumi kebangkitan orang ramai menentang rampasan kuasa yang bakal jatuh melalui jihad rakyat demi hak dan kebebasan Mesir,” katanya.

Mohamed Mursi berkata, ketika ditahan dia hanya bertemu Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah, Catherine Ashton dan empat pendakwa yang bertanyakan soalan kepadanya.

Bagaimanapun, kata Mohamed Mursi, dia enggan menjawab semua soalan yang dikemukakan.

Mohamed Mursi juga tidak mengiktiraf mahkamah yang membicarakannya.- Reuters

Mesir tarik balik perintah darurat


2013/11/14
 
Kaherah: Mahkamah Mesir menarik balik perintah darurat tiga bulan di negara itu kelmarin, langkah yang mungkin membantu kerajaan disokong tentera memulihkan keadaan selepas penyingkiran Presiden Mohamed Morsi.

Namun, ketika perintah darurat diarah ditamatkan, kerajaan juga semakin hampir meluluskan satu undang-undang mengenai tunjuk perasaan yang dituduh pembangkang sebagai cara baru membendung protes.

Kerajaan melaksanakan darurat dan perintah berkurung sejak 14 Ogos lalu apabila pasukan keselamatan menyuraikan dua bantahan duduk di sini oleh penyokong Morsi, mencetuskan pertumpahan darah terburuk Mesir.

Mahkamah memutuskan perintah darurat tamat jam 4 petang (1400 GMT) Selasa, dua hari lebih awal berbanding dijangka.

Kerajaan berkata dalam satu kenyataan ia komited mematuhi perintah mahkamah dan menunggu satu salinan keputusan untuk melaksanakannya.

Ia menamatkan perintah berkurung waktu malam yang menjejaskan ekonomi, walaupun pasukan keselamatan tidak akan menarik balik perintah berkurung sehingga dimaklumkan oleh kerajaan.

Perintah berkurung berkuat kuasa dari jam 1 pagi hingga 5 pagi, kecuali Jumaat apabila ia bermula jam 7 malam.
Perlindungan tambahan

Ikhwanul Muslimin pimpinan Morsi berkata, perintah darurat itu memberi perlindungan tambahan kepada askar yang membunuh beratus penyokong Morsi dan menahan ribuan yang lain sejak kejatuhannya 3 Julai lalu.

Kira-kira 250 anggota pasukan keselamatan terkorban sejak itu, kebanyakannya di Semenanjung Sinai tanpa undang-undang dengan seorang pegawai maut dalam serangan ke atas sebuah balai polis.

Ketua tentera Jeneral Abdel Fattah al-Sisi menikmati sokongan kebanyakan rakyat Mesir namun pengkritiknya berkata kerajaan baru mensasarkan untuk memulihkan corak pemerintahan kuku besi Hosni Mubarak.

Perintah darurat dan berkurung dijangka dilaksanakan mulai 14 Ogos lalu, namun kerajaan melanjutkannya selama dua bulan pada 12 September lalu.

Deraf perundangan untuk mengawal selia bantahan dikecam pengkritik sebagai bahaya terhadap hak untuk membantah, satu hak dilihat aktivis sebagai satu daripada pencapaian utama kebangkitan 2011 ke atas Mubarak, yang menghapuskan semua tentangan awam.

Presiden sementara Adly Mansour menerima deraf itu daripada kerajaannya dan sedang menelitinya, kata pejabatnya.

AGENSI

13 November 2013

[Berhubung Laporan Akhbar Mesir Al Wathan Mendakwa TG Abd Hadi Awang sebagai Setiausaha Agung Antarabangsa Ikhwan Muslimin]

[Berhubung Laporan Akhbar Mesir Al Wathan Mendakwa TG Abd Hadi Awang sebagai Setiausaha Agung Antarabangsa Ikhwan Muslimin]

Sehubungan laporan akhbar pro kerajaan rejim kudeta Mesir, Al-Wathan yang mendakwa saya ialah Setiausaha Agung Antarabangsa Ikhwan Muslimin.

Saya menafikan sekeras-kerasnya dan berita ini adalah bohong dan sangat mendukacitakan. Adalah tidak munasabah saya yang duduk di timur jauh melibatkan diri secara langsung dengan apa yang berlaku di Mesir.

Kita tidak masuk campur (krisis Mesir) cuma hak asasi manusia kita sokong bukan sahaja PAS tapi parti lain di barat yang mendukung demokrasi mahu hak rakyat dikembalikan.

Mereka nak heret kita terlibat dengan Ikhwan itu adalah tidak benar kerana kegiatan Ikhwan terlibat dengan Asia Barat dan orang Asia Barat di Eropah, jadi tak munasabah nak letak saya sebagai setiausaha agung.

Ini satu berita provokasi untuk menyulitkan kita dalam hubungan antarabangsa.

Justeru itu, Saya telah hubungi rakan-rakan di Asia Barat termasuk rakan di UK untuk menafikan berita ini dan kita serah juga kepada pihak guaman untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Pautan video : http://www.youtube.com/watch?v=NZ92VUAcAww

Sumber : Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
#mesirkini
#R4BIA

[Kesihatan Mantan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Merosot di Hospital Penjara]



Dalam keadaan kesihatan bekas pemimpin IM itu tidak baik, pihak tentera bertindak meletakkan beliau dalam pembicaraan atas tuduhan palsu dan bermotifkan politik iaitu menghina badan kehakiman.

Aliaa, anak perempuan kepada Muhammad Mahdi Akef-mantan pemimpin IM-ketika ini adalah tahanan politik, mendedahkan kesihatan ayahnya merosot secara mendadak, walaupun beliau dalam tahanan Hospital Tentera Maadi, Kaherah dimana beliau telah dimasukkan sejak 6 minggu yang lepas.

Aliaa memaklumkan kepada Agensi Berita Anatolia, keadaan ayahnya "tidak bertambah baik di hospital tentera, bahkan sebaliknya", beliau telah diasingkan dari dunia luar, dan tidak berjumpa dengan sesiapa kecuali keluarganya melalui ziarah mingguan. Aliaa menuntut agar ayahnya dibebaskan atas kesihatannya yang membimbangkan.

Kementerian Dalam Negeri Mesir telah memindahkan Akef, 85-tahun ke Hospital Tentera Maadi pada 26 September 2013, setelah kesihatannya merudum. Awal kemasukannya hanyalah untuk menjalani ujian kesihatan dan kemudian pulang semula ke penjara. Namun, tahap kesihatannya yang merosot menyebabkan pengurusan hospital mengambil keputusan untuk menjaganya sehingga kini.

Sementara itu, pihak berkuasa kudeta meletakkan 10 Disember 2013 untuk sesi pertama perbicaraan Akef atas pertuduhan menghina badan kehakiman.

Sumber : Ikhwanweb.com
#mesirkini
#R4BIA

Penjual sayur miskin juga ditahan polis kerana terlibat dalam demonstrasi menentang kudeta.

Penjual sayur miskin juga ditahan polis kerana terlibat dalam demonstrasi menentang kudeta.

Kudeta tidak direstui oleh semua lapisan masyarakat.

#mesirkini
#R4BIA

Demonstrasi para pelajar sekolah di Madinah Nasr dan Masr Jadidah

Demonstrasi para pelajar sekolah di Madinah Nasr dan Masr Jadidah menuju ke kediaman seorang pelajar yang telah syahid, Abdurrahman Sami.

Sumber : نافذة مصر
#mesirkini
#R4BIA

Pasukan keamanan kudeta telah menangkap Al Bastawisi Siyam dari Markaz Sharbin, wilayah Daqahliyah.

Pasukan keamanan kudeta telah menangkap Al Bastawisi Siyam dari Markaz Sharbin, wilayah Daqahliyah. 

Beliau adalah ayah kepada Asy Syahid Suhaib Al Bastawisi yang telah gugur pada pembunuhan beramai-ramai di Medan Rabiatul Adawiyah selepas ditembak di kaki kemudian dilanggar oleh kenderaan berperisai pasukan keamanan kudeta.

"Dan janganlah engkau mengira bahawa Allah lengah dari apa yang diperbuat oleh orang zalim. Sesungguhnya Allah menangguhkan mereka sehingga hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak." [Ibrahim : 42]

Sumber : نافذة مصر
#mesirkini
#R4BIA

[Surat dari seorang tahanan dari penjara kudeta, seorang pelajar sekolah menengah yang baru berumur genap 16 tahun]

[Surat dari seorang tahanan dari penjara kudeta, seorang pelajar sekolah menengah yang baru berumur genap 16 tahun]

"Apabila bergema azan menerusi lebih dari 40 mimbar, kemudian solat didirikan oleh para imam dengan khusyuknya, di dalam solat-solat itu mereka yang bersujud membisikkan hajat dan kemahuan mereka kepada bumi dan didengari oleh tuhan di langit,

Dan kami tidak pernah lupa bahawa ianya adalah doa dari orang-orang yang dizalimi. Maka ketahuilah sesungguhnya Allah akan memakbulkan jua walaupun bukan sekarang"
..........

"Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberik pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari allah sesudah itu? kerana itu hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mu'min bertawakkal" [Ali Imran : 160]

Sumber : الاخوان المسلمون " تربية جهاد و دعوه"
#mesirkini
#R4BIA

KEGILAAN MESIR TERHADAP RAKYAT SYRIA DAN PALESTIN



Mesir terus menerus berlaku zalim apabila menahan lebih daripada 1,500 orang pelarian Syria, termasuklah sekurang-kurangnya 400 rakyat Palestin dan 250 orang terdirinya dari kanak-kanak berusia lingkungan 2 bulan. 

Pegawai Keselamatan Mesir itu mengakui penahanan pelarian akan dilanjutkan selama-lamanya sehingga mereka meninggalkan negara ini.

Sumber : UNHCR

Lihat perbezaan antara pemerintahan Presiden Mohammed Morsi dengan pemerintahan KUDETA pimpinan As Sisi. Ketika Morsi mentadbir negara, beliau menyambut rakyat Syria sebagai tetamu Mesir. Morsi melarang rakyatnya memanggil mereka dengan panggilan pelarian.

Doakan mereka..

Hadi nafi dilantik Setiausaha Agung Ikhwanul Muslimin


Abdul Hadi Awang
KUALA LUMPUR 12 Nov. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menafikan laporan akhbar tempatan Mesir, Al-Wathan yang mendakwa beliau adalah Setiausaha Agung Antarabangsa Ikhwanul Muslimin.
Beliau menegaskan, meskipun Pas menentang rampasan kuasa di Mesir tetapi adalah tidak munasabah beliau dilantik untuk memegang jawatan berkenaan.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya dan berita ini adalah bohong dan sangat mendukacitakan. Adalah tidak munasabah saya yang duduk di timur jauh melibatkan diri secara langsung dengan apa yang berlaku di Mesir.
"Kita tidak masuk campur (krisis berlaku di Mesir) cuma hak asasi manusia kita sokong bukan sahaja Pas tapi parti lain di Barat yang mendukung demokrasi mahu hak rakyat dikembalikan," kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Akhbar itu yang memetik kenyataan bekas pemimpin Ikhwanul Muslimin yang telah keluar dari pergerakan berkenaan, Tharwat Kharbawi mendakwa bahawa Abdul Hadi sebagai ketua kepada lima orang jawatankuasa pengurusan yang bertanggungjawab menguruskan tanzim di seluruh dunia selama tiga tahun.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang juga menyifatkan laporan tersebut sebagai provokasi untuk mengganggu hubungan Pas dengan pihak luar.
Sehubungan itu, kata beliau, Pas sedang mengkaji tindakan guaman yang boleh diambil ke atas akhbar tersebut.
"Saya telah hubungi rakan-rakan di Asia Barat termasuk rakan di United Kingdom (UK) untuk menafikan berita ini dan kita serah juga kepada pihak guaman untuk mengambil tindakan sewajarnya," tambahnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131113/po_05/Hadi-nafi-dilantik-Setiausaha-Agung-Ikhwanul-Muslimin#ixzz2oODkZt7x
© Utusan Melayu (M) Bhd