31 October 2013

DR ESOM ERYAN TIMBALAN PRESIDEN PARTI FJP IKHWAN DITANGKAP DI FLAT TAJAMU' KHAMIS CAIRO.



Dr Esam Eryan antara pimpinan utama ikhwan dan partinya FJP telah ditangkap pagi tadi di satu flat di kawasan tajamu' khamis di cairo.
Polis yg mendapat maklumat keberadaan Dr Esom di kawasan tersebut terus berkejar ke sana dan mengepung kawasan hingga tertangkap Dr Esom.
Dr Esom hanya terseyum ketika tangkapan dibuat.
Polis telah memburu beliau sejak jatuhnya Dr Mursi. 
Dr Esom pernah ditangkap sebelum ini pada zaman Mubarak dan merengkok dalam perjara beberapa tahun.

Ikhwan online. 

KUWAIT BERUNDUR DARIPADA HULUR BANTUAN KPD KRJN KUDETA MESIR SBLM ZIARAH ADLI MANSOR.



Negara Kuwait mengambil keputusan untuk mengundurkan diri drp proses pemberian bantuan kepada kerajaan kudeta Mesir berpunca daripada tekanan dalam dan luar negara terhadap Kuwait. 
Ia juga merupakan polisi baru negara-negara teluk untuk memastikan berlakunya penyelesaian aman di Mesir antara ikhwan dan tentera. 
Keputusan Kuwait tersebut diambil sehari sebelum lawatan presiden Mesir Adli Mansor ke Kuwait. 
Sebelum ini UAE satu lagi negara yg kuat menyokong Krjn kudeta juga seolah-olah memberi isyarat yg sama melalui kenyataan yg dibuat oleh Timbalan perdana menterinya yg menyebut bhw bantuan negara arab kpd Mesir tidak akn kekal selamanya.
Para pemerhati menyatakan bhw keputusan Kuwait adalah antara terjemahan pendirian yg dinyatakan oleh TPM UAE itu.
Dijangkakan banyak lagi negara teluk lain akn mengikuti keputusan Kuwait dan UAE.

FJP NEWSPAPER. 

P/s:
-Satu berita menyebut, bahagian keselamatan embassy UAE di Cairo membuat laporan yg di hantar kpd krjn UAE menyebut keadaan tentera dan krjn kudeta Mesir cukup parah buat masa ini ,jadi laporan itu menasihati krjn UAE agar jgn terlalu kuat membantu Kjrn Mesir skrg kerana kemungkinan Mursi akn kembali memerintah.

Pemimpin kanan Ikhwan ditahan

Kaherah: Kerajaan Mesir semalam menahan seorang lagi pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin, Dr Essam al-Erian yang menjadi segelintir kecil tokoh gerakan Islam yang berjaya mengelakkan dirinya daripada pihak berkuasa.
Kenyataan Kementerian Dalam Negeri berkata, Essam ditahan di tempat persembunyiannya di timur Kaherah subuh semalam. 
Gambar yang beredar di media sosial menunjukkan Essam, 59, tetap tersenyum ketika ditahan.

Naib Pengerusi Parti Kebebasan Dan Keadilan itu juga menunjukkan simbol penentangan terhadap rampasan kuasa tentera yang menggulingkan Mohamed Mursi al-Ayyat Julai lalu.
Foto
ESSAM

Pasukan keselamatan melancarkan gerakan memburu dan menahan penyokong Mohamed Mursi pada Ogos dan melakukan keganasan bagi menyuraikan penunjuk perasaan di ibu negara Mesir.

Lebih 1,000 orang terbunuh sejak kudeta tentera dilancarkan dengan sebahagian besar adalah penyokong Ikhwanul Muslimin.

Lebih 2,000 orang ditahan, termasuk pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin.

Mohamed Mursi sendiri ditahan pihak tentera di tempat rahsia dan dia dijadual mula dibicarakan pada 4 Novermber ini.

Penahanan itu tidak menghalang penyokong Ikhwanul Muslimin terus mengatur dan menggerakkan demonstrasi. - AFP

Mursi tolak perbicaraan

Mursi tolak perbicaraanPenyokong Mursi juga merancang perhimpunan mega pada 4 November depan.

KAHERAH - MESIR. Bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi menolak kuasa mahkamah yang akan membicarakan beliau bersama 14 anggota Gerakan Ikhwanul Muslimin (IM) atas dakwaan menghasut pembunuhan pada 4 November depan.

Kelmarin, jurucakap Pakatan Antirampasan Kuasa memaklumkan pemimpin digulingkan tentera dalam rampasan kuasa, Julai lalu itu juga tidak akan diwakili mana-mana peguam kerana beliau tidak mengiktiraf perbicaraan tersebut.

Menurutnya lagi, prosiding perbicaraan kes itu hanya akan dihadiri sekumpulan peguam tempatan yang bertindak sebagai pemerhati.

Pakatan tersebut bertindak mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai menolak laporan palsu media protentera yang mendakwa IM telah melantik peguam dari Turki dan Qatar untuk mewakili Mursi.

Selain itu, dipetik dari Al-Arabiya pakatan pro-Mursi tersebut turut menggesa aktivis hak asasi manusia untuk menghadiri perbicaraan terbabit yang dijangka hangat dan bakal menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa.

3 hakim kendali kes Ikhwanul Muslimin tarik diri


KAHERAH 30 Okt. - Tiga hakim yang mengendalikan perbicaraan Mursyidul Am Pergerakan Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badie dan 34 lagi anggota pertubuhan itu menarik diri daripada meneruskan prosiding itu yang berlangsung, semalam.
"Hakim berundur daripada kes ini atas sebab 'tindakan itu akan menyalahi moral mereka', justeru tertuduh perlu kekal berada dalam tahanan," kata ketua hakim Mohammed Fahmy al-Qarmuty kepada mahkamah pada permulaan sesi perbicaraan.
Badue dan dua timbalannya, Khairat al-Shater dan Rashad al-Bayoumi, menghadapi tuduhan berkaitan kematian penunjuk perasaan yang menyerbu ibu pejabat Ikhwanul Muslimin di Kaherah pada 30 Jun lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131030/lu_01/3-hakim-kendali-kes-Ikhwanul-Muslimin-tarik-diri#ixzz2jF5HjxVl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

30 October 2013

Sisi menawarkan rasuah kpd pasukan Ghana

President Ghana:Sisi menawarkan rasuah kpd pasukan Ghana agar tewas dlm pertemuan pusingan kedua kelayakkan piala dunia 2014.
Presiden ugut duta Mesir akn balik ke mesir berjalan kaki jika hentikan usaha itu.
Dlm pertemuan pertama di Ghana,pasukan Mesir telah tewas 6-1 kpd pasukan Ghana.

Assyabu . Newspaper

HAKIM PERBICARAAN DR BADII,IR KHAIRAT SHATIR DAN BEBERAPA LAGI PIMPINAN IKHWAN MENARIK DIRI UTK PENGHAKIMAN KERANA KURANG SELESA.



Mahkamah Jenayah Kaherah yg bersidang utk membicarakan Mursyidul Am Ikhwan,Timbalan mursyidul am Ir Khairat Shatir dan beberapa lagi pimpinan atas tuduhan melakukan jenayah bunuh dan hasutan membunuh pendemo di hadapan pejabat agung ikhwan di Muqotom Kaherah berundur drp membicarakan para tertuduh kerana merasa kurang selesa dgn kes tersebut. 
Pihak peguam bela tertuduh berkata hakim mengambil keputusan tersebut kerana merasakan tiada bukti kukuh yang boleh mengsabitkan kesalahan para tertuduh yg akhirnya akn membawa kepada penghukuman tidak bersalah. 
Pihak peguam menambah lagi majoriti kes IM dan penyokong Mursi adalah kes politik bukannya kes jenayah. 

FJP NEWSPAPER.
P/s
Ini membuktikan bhw masih ada hakim yg adil tidak ikut telunjuk Krjn Kudeta.

29 October 2013

TUNDA LUCUT KERAKYATAN MESIR DRP DR QORDAWI KEPADA 26 JANUARI.



Mahkamah pentadbiran memutuskan penundaan kes penarikan kerakyatan drp Dr Qordawi yg dibuat oleh dua peguam Hamdi Fakharani dan Wael Hamdi ke tarikh 26 Januari tahun depan. 
Usaha untuk melucutkan kerakyatan ini termasuk antara langkah- langkah yg dijalankan oleh Media ,kehakiman dan pimpinan rampasan kuasa untuk bertindak dan memburukkan orang baik dan bersih yg menentang rampasan kuasa. 

FJP NEWSPAPER.

Samseng yg ditangkap oleh pelajar setelah menyerang demo mereka dalam Univ alAzhar.

28 October 2013

Identiti pengebom nekad didedah

Identiti pengebom nekad didedahPuluhan cedera ketika cubaan bom nekad di Kaherah, 5 September lalu, Gambar kecil, Waleed Badr

KAHERAH - MESIR. Kumpulan militan Al-Qaeda mendedahkan, identiti individu pengebom nekad yang cuba membunuh Menteri Dalam Negeri kerajaan sementara adalah seorang bekas pegawai tentera negara itu.

Pendedahan itu dibuat menerusi rakaman video menggunakan nama kumpulan militan Ansar Jerusalem, memaparkan seorang individu merancang untuk mengebom kenderaan Mohammed Ibrahim di Kaherah pada 5 September lalu.

Video turut memaparkan, bekas pegawai tentera dikenali sebagai Waleed Badr dilihat memakai seragam tentera sambil mengutuk keras beberapa pegawai kanan tentera Mesir.

Selain itu, Waleed Badr juga dikatakan mengkritik Ikhwanul Muslimin (IM) dan kumpulan gerakan Islam lain.

“Demokrasi, ideologi Al-Qaeda, dan undang-undang Syariah hanya boleh dicapai melalui jihad,” katanya dalam rakaman video tersebut dipetik oleh Al Arabiyah.

Beliau yang juga bekas anggota militan Afghanistan pernah dipenjara setahun selepas ditahan di Iran dan kini, dipercayai sedang menyembunyikan diri.

Pendedahan video itu juga sekali gus menolak tuduhan kerajaan sementara yang selama ini melabelkan IM sebagai pengganas.

mesir

Muhammad Yusuf, Atlit Mesir telah menjadi juara dalam acara sukan Kung fu kejohanan dunia di Rusia. Semasa penyerahan pingat emas, Atlit tersebut telah muncul dengan memakai T-shirt yang tertera lambang R4BIA dan mengangkat lambang R4BIA di hadapan seluruh dunia.

Sumber : نافذة مصر
#mesirkini
#R4BIA

mesirkini

Mahasiswa Menentang Kudeta telah mengadakan pameran berkenaan penentangan terhadap kudeta tentera di Universiti Mansurah.

Sumber : نافذة مصر
#mesirkini
#R4BIA

"Jangan percayakan kami, kami adalah Photoshop"

"Jangan percayakan kami, kami adalah Photoshop"

Sebagai jawapan kepada pihak media Mesir yang menyatakan bahawa tiada siapa membuat demonstrasi di jalanan dan semuanya hanyalah photoshop semata-mata.

Sumber : Rabaa Today
#mesirkini
#R4BIA

mesir

mesir

mesir

26 October 2013

PUTIN MENOLAK TAWARAN PUTERA BANDAR BIN SULTAN KETUA PERISIKAN SAUDI SEBANYAK USD15 BILLION HANYA UTK LAKUKAN LAWATAN KE CAIRO JUMPA KERAJAAN PERAMPAS.



Satellite Channel Rusia Today mendedahkan penolakkan presiden Putin tawaran drp saudi melalui ketua perisikannyan Putera Bandar bin Sultan atas permintaan drp keluarga diraja Saudi menawarkan USD15 billion sebagai bayaran Putin mengadakan lawatan ke Mesir berjumpa kerajaan kudeta bertujuan menambah kesahtarafan "الشرعية" kepada kerajaan perampas tersebut.

Dumitry Juntiyef Pakar hal ehwal timur tengah dan Afrika di Institut negara Asia dlm dialog di tv Rusia Today berkata bahawa Riyahd amat berharap peningkatan kesahtarafan"الشرعية" kepada kerajaan Mesir baru,Pres Adli Mansor, pimpinan tentera dan semua mrk yg terlibat dlm menggulingkan presiden Mursi.

Beliau menambah,tiada ketua negara utama dunia melawat Mesir setelah rampasan kuasa.
Hingga sekarang, Amerika dan Eropah masih berhati-hati ,mrk mahu letakkan keadaan yg berlaku dalam ruang lingkup perlembagaan bg mencapai penyelesaian jalan tengah.

Tugas Putera Bandar dianggap sebagai pengatur di antara Amerika dan Presiden putin bagi memujuk putin agar melakukan lawatan ke Mesir dan mencipta satu peristiwa bersejarah dgn lawatan tersebut bg menambah kesahtarafan"الشرعية" kepada kerajaan kudeta Mesir.

Dumitry menambah lagi, setelah setahun pemerintahan Dr mursi di Mesir dan bertambahnya populariti ikhwan hingga menjangkau ke Jordan,Syria dan beberapa negara lain, Negara Saudi melihat perkembangan tersebut mengancam penguasaannya di Timur tengah.
Justeru itu,Saudi menyokong kuat usaha menjatuhkan Mursi dan membantu kerajaan baru agar ikhwan tidak kembali semula memerintah,semuanya dilakukan melalui contract berganda di dalam dan luar mesir sbgm yg dilakukan oleh Putera Bandar di Rusia.

Assyabu. Org

Pegawai tentera sokong Abdel Fattah jadi Presiden Mesir


Abdel Fattah Al-Sisi
KAHERAH 25 Okt. - Pegawai-pegawai tentera Mesir menyokong supaya Ketua Tentera, Abdel Fattah Al-Sisi bertanding untuk jawatan Presiden.
Menurut satu sumber tentera, pegawai-pegawai kanan tentera di negara ini sejak tiga bulan lalu telah memberitahu Abdel Fattah bahawa mereka bimbang tentang pergolakan politik di negara ini.
“Kami memberitahu beliau bahawa negara ini perlu mengekalkan kestabilan dan disebabkan itu beliau diperlukan.
“Abdel Fattah juga disifatkan sebagai disukai dan dimahukan rakyat untuk menjadi Presiden negara ini.
“Selain itu, tidak ada lagi calon lain yang layak dan popular seperti beliau," kata seorang pegawai tentera yang enggan dikenali.
Presiden daripada kalangan individu berlatarbelakangkan tentera bakal meningkatkan kebimbangan kumpulan hak asasi manusia antarabangsa dan negara sekutu Barat seperti Amerika Syarikat (AS) terhadap Mesir.
Kebimbangan berlaku lebih banyak keganasan juga akan meningkat selepas kebangkitan rakyat pada 2011 yang menggulingkan pemimpin diktator Hosni Mubarak memberi harapan kewujudan sebuah negara demokrasi.
Mubarak yang merupakan bekas komander tentera udara juga sering menggunakan istilah ‘kestabilan’ sebagai alasan untuk mematahkan sebarang penentangan sepanjang 30 tahun pemerintahannya. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131026/lu_05/Pegawai-tentera-sokong-Abdel-Fattah-jadi-Presiden-Mesir#ixzz2iooUBOa2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

25 October 2013

PELAJAR PEREMPUAN UNIVERSITI AZHAR BERANI SEPERTI LELAKI...KURUNG PENGAWAL KESELAMATAN DENGAN RANTAI.



Pelajar perempuan universiti azhar memberi satu tamparan hebat kepada pihak keselamatan universiti dan pensyarah di dlm menghormati kebebasan pelajar perempuan untuk berdemo menentang rampasan kuasa bilamana mereka membawa rantai besi dan mengunci pintu universiti.
Perkara ini berlaku apabila pihak keselamatan universiti tidak membenarkan mereka memasuki kuliah selama beberapa hari dan menglimpahkan air di jalan pintu masuk universiti bagi menghalang pelajar perempuan memasuki universiti. 
Pelajar perempuan azhar telah ke kuliah selama 2 hari berturut-turut ,namun setiap kali pengawal keselamatan universiti menutup pintu dan meminta mereka beredar dan tidak masuk utk belajar atau demo.
Berang dgn tindakan tersebut, para pelajar membeli dan membawa rantai besi serta kunci baru dan mengunci semua pintu universiti yg ada di dalam nya pengawal dan pensyarah dan meninggalkan mereka terperangkap di dalam sbgm dpt dilihat dlm gambar di atas.

Assyabu newspaper. 

24 October 2013

Bantahan penuntut universiti di Mesir berlanjutan


Sebahagian penunjuk perasaan menghalang laluan ketika bertempur dengan polis antirusuhan di hadapan Universiti al-Azhar di Kaherah, pada 20 Oktober lalu. - REUTERS
KAHERAH 24 Okt. - Tunjuk perasaan antikerajaan sementara oleh penuntut-penuntut universiti di Mesir yang mahu bekas Presiden, Mohammed Mursi kembali memerintah, berlanjutan untuk hari yang keempat, semalam.
Dalam bantahan terbaharu, mahasiswa Universiti Zagazig bertindak menyerang kampus mereka dan menganggu sesi pembelajaran sehingga memaksa pensyarah melarikan diri dari bilik kuliah.
Sejak tiga hari lalu, penuntut di Universiti al-Azhar turut melancarkan bantahan dan menyebabkan sesi pembelajaran terpaksa ditangguhkan.
Pasukan tentera terpaksa campur tangan dalam insiden di universiti itu dan beberapa penuntut dilaporkan cedera dan ditahan.
Kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai 'penuntut menentang rampasan kuasa' mendakwa, mengetuai bantahan yang diadakan di universiti-universiti di Mesir, termasuk di Universiti Kaherah.
Di Universiti al-Mansoura, Presidennya, Sayed Abdelkhaleq telah mengarahkan tindakan disiplin dikenakan terhadap 25 penuntut dan pensyarah yang disyaki menggalakkan bantahan tersebut.
Tindakan itu turut mendapat pujian daripada Menteri Pendidikan Tinggi Mesir, Houssam Issa yang menuduh penunjuk perasaan cuba menggulingkan kerajaan.
Bantahan oleh penuntut universiti itu tercetus ekoran perdebatan berhubung draf undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan sementara yang disokong tentera.
Draf undang-undang itu akan menyekat hak-hak kebebasan berkumpul serta memberi lebih kuasa kepada pasukan keselamatan untuk menggunakan kekerasan menyuraikan penunjuk perasaan. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131025/lu_04/Bantahan-penuntut-universiti-di-Mesir-berlanjutan#ixzz2ijlLwmP2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pelajar sertai demonstrasi


KIRA-KIRA 500 penunjuk perasaan baru-baru ini mengambil bahagian dalam perarakan dan demonstrasi bantahan terhadap serangan di masjid Rabaa al-Adaweya, bulan lalu.
Pasukan keselamatan Mesir bagaimanapun bertindak meleraikan tunjuk perasaan dengan melepaskan gas pemedih mata kepada penyokong bekas Presiden Mohamed Mursi tersebut.
Kebanyakan petunjuk perasaan dipercayai merupakan pelajar dari Universiti al-Azhar, Mesir. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20131024/ba_04/Pelajar-sertai-demonstrasi#ixzz2oOJT51CM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

22 October 2013

Provokasi tercetus di Kaherah


22 Oktober 2013

KAHERAH - ARAB SAUDI. Sekurang-kurangnya tiga maut selepas sekumpulan lelaki tidak dikenali bertindak melepaskan tembakan di luar gereja ketika majlis perkahwinan berlangsung di Al Warak, di sini, semlam.

Perdana Menteri Hazem el-Beblawi yang mengutuk keras kejadian itu menyifatkan serangan tersebut sebagai usaha menggagalkan perdamaian antara Islam dan Kristian di Mesir.

“Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun dan dua dewasa antara yang maut. Kami mengarahkan anggota keselamatan memburu tiga suspek serangan,” katanya dipeti Press TV.

Menurutnya, serangan tersebut dilihat sebagai satu provokasi untuk menuduh masyarakat Islam atau pengikut Ikhwanul Muslimin yang bertanggungjawab.

“Kami tidak tahu sama ada penyerang itu adalah orang Islam atau Kristian. Kejadian sama pernah berlaku di beberapa masjid. Tetapi saya percaya, terdapat satu kumpulan menjadi dalang terhadap semua serangan membabitkan gereja dan masjid di negara ini bagi menaikkan kemarahan masyarakat,” katanya.

Sejak penyingkiran Presiden Mesir Mohammed Mursi, usaha melagakan penduduk Islam dan Kristian makin meningkat termasuk penggeledahan lebih 40 gereja dan puluhan masjid di negara itu.

Tolak anugerah tertinggi Israel

Tolak anugerah tertinggi IsraelPegawai muzium, Irena Steinfeldt menunjukkan sijil anugerah tertinggi yang mengiktiraf Helmy.

KAHERAH - ARAB SAUDI. Ahli keluarga seorang doktor warga Mesir bertindak menolak penghormatan tertinggi yang mahu diberikan Israel pada bulan lalu atas jasanya ketika insiden pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi di Berlin pada 1933-1945.

Mervat Hassan, anak saudara kepada isteri Dr Mohamed Helmy memaklumkan mereka berbesar hati untuk menerima anugerah seumpama itu jika diberikan oleh negara lain.

"Keluarga kami enggan menerima anugerah daripada rejim Zionis. Keputusan ini juga ada kaitan dengan permusuhan berpanjangan antara Mesir dan Israel walaupun kedua-dua negara telah menandatangani perjanjian damai pada 1979," katanya. 

Menurut Mervat, pakciknya hanya menjalankan tugas tanpa mengira bangsa atau agama pesakit ketika insiden didalangi tentera Nazi tersebut.

Dipetik AP, kelmarin, jurucakap Muzium Yad Vashem turut mengkritik keputusan keluarga doktor tersebut yang didakwa kononnya dipengaruhi sentimen politik.

Difahamkan, Helmy yang meninggal dunia pada 1982 ketika berusia 81 tahun pernah melanjutkan pelajaran ke Berlin untuk mendalami ilmu perubatan pada 1922 dan turut berkhidmat sebagai pakar urologi di negara itu hingga 1938.

Empat maut dalam serangan di Kaherah


KAHERAH 22 Okt. - Polis kini sedang memburu dalang di sebalik kejadian tembakan di sebuah gereja yang membunuh empat orang awam di Kaherah.
Insiden ini merupakan serangan pertama melibatkan sebuah gereja di bandar tersebut sejak penyingkiran Presiden Islam Mesir.
Serangan terhadap gereja Virgin yang terletak berhampiran kawasan perumahan al-Warak turut mengorbankan seorang budak perempuan berusia lapan tahun, manakala 17 lagi tercedera.
"Dua orang lelaki menunggang motosikal dengan salah seorang daripada mereka melepaskan tembakan,’’ kata kementerian dalam negeri. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131022/lu_03/Empat-maut-dalam-serangan-di-Kaherah#ixzz2iQQM6Pik
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pelajar Al-Azhar cabar pemerintah tentera


AFP
PELAJAR Universiti Al-Azhar lari menyelamatkan diri daripada bedilan gas pemedih mata di luar kampus mereka di Kaherah kelmarin.


KAHERAH - Beribu-ribu pelajar Universiti Al-Azhar di Mesir mengadakan tunjuk perasaan yang masuk hari ketiga semalam, kata sumber keselamatan.
Protes tersebut merupakan antara cabaran paling serius yang dihadapi tentera sejak ia menumbangkan kerajaan Islam pimpinan Presiden Mohamed Morsi pada Julai lalu.
Para penunjuk perasaan menuntut agar jawatan Morsi dikembalikan.
Protes itu perlu diselesai secara bijaksana oleh pihak berkuasa kerana Al-Azhar yang merupakan pusat pengajian Islam, tidak pernah menentang pemerintah.
Protes tersebut yang diadakan di beberapa buah kampus Al-Azhar di ibu kota Mesir di sini dan beberapa bandar raya lain adalah lebih kecil berbanding bantahan sebelum ini.
Sumber keselamatan memberitahu, sekitar 4,000 pelajar menyertai tunjuk perasaan itu dengan 44 orang ditangkap.
Kekacauan baharu itu membayangkan penyokong Morsi telah mengubah taktik dengan memberi tumpuan pada lokasi sensitif dan tidak lagi menganjurkan protes jalanan.
Ia ekoran tindakan keras pihak berkuasa mematahkan protes- protes jalanan sebelum ini.
Dalam pada itu, beberapa ulama, profesor dan pegawai di universiti itu juga diketahui menyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin yang pernah dipimpin oleh Morsi.
Pihak berkuasa bertindak keras ke atas Ikhwanul Musli- min yang memenangi pilihan raya selepas kejatuhan Hosni Mubarak pada tahun 2011 tetapi kini diharamkan.
Pasukan keselamatan telah membunuh beratus-ratus orang bagi mematahkan tunjuk pera- saan besar-besaran oleh penyokong Ikhwanul Muslimin.
Pemerintah turut menangkap barisan pemimpin pergerakan itu termasuk Morsi yang dipenjarakan atas dakwaan mencetuskan keganasan. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1022&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2iPKeEA1L 
Hakcipta terpelihara 

mesir

21 October 2013

Perbicaraan Mubarak secara tertutup


21 Oktober 2013
KAHERAH - MESIR. Perbicaraan semula bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, 85, yang didakwa bersubahat mengarahkan pembunuhan penunjuk perasaan pada 2011 disambung dalam satu sesi tertutup, kelmarin.

Tahun lalu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas beliau, namun beliau dibebaskan Ogos lalu.

Difahamkan pada laporan AFP, Mubarak kini menjalani tahanan rumah di sebuah hospital di Maadi, pinggir Kaherah sementara menunggu keputusan perbicaraan semula tersebut.

20 October 2013

Menilai tragedi di tanah Arab


HAMPIR setiap hari sejak beberapa tahun lalu, kita akan melihat dan mendengar berita sedih tentang konflik di Syria dan Mesir. Apa yang berlaku di kedua-dua buah negara ada kaitannya dengan beberapa peristiwa penting sebelum ini khususnya 40 tahun dahulu. Pada 6 Oktober 2013, genaplah 40 tahun terjadinya Perang Arab-Israel 1973 (PAI 73) atau Perang Ramadan atau juga dikenali sebagai Perang Yom Kippur. Perang tersebut bermula dalam bulan Ramadan dan hari yang sama adalah Hari Yom Kippur iaitu hari mulia kaum Yahudi ketika mereka sedang bercuti meraikannya.
Rencana ini bukanlah bertujuan untuk membincangkan strategi ketenteraan semata-mata, namun sebagai perkongsian maklumat sejarah kepada generasi muda mengenai kekacauan di rantau Arab yang tidak berkesudahan sehingga ke hari ini. Berlakunya PAI 73 adalah rentetan daripada Perang Arab Israel Ke-3 pada tahun 1967 yang mana Israel telah merampas Gaza, Bukit Golan, Tebing Barat (Baitulmaqdis) dan Semenanjung Sinai daripada negara-negara Islam. Presiden Mesir ketika PAI 73 ialah Anwar Sadat, Syria dipimpin oleh Hafez Assad dan Perdana Menteri Israel adalah Puan Golda Meir.
Manakala Menteri Pertahanan Israel yang hampir-hampir dimalukan ketika PAI 73 adalah Moshe Dayan yang juga digelar "si mata satu". Banyak buku dan sumber mengenai perang ini ditulis oleh sarjana Barat yang cenderung untuk memperlihatkan tentera Islam lemah, tidak bersatu dan mudah dikalahkan. Adakah dahulu negara-negara Arab semuanya lemah? Atau hanya mainan persepsi Barat seperti apa yang berlaku hari ini.
Pada petang bulan Ramadan 6 Oktober 1973, Tentera Udara Mesir mula membuat serangan udara diikuti serangan meriam artileri darat bertalu-talu dari seberang Terusan Suez ke arah Semenanjung Sinai yang ditakluki Israel. Setelah 15 minit, barulah askar infantri dan komando Mesir menyeberangi Terusan Suez dengan diiringi laungan takbir oleh beberapa askar yang membawa pembesar suara. Mesir mempunyai kekuatan kereta kebal sebanyak 2,200 buah, Syria 1,650 buah dan Israel 2,100 buah. Imbangan pesawat pejuang pula didahului oleh Mesir sebanyak 400 buah, Israel 359 buah dan Syria 280 buah.
Antara negara-negara Islam yang serius membantu Mesir berperang ialah Iraq, Tunisia dan Libya. Iraq menghantar satu skuadron jet pejuang Hawker Hunter buatan British khusus untuk memusnahkan kereta-kereta kebal Israel. Tunisia menempatkan 900 askar infantrinya bagi mempertahankan Port Said dan Libya sejak sebelum PAI 73 meletus lagi membantu pertahanan Mesir dengan kekuatan satu briged kereta kebal dan dua skuadron jet pejuang Mirage V buatan Perancis. Iraq turut membantu Syria dalam perang ini dengan menghantar 30 ribu tentera darat yang dilengkapi 500 buah kereta kebal dan 700 buah kenderaan berperisai.
Senjata rahsia
James R. Schlesinger, Setiausaha Pertahanan A.S. ketika itu mengakui perancangan teliti dan strategi cemerlang Mesir serta Syria. Cuba kita renungkan apakah nasib negara-negara yang membantu Mesir dan Syria (40 tahun dahulu) iaitu Iraq, Tunisia dan Libya selepas berlakunya Arab Spring? Adakah dendam lama ini berkaitan dengan pihak-pihak tertentu yang menghasut rakyat negara-negara tersebut sebelum Mesir dan Syria pula hendak dihancurkan?
Setelah diserang secara mengejut dan bertubi-tubi oleh Mesir dan Syria, Israel pada 9 Oktober 1973 mengugut AS bahawa mereka akan menggunakan senjata rahsia simpanan Israel iaitu bom nuklear, jika tidak menerima bantuan ketenteraan daripada negara Uncle Sam itu. Presiden Nixon yang bimbang akan campur tangan Kesatuan Soviet di rantau Arab akhirnya melancarkan Operasi Nickel Grass untuk menghantar beberapa buah kereta kebal, pesawat pejuang dan lain-lain peralatan pertahanan kepada Israel.
Selain bantuan kelengkapan serta peluru berpandu, AS turut menerbangkan pesawat pengintip strategik jarak jauhnya, SR-71 bagi memantau pergerakan tentera darat dan udara Mesir. Hasil daripada bantuan A.S. inilah Israel pada 14 Oktober 1973 telah berjaya menyusup masuk ke Mesir dengan menyeberangi Terusan Suez menuju ke Kaherah. Henry Kissinger, Setiausaha Luar AS turut mencadangkan kepada Israel agar mara menyerang ibu kota Syria, Damascus. Mungkinkah sejarah akan berulang kembali? Persoalannya sama ada Israel atau AS sendiri yang akan mengebom Damascus.
Selain daripada AS, Israel turut mendapat bantuan daripada salah seorang pemimpin Arab iaitu Raja Hussein, pemerintah Jordan. Berdasarkan buku tulisan Abraham Rabinovich bertajuk The Yom Kippur War: The Epic Encounter That Transformed The Middle East, beberapa hari sebelum bermulanya PAI 73, Raja Hussein telah menaiki helikopter Tentera Udara Diraja Jordan bertemu dengan Golda Meir, Perdana Menteri Isreal di Tel Aviv. Beliau telah memberitahu Meir mengenai serangan yang bakal dilaksanakan oleh Syria dan Mesir.
Buku itu turut menyatakan Raja Hussein tidak mempunyai keyakinan terhadap kemampuan jeneral-jeneral Syria dan Mesir yang sebangsa dengan beliau untuk berperang menentang Israel. Walaupun Raja Hussein menghantar tenteranya membantu Syria, namun ia bukanlah bantuan yang serius. Sedangkan Jordan berkongsi sempadan yang panjang dengan Israel selain telah melepaskan Tebing Barat dan Baitulmaqdis yang menjadi milik Jordan sebelum perang tahun 1967. Jika Jordan menyertai PAI 73 secara bersungguh-sungguh, mungkin situasi di Asia Barat akan menjadi berbeza kini.
Setelah melihat AS gigih membantu Israel menentang Mesir dan Syria, Kolonel Muammar Gadafi, Presiden Libya telah memberhentikan sepenuhnya eksport minyak kepada AS pada 19 Oktober 1973. Sehari berikutnya Arab Saudi di bawah naungan Raja Faisal, Kuwait, Qatar, Bahrain dan beberapa negara Arab lain turut mengikut jejak langkah Libya.
Ketika itu mereka bersatu menentang musuh yang sama. Menurut Edgar O' Ballance, seorang pengkaji pertahanan warganegara United Kingdom, ketika PAI 73, Israel hampir-hampir tidak mendapat sebarang bekalan minyak daripada laut akibat disekat oleh Tentera Laut Mesir. Sekatan minyak dari laut ini benar-benar mengajar Israel tentang perlunya penguasaan bekalan minyak untuk jangka masa panjang. Ia juga ada kaitannya dengan harga minyak dunia kini.
Pengajaran
Namun secara senyap-senyap Iran di bawah pemerintahan Mohammad Reza Shah Pahlavi tetap menjual minyak kepada Israel sejak sebelum PAI 73 lagi. AS dan kuasa-kuasa besar dunia lain telah mengambil pengajaran atas apa yang berlaku selepas PAI 73 untuk menguasai dan mengawal pasaran minyak dunia. Negara-negara pengeluar minyak utama seperti Iraq menjadi tumpuan untuk dikuasai secara halus atau melalui peperangan. Sebab itu Iraq tetap diserang pada Mac 2003 walaupun tidak mendapat sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Selepas beberapa kali berunding, akhirnya Mesir dan Israel menandatangani perjanjian damai pada 17 September 1978. Perjanjian itu dipanggil Perjanjian Kem David atas inisiatif Presiden AS, Jimmy Carter. Sejak sebelum PAI 73 sehingga hari ini, Syria diketahui tidak pernah menandatangani apa-apa perjanjian rasmi dengan Israel. Anwar Sadat, Raja Faisal (Arab Saudi) dan Muammar Gadafi kesemuanya mati dibunuh oleh bangsa mereka sendiri.
Syria sejak dari dahulu sehingga kini mengekalkan hubungan baik dengan Rusia dan menggunakan pelbagai senjata buatan negara bekas empayar komunis tersebut. Berbanding tentera Mesir sebelum PAI 73 yang menggunakan kelengkapan ketenteraan Rusia, mereka telah beralih arah kepada AS selepas PAI 73 sehingga kini.
Jika dahulu Tentera Mesir dan tentera Syria melaungkan takbir ketika berperang menentang perampas tanah mereka, kini mereka bertakbir sambil berbunuhan sesama bangsa sendiri. Anasir asing tidak memerlukan kereta kebal atau jet pejuang untuk memusnahkan Mesir dan Syria. Apa yang perlu hanyalah demonstrasi jalanan, rusuhan, penyebaran hasutan dalam Internet, kebebasan bersuara tanpa had, kebencian terhadap sesama bangsa, ketaksuban kepada pemimpin tertentu dan undangan kepada pihak luar untuk menyelesaikan masalah dalaman negara.
Apakah umat Islam di Malaysia masih tidak mengambil pengajaran atas apa yang berlaku di Mesir dan Syria?

18 October 2013

KEKEJAMAN AS SISI ~ PELARIAN SYRIA MENJADI TAHANAN DI PENJARA ALEXANDRIA, MESIR



Ketika Morsi masih menjadi Presiden Mesir, rakyat Syria dilayan sebagai tetamu tanpa dinafikan hak sebagai saudara seagama, tetapi apabila Morsi digulingkan, nasib rakyat Syria di Mesir berubah menjadi mimpi ngeri. asSisi memang zalim dan tidak mempunyai hati seperti seorang manusia. Lihat saudara Syria kita bersesak didalam penjara sempit ini.

HASBUNALLAH WA NI'MAL WAKEEL
 

R4BIA

R4BIA

Hatinya hanya bergetar takutkan Allah, dan tentera asSisi hanyalah memerhati seperti CC TV
 

Mesir-AS dalam krisis

Mesir-AS dalam krisisAS memotong bantuan ketenteraan tahunan terhadap tentera Mesir.
KAHERAH - MESIR. Hubungan antara Kaherah dan Washington berada dalam krisis susulan keputusan Amerika Syarikat (AS) menggantung penghantaran bantuan ketenteraan ke negara rantau Afrika Utara.

Menurut laporan AP, Menteri Luar Nabil Fahmy berkata, hubungan itu juga membahayakan kepentingan AS di Timur Tengah.

“Wujud ketegangan antara Mesir dan AS. Sesiapa menyangkal dakwaan ini, mereka sebenarnya bercakap bohong kepada negara antarabangsa,” katanya.

Minggu lalu, sebilangan diplomat mengkritik keputusan Washington mengurangkan bantuan ketenteraan dan ekonomi terhadap Kaherah.

Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Luar Mesir, Badr Abdelatty berulang kali menyatakan pendirian bahawa Mesir tidak akan memberi tekanan kepada AS.

“Keputusan itu adalah salah. Mesir tidak berasa tertekan dengan tindakan AS dan usaha mendemokrasikan Mesir tetap diteruskan sejajar dengan pelan tindakan yang dirancang,“ katanya.   

17 October 2013

Hubungan AS, Mesir meruncing


KAHERAH 16 Okt. - Hubungan diplomatik antara Amerika Syarikat (AS) dan Mesir dilihat semakin meruncing, sekali gus bakal memberi kesan kepada rantau Asia Barat.
Akhbar Al-Ahram yang memetik Menteri Luar Mesir, Nabil Fahmy, hari ini melaporkan, hubungan tegang yang berterusan antara kedua-dua negara akan memberi kesan negatif kepada seluruh rantau Arab termasuk ke atas kepentingan AS.
Pada minggu lalu, Mesir mengkritik keputusan AS untuk mengurangkan bantuan ketenteraan dan ekonomi kepada negara ini.
AS menegaskan bahawa keputusan itu dibuat ekoran konflik politik yang berlarutan selepas penggulingan Presiden Mohammed Mursi pada 3 Julai lalu. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131017/lu_07/Hubungan-AS,-Mesir-meruncing#ixzz2oOKQXc2H
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Hubungan Mesir dengan AS tegang


KAHERAH - Menteri Luar Mesir, Nabil Fahmy menyatakan bahawa hubungan antara negaranya dengan Amerika Syarikat (AS) kini sedang bergolak.
Menurut Fahmy, hubungan itu tegang ekoran keputusan Washington menggantung penghantaran beberapa buah kereta kebal, helikopter dan jet pejuang ke Mesir.
Pentadbiran Presiden AS, Barack Obama menggantung beratus-ratus juta dolar bantuan kepada pihak tentera Mesir.
Keputusan itu dibuat selepas pihak tentera melakukan rampasan kuasa pada 3 Julai sekali gus menyebabkan Mohammed Morsi digulingkan sebagai Presiden.
Penggantungan itu juga menyebabkan ratusan orang mati ekoran pertempuran antara penyokong Morsi dengan tentera dan pasukan keselamatan Mesir.
Fahmy turut memberi amaran bahawa ketegangan itu akan turut memberi kesan ke atas rantau Asia Barat. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1017&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2hwpuTklV 
Hakcipta terpelihara 

15 October 2013

Pasukan keselamatan Mesir guna peluru hidup


KAHERAH 15 Okt. - Kumpulan hak asasi manusia Amnesty International semalam mendedahkan, pasukan keselamatan Mesir didapati menggunakan peluru hidup untuk menyuraikan tunjuk perasaan penyokong bekas Presiden yang diguling, Mohammed Mursi pada awal bulan ini.
Timbalan Pengarah Amnesty bagi Asia Barat dan Afrika Utara, Hassiba Hadj Sahraoui berkata, sekurang-kurangnya 49 orang maut dan beratus-ratus lagi cedera di Kaherah selepas pasukan keselamatan menggunakan 'kaedah membawa maut dan melampau' untuk menyuraikan penunjuk perasaan pro-Mursi pada 6 Oktober lalu.
Kementerian Kesihatan pula meletakkan angka korban sebanyak 57 orang di seluruh negara dalam tunjuk perasaan sempena ulang tahun ke-40 Perang Arab-Israel itu yang bertukar menjadi pertempuran berdarah antara pasukan keselamatan dan penyokong Mursi.
Hassiba berkata, Amnesty International yang memetik kenyataan saksi mendapati, pasukan keselamatan menyamar sebagai orang awam dan menggunakan senjata api, pisau serta pedang untuk menyerang penunjuk perasaan.
"Pasukan keselamatan Mesir gagal menghalang berlakunya kematian, malah mereka turut menggunakan kaedah yang boleh membawa maut meskipun ketika itu masih terdapat pilihan lain," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Hassiba, tiada anggota keselamatan yang maut dalam tunjuk perasaan di Dataran Tahrir, Kaherah itu.
Katanya, di daerah Dokki, Kaherah pula, pasukan keselamatan menggunakan gas pemedih mata dan peluru hidup bagi menghalang penunjuk perasaan menyeberangi jambatan untuk ke Dataran Tahrir, menyebabkan 27 orang maut.
"Sebanyak 16 lagi orang maut akibat ditembak di kawasan berhampiran Dataran Ramses apabila pasukan keselamatan cuba menyekat penunjuk perasan ke Dataran Tahrir," ujarnya.
Hassiba turut menggesa supaya siasatan penuh dijalankan kerana menyatakan pasukan keselamatan Mesir mempunyai rekod buruk menggunakan kekerasan ketika menangani tunjuk perasaan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131016/lu_06/Pasukan-keselamatan-Mesir-guna-peluru-hidup#ixzz2hypyCwSA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

14 October 2013

Pesawat pejuang Mesir terhempas, seorang penduduk maut


KAHERAH 14 Okt. - Sebuah pesawat pejuang Mesir terhempas di sebuah kampung dekat bandar Luxor, selatan negara ini semalam, menyebabkan seorang penduduk terbunuh dan tiga lagi cedera.
Menurut laporan siasatan, pesawat MiG-29 buatan Rusia itu menjalani latihan rutin sebelum mengalami kebakaran sebaik sahaja berlepas dari sebuah pangkalan tentera udara di Luxor.
Kedua-dua juruterbang sempat melenting keluar dari pesawat terbabit yang kemudiannya terhempas di sebuah perkampungan kecil di kawasan Al-Madamod, menyebabkan seorang penduduk kampung terbunuh dan tiga lagi cedera.
Punca kejadian masih lagi disiasat. - AFP

12 October 2013

Tunjuk perasaan: Polis Mesir lepas gas pemedih mata


KAHERAH 12 Okt. - Polis Mesir melepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong dan penentang bekas Presiden Mohamed Mursi dalam tunjuk perasaan yang tercetus di beberapa bandar utama, semalam.
Menurut pihak berkuasa, beribu-ribu penunjuk perasaan membanjiri jalan-jalan utama di sekitar Kaherah, bandar Alexandria dan Delta Nil.
"Penunjuk perasaan tidak mengendahkan arahan polis supaya bersurai, menyebabkan gas pemedih mata terpaksa dilepaskan," jelasnya. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131012/lu_10/Tunjuk-perasaan-Polis-Mesir-lepas-gas-pemedih-mata#ixzz2hTCZAQ9u
© Utusan Melayu (M) Bhd 

11 October 2013

Serangan di Sinai ragut 4 nyawa

Serangan di Sinai ragut 4 nyawaAnggota keselamatan yang mengawal sempadan Sinai terus menjadi sasaran militan sejak beberapa bulan lalu.

KAHERAH - MESIR . Sekurang-kurangnya empat anggota keselamatan maut manakala lima cedera dalam insiden pengeboman di sebuah pusat pemeriksaan di Semenanjung Sinai, menurut pihak berkuasa, semalam.

Jurucakap polis memaklumkan pengebom berani mati itu bertindak meletupkan kereta yang dipandunya ketika pihak berkuasa sedang memeriksa kenderaan tersebut.

Difahamkan, serangan di utara Sinai semakin meningkat selepas tentera melancarkan operasi menggempur markas militan sejak bekas Presiden Mohammed Mursi digulingkan.  

Kelmarin, Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bahawa mereka akan menghentikan penghantaran helikopter Apache, kereta kebal dan peluru berpandu Harpoon kepada pemimpin tentera di Mesir.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Jen Psaki berkata, keputusan Washington itu akan turut memberi kesan kepada dana kewangan berjumlah AS$260 juta (RM830 juta).

Bagaimanapun, AS memaklumkan bantuan ke atas keselamatan sempadan dan Semenanjung Sinai serta pencegahan keganasan tetap diteruskan seperti sebelum ini, dipetik dari laporan Al-Jazeera.

AS gantung penghantaran kelengkapan tentera kepada Mesir


WASHINGTON 10 Okt. - Amerika Syarikat (AS), semalam menggantung penghantaran kelengkapan ketenteraan utama dan bantuan kewangan kepada Mesir, bagi menunjukkan kebimbangan negara ini terhadap pertumpahan darah dan kurangnya proses peralihan demokrasi di negara itu.
Menurut Washington, mereka telah menghentikan penghantaran beberapa sistem ketenteraan berskala besar, serta menggantung bantuan wang tunai berjumlah AS$260 juta (RM831.2 juta) kepada pemimpin tentera Mesir yang menerajui negara itu.
Jurucakap Jabatan Negara AS, Jen Psaki dalam satu kenyataan berkata, walaupun kajian Amerika terhadap polisi lamanya itu bersifat sementara, ia akan diteruskan, 'tertakluk kepada perkembangan proses pemilihan kerajaan demokratik menerusi pilihan raya yang adil dan bebas'.
Namun, katanya, Amerika akan terus memberi bantuan khasnya bagi menjaga keselamatan sempadan Mesir, mengukuhkan usaha memerangi keganasan dan memastikan keselamatan di Sinai.
''Selain itu, Washington terus menyediakan komponen bagi kelengkapan ketenteraan asal negara ini serta latihan ketenteraan dan pendidikan,'' katanya.
Keputusan untuk membekukan kontrak senjata itu digariskan semasa perbualan telefon antara Setiausaha Pertahanan AS, Chuck Hagel dan ketua tentera Mesir, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi yang berlangsung selama 40 minit, semalam.
Pegawai kerajaan memberitahu AFP, keputusan menggantung penghantara kelengkapan ketenteraan itu akan membabitkan penghantaran helikopter Apache, jet pejuang F-16, komponen kereta kebal M1A1 Abram dan peluru berpandu Harpoon. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131011/lu_05/AS-gantung-penghantaran-kelengkapan-tentera-kepada-Mesir#ixzz2hMW7lYF0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

10 October 2013

Mursi dibicara 4 November


KAHERAH 9 Okt. - Perbicaraan bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi atas dakwaan mendalangi pembunuhan penunjuk perasaan ditetapkan bermula pada 4 November ini.
Agensi berita rasmi, MENA hari ini melaporkan, Mursi akan dibicarakan bersama 14 defendan lain berhubung pembunuhan penunjuk perasaan di luar Istana Presiden pada Disember 2012, tujuh bulan sebelum beliau digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera.
Antara defendan lain yang akan dibicarakan adalah beberapa pembantu Mursi dan pemimpin pergerakan Ikhwanul Muslimin.
Tentera Mesir menahan Mursi di satu lokasi rahsia sejak beliau digulingkan pada 3 Julai lalu dengan beberapa defendan lain ditahan di penjara atau melarikan diri.
Dalam pada itu, Kabinet Mesir semalam mengarahkan pihak berkuasa menggugurkan status Ikhwanul Muslimin sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), lapor media rasmi.
Laman web berita al-Ahram melaporkan, status Ikhwanul Muslimin sebagai NGO berdaftar secara rasmi dibatalkan oleh panel kerajaan yang diketuai oleh Menteri Perpaduan Sosial, Ahmed El-Borai.
Jelas laporan al-Ahram, sebuah panel turut dibentuk bagi menyelia dana-dana pergerakan Islam tersebut yang dirampas serentak dengan arahan mahkamah.
Perdana Menteri sementara, Hazem el-Beblawi berkata, pembatalan status Ikhwanul Muslimin itu merupakan prosedur biasa selepas keputusan mahkamah yang mengharamkan semua aktiviti pergerakan tersebut sebelum ini. - AFP/AGENSI
"Dana Ikhwanul Muslimin akan diselia sebuah panel khas," katanya kepada wartawan semalam.
Pada 23 September lalu, mahkamah di Kaherah mengarahkan pengharaman aktiviti Ikhwanul Muslimin.
Ikhwanul Muslimin dilapor telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah tersebut, kelmarin.
Badan penasihat perundangan kerajaan, Pihak Berkuasa Suruhanjaya Negara Mesir, sebelum ini turut mencadangkan pembubaran sayap politik Ikhwanul Muslimin, Parti Keadilan dan Kebebasan (FJP) kelmarin.

Morsi akan dibicarakan pada 4 November ini





KAHERAH - Mahkamah Mesir mengumumkan bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi (gambar) akan dibicarakan pada 4 November ini atas tuduhan menghasut untuk membunuh para penunjuk perasaan ketika beliau sedang memegang jawatan tersebut.
Morsi ditahan di satu lokasi rahsia sejak digulingkan tentera pada 3 Julai lalu.
Sejak itu, beliau tidak kelihatan di khalayak ramai walaupun pernah menemui keluarganya sebanyak dua kali.
Ketua Hal Ehwal Luar Kesatuan Eropah (EU), Catherine Ashton dan delegasi dari Kesatuan Afrika juga pernah melawat Morsi semasa beliau ditahan.
Seramai 14 orang ahli pergerakan Ikhwanul Muslimin akan turut dibicarakan bersama Morsi.
Dua anggota Ikhwanul Muslimin yang terkenal, Mohamed al-Beltagi Essamel-Erian juga bakal dibicarakan bersama Morsi.
Mahkamah Rayuan Kaherah juga menamakan Hakim Ahmed Sabry Youssef bagi mengadili perbicaraan Morsi, lapor agensi berita MENA.
Kes Morsi itu berkaitan dengan keganasan yang berlaku semasa pemerintahannya.
Sekurang-kurangnya 100,000 orang penunjuk perasaan berhimpun di luar pejabat Morsi pada 4 Disember tahun lalu. Para penunjuk perasaan itu membantah satu dekri yang dikeluarkan Morsi bagi melindungi keputusannya daripada diadili pihak kehakiman.
Para penyokong Morsi kemudian bertempur dengan para penentang Presiden itu sehingga mengakibatkan 10 orang terbunuh. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1010&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2hGdKDc7g 
Hakcipta terpelihara 

9 October 2013

Ikhwanul Muslimin bukan lagi NGO yang sah - Kabinet


KAHERAH 9 Okt. - Kabinet Mesir hari ini mengarahkan pihak berkuasa supaya menyingkirkan pergerakan Ikhwanul Muslimin daripada senarai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sah mengikut perintah kehakiman, lapor media negeri.
Penyingkiran itu berlaku selepas mahkamah Mesir bulan lalu mengharamkan pergerakan tersebut daripada beroperasi dan turut mengarahkan aset mereka dirampas, susulan kekecohan yang dilakukan oleh Ikhwanul Muslimin selepas pihak tentera menggulingkan bekas Presiden, Mohammed Mursi.
Pada 23 September lalu, mahkamah juga telah mengharamkan mana-mana institusi yang mempunyai kaitan dengan kumpulan tersebut. - AFP

Hakim cadang bubar FJP

Hakim cadang bubar FJPIbu pejabat polis wilayah di al-Tur, selatan Semenanjung Sinai turut menjadi sasaran bom kereta, kelmarin. - Foto: AFP

KAHERAH - MESIR . Panel hakim di Mesir, kelmarin mencadangkan pembubaran sayap politik Ikhwanul Muslimin, Parti Keadilan dan Kebebasan (FJP) selepas kerajaan merampas seluruh aset milik pergerakan itu, minggu lalu.

Cadangan yang akan dikemukakan pada mahkamah pada 19 Oktober depan itu dibuat selepas panel tersebut mendakwa parti tersebut kononnya sebagai sebuah pertubuhan haram.

Difahamkan, FJP didaftarkan untuk pertama kali pada 2011 iaitu beberapa bulan selepas bekas Presiden Hosni Mubarak digulingkan.

Parti itu turut memperoleh kemenangan majoriti di Parlimen selain wakil FJP, bekas Presiden digulingkan, Mohammed Mursi dilantik sebagai presiden melalui proses demokrasi.

Bagaimanapun, sejak rampasan kuasa, 3 Julai lalu pelbagai usaha dilakukan kerajaan sementara bertujuan untuk menghapuskan pengaruh gerakan itu di Mesir.   

Sementara itu, sekurang-kurangnya 10 anggota keselamatan terkorban manakala puluhan cedera dalam tiga insiden serangan berasingan  yang didalangi kumpulan militan selepas keganasan kembali tercetus sehari sebelum itu.

Menteri Dalam Negeri, Mohamed Ibrahim berkata, kumpulan lelaki bersenjata itu turut menyasarkan stesen satelit utama di Maadi, pinggir selatan Kaherah.

Ahad lalu, sekurang-kurangnya 53 maut dalam insiden pertempuran melibatkan penentang dan penyokong Mursi serta pihak berkuasa ketika perarakan ulang tahun perang Mesir menentang Israel pada 1973, dipetik dari laporan Al-Jazeera.

Singkirkan Mursi elak perang saudara - Abdel Fattah


Beberapa pengikut Ikhwanul Muslimin, meratapi kematian ahli keluarga mereka berikutan pertempuran dengan pasukan keselamatan di Kaherah, Ahad lalu. - AGENSI
KAHERAH 8 Okt. - Ketua tentera Mesir, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi mendakwa, penggulingan Presiden, Mohammed Mursi perlu dilakukan bagi mengelak berlakunya ‘perang saudara’.
Beliau berkata, tindakan tentera itu diambil berdasarkan kepentingan dan keperluan keselamatan Mesir.
“Tentera sebenarnya menjangka, perang saudara akan berlaku dalam tempoh dua bulan jika Mursi tidak disingkirkan,’’ katanya kepada akhbar al-Masry al-Youm semalam.
Sebelum Mursi digulingkan pada 3 Julai lalu, Abdel Fattah berkata, beliau mengadakan pertemuan dengan bekas Presiden Mesir tersebut dan memintanya menyediakan inisiatif dan berkompromi bagi menyelesaikan kebuntuan politik.
“Sebenarnya saya mahu memberi peluang kepada Mursi untuk mengubah pendirian dan menyelamatkan maruahnya,’’ ujar beliau.
Abdel Fattah berkata, beliau lebih memilih untuk mencari penyelesaian politik berbanding campur tangan tentera.
“Saya tahu rampasan kuasa boleh mendatangkan kesan buruk. Cara terbaik untuk mengubah kerajaan adalah melalui pilihan raya dan melakukan perubahan,’’ ujarnya.
Sementara itu, Pasukan Keselamatan Pusat semalam menutup semua laluan masuk dan keluar ke Dataran al-Nahda di Kaherah, selepas mendapat maklumat kumpulan pelajar pro-Ikhwanul Muslimin dijangka mengadakan demonstrasi.
Kenderaan berperisai turut dikerahkan ke beberapa persimpangan berdekatan dataran tersebut bagi membantu mengawal keadaan.
Dalam pada itu, sumber forensik menyatakan, 39 daripada mangsa yang terbunuh dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dan penyokong Mursi kelmarin, maut akibat ditembak. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131009/lu_04/Singkirkan-Mursi-elak-perang-saudara---Abdel-Fattah#ixzz2hBhe8jeJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

8 October 2013

Pertempuran meletus lagi diantara pro-Mursi dan pro-Sisi. Angka korban lebih 50 orang dan ratusan cedera.

Kaherah, Mesir

Pertempuran meletus lagi diantara pro-Mursi dan pro-Sisi. Angka korban lebih 50 orang dan ratusan cedera.

Kaherah, Mesir Salah seorang penunjuk perasaan telah ditembak oleh Tentera Fir'aun.

Penyokong Morsi, askar bertempur

 Penyokong Morsi,   askar bertempurPenyokong Ikhwanul Muslimin dan Morsi menghadapi polis pencegah rusuhan yang melepaskan gas pemedih mata di tengah Kaherah. - Foto AFP Kaherah: Seramai 53 orang terbunuh selepas penyokong tentera Mesir dan bekas presiden, Mohamed Morsi serta anggota keselamatan bertempur kelmarin.

Militan juga disyaki membunuh sembilan askar Mesir dekat Terusan Suez selain melancarkan bom roket ke arah sebuah stesen satelit di Kaherah.
Beribu-ribu penyokong Morsi bertempur dengan anggota keselamatan dan penyokong tentera meskipun kedua-duanya menyambut kemenangan tentera dalam perang dengan Israel pada 1973.


Mesir dan Israel menandatangani perjanjian damai pada 1979.

Pihak berkuasa memberi amaran, sesiapa yang membantah terhadap tentera pada sambutan itu akan dianggap ejen negara asing dan bukan aktivis.

Keadaan sedikit tenang semalam dengan aliran lalu lintas bergerak perlahan di tengah ibu kota.

Penyokong Morsi lebih ramai
Kementerian Kesihatan berkata 271 penduduk cedera dalam pertempuran, kebanyakannya penyokong Morsi.

Pertempuran meletus selepas penyokong tentera yang tiba lebih awal di Dataran Tahrir cuba menyekat penyokong Morsi dan Ikhwanul Muslimin berada di situ.

Ketegangan politik sejak tentera menyingkirkan Morsi 3 Julai lalu menggusarkan pelabur asing dan menyekat pelancongan, tonggak ekonomi, namun tiada tanda Ikhwanul Muslimin dan kerajaan disokong tentera boleh bertolak ansur.

Pasukan keselamatan memusnahkan kem penyokong Mursi di sini 14 Ogos lalu, mencetuskan pertempuran yang mengorbankan beratus-ratus orang.

Pihak berkuasa kemudian menahan ramai pemimpin Ikhwanul Muslimin yang terus menentang dan menganjurkan bantahan, walaupun ia lebih kecil.

Pemimpin tentera, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi, dalam satu temuramah akhbar al-Masry al-Youm, berkata kepentingan nasional Mesir berbeza dengan Ikhwanul Muslimin sebagai sebuah organisasi.

Sisi, dalam temuramah sebelum keganasan meletus, juga bercakap mengenai pertemuannya dengan Morsi awal tahun ini sebelum pemimpin itu disingkirkan.
“Saya memberitahu Morsi pada Februari lalu - anda gagal dan projek anda sudah tamat,” menurut al-Masry al-Youm memetik Sisi sebagai berkata.

Beku aset Ikhwanul Muslimin

Sisi menafikan tuduhan Ikhwanul Muslimin bahawa tentera bercadang menyingkirkannya menerusi rampasan kuasa dengan menekankan ia hanya memberi maklum balas terhadap kehendak rakyat.

Sebelum penggulingan Morsi, rakyat Mesir yang kecewa selepas setahun pemerintahannya mengadakan bantahan besar-besaran menuntutnya berundur.
Bulan lalu, sebuah mahkamah mengharamkan Ikhwanul Muslimin dan membekukan asetnya.
REUTERS

6 tentera Mesir mati dalam serangan


Kaherah: Enam anggota tentera Mesir terbunuh dalam satu serangan di timur bandar raya ini, semalam.

Kejadian berlaku selepas letupan sebuah kereta yang sarat dengan bom yang menyasarkan ibu pejabat pasukan keselamatan di selatan Sinai, menyebabkan tiga orang terbunuh dan puluhan lagi cedera.


Dalam kejadian lain, sekurang-kurangnya dua roket dilepaskan ke perkarangan yang menempatkan stesen satelit bumi utama negara itu di selatan Kaherah.

Serangan semalam berlaku sehari selepas puluhan orang terbunuh apabila sambutan bagi meraikan perang Asia Barat 1973 bertukar menjadi ganas di seluruh Mesir.


Tidak dapat dipastikan sama ada keganasan semalam ada kaitan dengan kejadian kelmarin.


Sebuah kumpulan Salafi mengeluarkan kenyataan Jumaat lalu, mengancam untuk membunuh mereka yang bersekongkol dengan tentera dalam melancarkan serangan terhadap kumpulan militan di Sinai. - AFP

Cuti umum korban 53 nyawa


Kaherah: Mesir semakin bergolak selepas cuti umum sempena sambutan hari tentera bertukar ganas hingga meragut 53 nyawa di seluruh negara itu, semalam.

Pertempuran Ahad lalu antara tentera dan penyokong Presiden Mohamed Mursi yang digulingkan tentera berlaku apabila kedua-dua pihak membanjiri jalan raya dan bertempur sesama mereka.

Kawasan kediaman sekitar bandar raya Kaherah bertukar seperti zon perang selepas beberapa jam pertempuran berlaku.

Penyokong Morsi melepaskan tembakan dan melempar bom api ke arah polis yang membalas dengan tembakan senjata api dan gas pemedih mata.

Foto
SEORANG lelaki yang cedera parah dibantu beberapa rakannya.

Foto
SEORANG lelaki cedera dalam pertempuran antara penyokong Mursi dan tentera pada hari cuti di Dokki, Kaherah.
Seorang jurugambar AP melihat sembilan mayat bergelimpangan atas lantai di sebuah klinik di Kaherah di daerah Dokki, tempat berlaku pertempuran paling sengit.


Kebanyakan mayat mempunyai kesan tembakan di kepala dan dada.

Kejadian itu adalah yang paling buruk selepas peristiwa 14 Ogos lalu apabila pasukan keselamatan menyerbu dua kem penempatan di Kaherah dan membunuh ratusan penyokong Mursi.

Insiden itu bagaimapun tidak menghalang tentera mengadakan sambutan meriah meraikan ulang tahun ke-40 serangan Mesir ke atas Israel.

Sebuah konsert disiarkan secara langsung di televisyen dari Stadium Kaherah yang dikendalikan tentera, memaparkan persembahan beberapa bintang Mesir dan Lubnan.

Pertunjukan berkenaan turut dihadiri Ketua Keselamatan, yang bertanggungjawab menggulingkan Mursi, Jeneral Abdel-Faath el-Sissi dan Presiden sementara Adli Mansour. - AFP