29 September 2013

Protes baru di Mesir


29 September 2013

KAHERAH - MESIR. Ribuan penyokong bekas Presiden digulingkan, Mohammed Mursi, kelmarin menyertai protes antikerajaan yang diadakan beberapa hari selepas mahkamah melarang Gerakan Ikhwanul Muslimin menjalankan sebarang kegiatan di negara itu.

Penunjuk perasaan yang menyertai demonstrasi anjuran perikatan antirampasan kuasa tersebut berarak di beberapa jalan utama di ibu negara termasuk di Pelabuhan Said dan Assuit.

Mereka turut melaungkan slogan membantah rampasan kuasa yang dilakukan tentera pada 3 Julai lalu.

Laporan dipetik dari Al-Jazeera, protes yang dilakukan selepas solat Jumaat itu juga dilaporkan telah berlangsung secara aman. 

28 September 2013

Mesir, AS dingin

Nabil Fahmy
Nabil Fahmy

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Hubungan kerajaan sementara Mesir dengan Amerika Syarikat (AS) didakwa masih ‘tidak menentu’.

Menteri Luar Mesir Nabil Fahmy berkata, Mesir kini dalam proses  mengembalikan kestabilan negara selepas penggulingan Presiden Mohammed Mursi 3 Julai lalu.

“Mesir kini cuba menentukan hala tuju tanpa campur tagan luar,” katanya pada Press TV di Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke 65 di New York.

Menurut bekas duta Kaherah ke Washington itu, banyak pihak mendakwa, rampasan kuasa di Mesir mempunyai kaitan dengan AS tetapi kerajaan sementara tidak menuduh mana-mana pihak tentang apa yang terjadi di negara itu.

"Sekiranya kerajaan tentera ketika pemerintahan Hosni Mubarak menjadikan AS sebagai sekutu kuat, perkara itu tidak mungkin berlaku ketika pemerintahan tentera sekarang," katanya.

Mesir, AS dingin

Nabil Fahmy
Nabil Fahmy

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Hubungan kerajaan sementara Mesir dengan Amerika Syarikat (AS) didakwa masih ‘tidak menentu’.

Menteri Luar Mesir Nabil Fahmy berkata, Mesir kini dalam proses  mengembalikan kestabilan negara selepas penggulingan Presiden Mohammed Mursi 3 Julai lalu.

“Mesir kini cuba menentukan hala tuju tanpa campur tagan luar,” katanya pada Press TV di Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke 65 di New York.

Menurut bekas duta Kaherah ke Washington itu, banyak pihak mendakwa, rampasan kuasa di Mesir mempunyai kaitan dengan AS tetapi kerajaan sementara tidak menuduh mana-mana pihak tentang apa yang terjadi di negara itu.

"Sekiranya kerajaan tentera ketika pemerintahan Hosni Mubarak menjadikan AS sebagai sekutu kuat, perkara itu tidak mungkin berlaku ketika pemerintahan tentera sekarang," katanya.

27 September 2013

Muslihat haramkan Ikhwanul Muslimim


MAJORITI rakyat Mesir sejak zaman pemerintahan British sehingga Hosni Mubarak tidak pernah merasai kenikmatan hidup hasil kekayaan bumi mereka. Sikap rakus pemimpin merupakan faktor utama kewujudan beratus pergerakan Islam di Mesir.
Pergerakan-pergerakan Islam di negara itu amat popular kerana mereka merupakan organisasi yang memberi sumbangan kepada masyarakat miskin dan daif.
Di antara pergerakan yang paling radikal yang sentiasa menggunakan senjata dan bom menentang rejim adalah Jama'ah al-Islamiyyah yang dikenali sebagai Tanzim al-Jihad yang ditubuhkan pada 1980. Kebanyakan ahlinya adalah graduan dalam bidang sains dan jurutera.
Apabila Mohamed Mursi dilantik menjadi Presiden Mesir, beliau bukan sahaja berhadapan dengan penentangan daripada pihak Mubarak malah menghadapi permasalahan dengan pergerakan radikal Islam Mesir dalam menentukan dasar dan polisi negara.
Dalam jangka masa yang pendek memerintah Mesir adalah tidak mungkin untuk Mursi menyelesaikan permasalahan berkaitan negara dan kemasyarakatan yang mempunyai pelbagai ideologi. Pelbagai agenda dilakukan oleh musuh Ikhwanul Muslimin untuk melemahkan kuasa beliau. Di dalam parlimen golongan sekular yang berkiblat Barat menekan beliau dengan pelbagai isu dengan niat melemahkan pengaruh beliau dalam parlimen.
Golongan pergerakan radikal pula secara lantang meminta Mursi melaksanakan perundangan Islam tanpa melihat permasalahan sosio-politik dan ekonomi Mesir. Suasana begini memberi peluang kepada golongan sekular Mesir mempengaruhi Kristian di Mesir menentang pemerintahan Mursi. Keadaan ini membangkitkan rusuhan agama terutamanya di kawasan yang dihuni oleh pergerakan radikal seperti di Iskandariah dan sebagainya.
Suasana begini memberi peluang kepada penyokong Mubarak menuduh Ikhwanul Muslimin gagal menyelesaikan permasalahan masyarakat dan menggunakan kuasa tentera untuk menggulingkan Mursi serta bertindak ganas ke atas Ikhwanul di mana pada akhir November 2012 kerajaan sementara Mesir membakar ibu-ibu pejabat Ikhwanul Muslimin.
Apabila Menteri Dalam Negeri diserang oleh penembak berani mati pada 5 September 2013 mereka menuduh Ikhwanul Muslimin melakukannya sedangkan mereka tahu bahawa siri pengeboman dan pembunuhan sering dilakukan oleh Tanzim al-Jihad dan pergerakan radikal lain bukan Ikhwanul Muslimin.
Bagi melindungi tipu muslihat tersebut mereka menuduh Mursi dan Ikhwanul sebagai punca membangkitkan penentangan dan pemberontakan serta pembunuhan anggota polis. Mereka amat prihatin terhadap kematian anggota polis tetapi mereka tidak pernah menghiraukan kematian rakyat yang dibunuh secara bebas oleh polis.
Serangan tersebut memberi peluang kepada kerajaan sementara Mesir mengharamkan Pergerakan Ikhwanul Muslimin, membunuh, menangkap para pemimpin Ikhwanul Muslimin dan merampas wang dan harta mereka.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130927/re_03/Muslihat--haramkan-Ikhwanul-Muslimim#ixzz2oORFmJbt
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Gaza terima tempias krisis di Mesir


KUALA LUMPUR 27 Sept. - Krisis di Mesir bukan sahaja mendatangkan musibah kepada penduduk negara itu malah memberi kesan buruk kepada rakyat Palestin di Gaza.
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, lebih memburukkan keadaan apabila tentera Mesir menutup pintu masuk serta memusnahkan terowong bawah tanah yang menghubungkan Gaza dan Mesir di sempadan Rafah.
"Tindakan menutup sempadan oleh pihak berkuasa Mesir itu sama seperti berpakat dengan kuasa penceroboh Israel untuk agenda membunuh penduduk Gaza secara perlahan-lahan," kata Mohd. Azmi.
Beliau ditemui selepas melancarkan buku laporan Slow Death: The Collective Punishment of Gaza Has Reached A Critical Stage yang turut dihadiri jurucakap Hamas di Malaysia, Ahmad An Najar.
Laporan berkenaan hasil kajian sebuah badan bukan kerajaan, Euro-Mid Observer yang berpusat di United Kingdom dan diterbitkan secara bersama oleh Mapim dan Palestinian Return Centre UK.
Laporan itu turut memuatkan 10 fakta implikasi penutupan pintu masuk ke Gaza antaranya sejak Julai lalu, sejumlah 65 peratus isi rumah di Gaza menghadapi krisis bekalan makanan.
Penutupan pintu masuk berkenaan turut menyebabkan bekalan elektrik hanya boleh dibekalkan selama 12 jam sehari ia juga bakal menjejaskan sejumlah 90 peratus bekalan air bersih.
Sehingga Ogos lalu 35.5 peratus penduduk menganggur dan akan bertambah buruk menjelang hujung tahun ini jika pintu masuk Gaza terus ditutup.
Sementara 30,000 orang bakal kehilangan pekerjaan kerana sektor pembinaan turut terjejas sejak Julai lalu.
Malahan ekonomi di Gaza mencatatkan kerugian AS$460 juta dalam tempoh dua bulan lalu.
Mohd Azmi berkata, buku laporan itu akan diedarkan kepada 192 ketua kerajaan di seluruh dunia. - UTUSAN ONLINE

Allah Allah Allah!


Rindunya kami dengan Morsi. Kau lindungilah dia untuk kami, tempatkanlah dia ditempat yang sebaiknya. Selamatkanlah dia serta saudara-saudara kami di Mesir dari kezaliman asSisi dan sekutunya. 

26 September 2013

Mesir tutup pejabat akhbar pergerakan muslimin


Kaherah: Pasukan keselamatan Mesir menutup ibu pejabat akhbar Ikhwanul Muslimin di sini selepas mengadakan serbuan dan merampas peralatan dan bahan cetak, semalam.

Serbuan ke atas pejabat Al-Hurriya Wal Adala berlaku sehari selepas Mahkamah Kaherah melarang akhbar itu meneruskan operasi dan mengarahkan asetnya dirampas.


Tindakan pasukan tentera Mesir itu sebahagian daripada kempen mengharamkan kegiatan Ikwan sejak Presiden Mohamed Mursi digulingkan tentera 3 Julai. Wartawan akhbar berkenaan mengutuk tindakan itu menerusi kenyataan berasingan dalam laman Ikhwan.

“Kami, wartawan Al-Hurriya Wal Adala mengecam penutupan ibu pejabat kami oleh pasukan tentera yang turut merampas semua dokumen, peralatan dan bahan cetak,” kata kenyataan berkenaan.


Mereka sebelum ini mendakwa bekerja dalam keadaan tertekan kerana kehadiran tentera dan penentang Mursi.


Tiada seorangpun wartawan bekerja di pejabat itu sejak 28 Jun lalu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/26

25 September 2013

Ikhwanul Muslimin dilarang bergiat aktiviti


KAHERAH 23 Sept. - Sebuah mahkamah Mesir hari ini mengeluarkan perintah melarang pergerakan Ikhwanul Muslimin menjalankan sebarang kegiatan di negara ini.
Keputusan tersebut, sekali gus dilihat sebagai langkah kerajaan sementara Mesir untuk melemahkan pergerakan Islam itu yang dipimpin oleh bekas Presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi.
Hakim mahkamah, Mohammed al-Sayed berkata, Ikhwanul Muslimin dan pergerakan sayap kumpulan itu dilarang menganjurkan sebarang aktiviti atau terlibat dalam aktiviti yang dijalankan oleh pihak lain. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130924/lu_10/Ikhwanul-Muslimin-dilarang-bergiat-aktiviti#ixzz2fu706vtK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ibu pejabat akhbar Ikhwan ditutup


KAHERAH 25 Sept. - Pihak berkuasa Mesir menutup ibu pejabat akhbar Freedom and Justice milik Ikhwanul Muslimin di sini hari ini, sebagai langkah terbaharu untuk menyekat pergerakan itu daripada terus bersuara.
Ikhwanul Muslimin menerusi laman Facebooknya melahirkan rasa tidak puas hati dengan penutupan itu.
"Kami wartawan akhbar Freedom and Justice mengecam tindakan pihak berkuasa negara ini yang menutup ibu pejabat kami," katanya.
Penutupan itu dibuat selepas akhbar tersebut didakwa menyiarkan artikel berbaur hasutan untuk melakukan keganasan dalam kalangan penduduk Mesir. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130926/lu_09/Ibu-pejabat-akhbar-Ikhwan-ditutup#ixzz2oORSAmex
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Al-Sisi jadi keldai


Kaherah: Seorang petani di selatan Mesir ditahan pihak berkuasa selepas menamakan keldai miliknya Al-Sisi serta memakaikan topi ala tentera di kepala haiwan berkenaan, lapor media semalam.

Penahanan itu meneruskan lagi larangan keras terhadap orang ramai daripada mengkritik tentera Mesir yang memang berpengaruh besar di negara berkenaan. Petani terbabit, Omar Abul Magd ditahan Jumaat lalu di wilayah Qena.


Sumber keselamatan berkata, dia dituduh menghina Jeneral Abdel Fattah al-Sisi (gambar) dengan menunggang keldai berkenaan di tengah bandar. Abdel Fattah adalah bekas menteri yang mengetuai kudeta menggulingkan Presiden Mesir yang sah, Mohamed Mursi pada awal Julai lalu. Sementara itu, pihak berkuasa turut menahan lapan orang di beberapa lokasi di Mesir kerana menyembur grafiti antitentera di seluruh negara. Awal minggu lalu, sebuah mahkamah tentera mengarahkan lima penyokong Mohamed Mursi dipenjara antara dua hingga tiga tahun kerana mengkritik tentera.

Tiga daripada mereka dibicarakan tanpa kehadiran di mahkamah. Rejim tentera Mesir juga mengeluarkan waran tangkap ke atas tokoh ulama Sunni yang dihormati di seluruh dunia, Dr Yusuf al-Qaradawi.


Ulama berpangkalan di Qatar itu didakwa menghasut pembunuhan anggota keselamatan Mesir dan campur tangan dalam urusan negara berkenaan. - AP

24 September 2013

Nasib IM bakal diketahui

Nasib IM bakal diketahuiRatusan pengikut IM dan rakyat masih meneruskan demonstrasi di Kaherah.

KAHERAH - MESIR . Nasib pergerakan Ikwanul Muslimin (IM) sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bakal diketahui Isnin ini.

Mahkamah Mesir akan mengeluarkan keputusan itu selepas seorang peguam memfailkan saman menuntut pertubuhan itu dibubarkan kerana melanggar undang-undang.

Sebelum ini, Lembaga Pesuruhjaya, mencadangkan perkara sama termasuk menutup ibu pejabatnya di Kaherah.

IM bergerak sejak 85 tahun lalu, tetapi hanya didaftarkan sebagai NGO pada Mac 2013, dengan bekas Mursyidul Am Mahdi Akef dilantik pengerusi.

Namun, beliau kini dipenjarakan atas tuduhan menghasut keganasan ketika tunjuk perasaan penggulingan Presiden Mohamed Mursi pada 3 Julai lalu.

Sementara itu, pindaan Perlembagaan Mesir dijangka siap November ini.

Jurucakap kerajaan Salmawy Mohamed berkata, satu pertiga daripada pindaan telah diluluskan.

“Pindaan itu menggantikan Perlembagaan yang diluluskan dalam referendum Disember lalu. Pilihan Raya Parlimen dan Presiden dijangka Februari tahun depan,” katanya, dipetik dari laporan Press TV.

BALASAN ALLAH TERHADAP HAMZAH BASYUNI



Ketua penjara perang, digelar raja penyeksa dan mengaku dia adalah tuhan penjara. Banyak melakukan penyeksaan terhadap ulama-ulama dan pendakwah-pendakwah dari zaman Jamal Abdul Naser hingga Hosni Mubarak.

Beliau pernah berkata: “Akulah pemegang undang undang penjara, akulah yang mematikan dan menghidupkan, aku boleh membunuh seratus orang sehari dan tiadasiapa boleh menghalang. Jika tuhan turun aku akan sumbat ke dalam penjara dan akan ku sula."

Sesungguhnya kebiadapan kata-katanya memakan diri, akhirnya dia mati dengan besi-besi menembusi tubuhnya, mukanya juga hancur ditusuk besi hingga sukar dikenal pasti.

Firman Allah: (maksudnya) Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku). (dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas) (surah Ibrahim 42-43).

Sumber asal dari: www.facebook.com/Sh.Abdelhameed.Kishk

Link video dibawah adalah kisah yang diceritakan oleh Sheikh Abdul Hamid Kisk, Ulama buta Mesir, tentang betapa zalimnya Hamzah Basyuni menyeksa tahanan.

http://www.youtube.com/watch?v=tlMsKzYbkjE
http://www.youtube.com/watch?v=BkOlnBTyqRA

Hakim Mesir haram Ikhwanul Muslimin

Hakim Mesir haram Ikhwanul Muslimin
Mohamed Morsi 
Kaherah: Sebuah mahkamah Mesir mengharamkan Ikhwanul Muslimin daripada bergerak dan mengarahkan asetnya dirampas, tamparan terbaru terhadap pergerakan itu selepas Mohamed Morsi digulingkan sebagai presiden oleh tentera.

“Ikhwan menggunakan agama untuk menutup aktivitinya yang bercanggah dengan ajaran sebenar Islam dan melanggar undang-undang,” kata mahkamah itu.
Tekanan ke atas Ikhwan


Mahkamah juga mengharamkan semua institusi cawangan atau milik Ikhwan, lapor agensi berita MENA, berkemungkinan merujuk kepada sayap politiknya, Parti Kebebasan dan Keadilan.

Keputusan itu meningkatkan tekanan ke atas Ikhwan sejak tentera menggulingkan Morsi pada 3 Julai lalu.

Bulan lalu, anggota keselamatan menyerbu dua khemah protes di Kaherah yang mencetuskan pertempuran menyebabkan beratus-ratus penyokong Ikhwan maut.
Sumber kehakiman berkata, mahkamah memutuskan satu jawatankuasa kerajaan patut dibentuk bagi menguruskan aset Ikhwan yang dirampas.
“Mahkamah itu mengharamkan semua aktiviti Ikhwan sebagai sebuah pergerakan, cawangannya dan perge-rakannya sebagai badan bukan kerajaan,” lapor MENA.

Tuduh terbabit keganasan

Keputusan itu boleh dirayu atau ditolak mahkamah lebih tinggi.
Dibentuk pada 1928, Ikhwan diharamkan selama beberapa dekad sebelum Presiden Hosni Mubarak digulingkan pada 2011.

Calon Ikhwan kemudian menang pilihan raya Parlimen dan membawa kepada kemenangan Morsi dalam pilihan raya presiden tahun lalu.

Kini, kerajaan sokongan tentera menuduh Ikhwan terbabit dalam keganasan.
AFP

Mesir : "Langkah ke belakang ... ke arah lonjakan ke hadapan"



Mesir : "Langkah ke belakang ... ke arah lonjakan ke hadapan"

Mereka yang mabuk dan menari kegembiraan meraikan pada apa yang mereka gelarkan sebagai "kejatuhan politik Islam " berikutan rampasan kuasa tentera di Mesir hanya hidup di dalam ilusi mereka. Selain itu, pemain tamborin dan pemegang kemenyan yang mengisi borang beberapa media tidak sepatutnya bergegas untuk mengadakan upacara pengebumian... seolah-olah mereka tidak belajar tentang sunnatullah alam ... serta tidak mengambil pengajaran dari sejarah.

Sebelum berbincang dengan lebih lanjut , pertamanya saya ingin untuk menjelaskan dua pemerhatian:

Pertama : Istilah " politik Islam " adalah istilah barat, yang kita digunakan kerana ia adalah tersebar dengan meluas , dan kerana ia seolah-olah menjadi cara paling mudah untuk sampai kepada suatu maksud. Secara umumnya , umat Islam percaya bahawa Islam adalah Islam ... ia tidak perlu untuk diklasifikasikan ... tidak ada " politik Islam " dan “Islam tanpa politik "; kerana Islam hanya satu agama yang merangkumi semua aspek kehidupan : sosial, politik , ekonomi, kebajikan dan pendidikan, dan lain-lain. Oleh itu , aspek politik adalah sebahagian daripada agama ini.

Bagi perbincangan kami di sini, ia terpakai bagi majoriti pejuang islam, yang merupakan gaya pandang yang sederhana. Gaya pandang ini mempunyai makna keilmuan , kepercayaan dalam perkongsian sesama negara, dan mengelakkan keganasan dalam pengamalannya dan dalam hubungan dengan negara lain.

Kedua : Rampasan kuasa tentera di Mesir merupakan hujung gelombang tindak balas yang bertujuan untuk menamatkan " Arab Spring" dan mengembalikan "sisa-sisa regim Mubarak" dan institusi negara yang mendalam tentang rejim yang lalu, tetapi dengan pakaian yang baharu. Ini dilakukan dalam negara dengan kuasa-kuasa serantau dan antarabangsa yang mana revolusi dan proses perubahan memberikan ancaman kepada masa depan dan kepentingan mereka.

Kuasa-kuasa ini mendapati "Politik Islam" telah meletakkan satu asas yang kukuh untuk perubahan , di samping mendapat kepercayaan orang ramai dalam pilihan raya yang bebas dan adil. Itulah sebabnya mereka mensasarkan gerakan ini (Ikhwan Muslimin) menjadi satu bahagian penting dalam rancangan rampasan kuasa di Mesir. Pemerhati boleh memerhatikan, berdasarkan fakta-fakta di medan, bagaimana rampasan kuasa ini bertepatan dengan suatu rancangan yang diselaraskan untuk menggagalkan peraturan-peraturan Islam di Tunisia, Yaman dan Maghribi , mengandungi pembangkang di Syria, dan tekanan di Turki (gangguan Taksim). Kempen ini juga selari dengan kempen media yang sengit terhadap Hamas, mengetatkan kepungan terhadap Semenanjung Gaza, penutupan Pintu Rafah dan kemusnahan terowong.

Peristiwa-peristiwa ini menunjukkan bahawa "Politik Islam" telah menerima tamparan yang teruk di Mesir, manakala mengalami masalah besar dan cuba untuk dijatuhkan di negara-negara lain.

Walau bagaimanapun, induksi umum senario politik dan strategik, dan memahami budaya di rantau ini dan rakyatnya, menunjukkan bahawa "Politik Islam" akan kembali lebih kuat, lebih kuat dan popular, dan dengan kapasiti yang lebih besar untuk perubahan dan untuk memimpin gerakan politik di rantau ini.

Tanda-tanda yang paling jelas ditunjukkan:

Pertama: Pergerakan yang mengamalkan Islam (sebagai pemikiran , kelakuan dan cara hidup, yang tulen) berakar umbi di negara Arab dan umat Islam. Tambahan pula , pembaharuan Islam dan gerakan reformasi , yang memainkan peranan politik dan revolusi, mengembalikan mereka ke abad pertama Hijrah, seperti yang ditunjukkan, sebagai contoh, dalam pemberontakan al- Hussein bin Ali, Abdullah bin Zubeir al- ' Abd al- Rahman bin al- Ash'ath ... dan terus sepanjang zaman.

Dalam sejarah moden dan kontemporari, konstituen utama kuasa utama yang dihadapi keadaan kemunduran dalam umat Islam dan penjajahan tanah air kita adalah Islam, dan semangat pemanduan adalah Islam juga, seperti fahaman Wahabi di Semenanjung Arab, Mahdism di Sudan, Sanussism di Libya , pergerakan Ahmad Khan di India, dan Ben Badis di Algeria, dan lain-lain. Pergerakan Persaudaraan Islam atau Jama'ah al- Islamiyyah di benua kecil India, Nursism di Turki, dan lain-lain adalah lanjutan daripada gerakan ini reformis.

Trend ini tidak boleh dipinggirkan atau dihapuskan, kerana ia adalah satu-satunya yang paling serasi dengan agama, psikologi, pembentukan sosial, budaya dan ketamadunan dan gambaran orang di rantau ini, dan kerana nilai-nilai dan cita-cita bahawa ia berpegang adalah mereka disokong oleh hampir setiap Arab dan Islam, dan tanpa berdolak-dalih. Ini menjelaskan bagaimana ia adalah apabila kezaliman jatuh, dan wujudnya kebebasan, trend ini, terutamanya pendekatan yang sederhana, tidak lama lagi akan maju dan meraih keyakinan orang ramai.

Kedua: Sejak perang 1967 di dunia Arab, di mana Israel menduduki seluruh Palestin, Sinai dan Bukit Golan; dan yang mendedahkan prestasi buruk rejim tentera, serta mereka yang berhaluan kiri, konservatif, dan pergerakan kebangsaan; pengaruh islam menunjukkan suatu peningkatan.

Ya, adanya kelemahan di beberapa tempat dan penurunan di tempat lain, disebabkan oleh prestasi yang lemah, dan ada ketikanya, beberapa Islamis dalam masa yang lain, mereka lahir daripada langkah-langkah rejim yang menindas. Walau bagaimanapun, sokongan umum menunjukkan kenaikan yang nyata. Tidak kira siapa yang memegang kuasa, trend Islam kekal salah satu yang popular dan utama dalam kebanyakan negara-negara Arab.

Ketiga: Sejak Dunia Arab dan dunia Islam berhadapan dengan penurunan dalam peranan ketamadunan, angkara penjahan demi penjajahan - Kolonisasi, pencerobohan Zionis, pembahagian negara dan perpecahan, ia terus berada di ambang kucar-kacir , di mana adanya pertembugan di antara Islam dan ideologi lain. Ia terus mencari identiti, dan solusi yang akan mengembalikan kebangkitan dan maju di kalangan ummah.

Pada asasnya, dilema kita bukannya pada ekonomi, walaupun kejatuhan ekonomi adalah salah satu daripada kesannya. Dalam kebanyakan negara, termasuk anggota-anggota "Arab Spring" tiada siapa yang mati kelaparan, walaupun banyak yang mati kerana ketamakan dan obesiti. Walau bagaimanapun, ramai meninggal dunia setiap hari seribu kali kerana penindasan dan perasaan ketidakadilan dan penghinaan.

Sepanjang tahun-tahun lalu, rejim tentera, serta rejim yang dibangkitkan dengan slogan nasionalis seperti Baath dan Nasserite, dan rejim sekular (sama ada kapitalis sosialis atau liberal sayap kiri ) dan rejim nepotisma, semua telah gagal untuk menjawab soalan-soalan mengenai identiti , perpaduan , pembangunan dan menghadapi persoalan-persoalan mengenai projek-projek Zionis; gerakan Islam masih dilihat oleh ramai orang sebagai satu-satunya trend yang mempunyai "jawapan" dan harus mempunyai peluang untuk memerintah.

Keempat: Gerakan Islam adalah trend yang paling kaya dengan ahli-ahli muda dan kecekapan mereka. Tidak seperti gerakan yang paling kiri, liberal dan kebangsaan yang tidak dapat memperbaharui diri mereka sendiri, yang mempunyai pemimpin-pemimpin yang telah berkembang lalu musim luruh kehidupan mereka. Gerakan Islam terus menjadi paling popular di kalangan pelajar university, siswazah dan kesatuan pelajar. Ini bermakna bahawa pergerakan ini akan mewarisi pergerakan yang lain - ia telah menguasai kedudukan politik , media dan ekonomi beberapa dekad yang lalu. Pendek kata, kita berada dalam zaman yang mana generasi baru sedang lahir dan bangkit.

Kelima: Walaupun tindakan mengerikan yang berdarah dan penindasan terhadap Islamis di Mesir, rampasan kuasa tentera itu kemungkinan mempunyai kesan positif ke atas Islamis sendiri. Seperti Revolusi 25 Januari 2011 di Mesir (yang sama seperti di Tunisia dan Yaman) merupakan revolusi yang belum selesai. Ia tidak membawa bersama-sama dengan revolusi itu, sesuatu untuk melindungi revolusi, seperti keadilan dalam merubah system sedia ada, institusi untuk melindungi revolusi, suatu mekanisma untuk berurusan dengan media lawan yang menyokong rejim lama, dan cara-cara untuk berurusan dengan pelbagai bentuk gangguan dalam struktur "deep state."

Islamis mendapati diri mereka dalam dilema berada sebagai barisan hadapan tanpa mempunyai keupayaan sebenar untuk membuat perubahan. Tentera Mesir menjadikan gelombang revolusi 25 Januari sebagai tunggangan, dan mengambil alih tugas yang ada dan mengarahkan ia, menghapuskan sebarang peluang untuk revolusi menyempurnakan sifatnya .

Islamis telah cuba untuk melaksanakan program mereka melalui institusi yang bekerja menggagalkan usaha mereka dan menjatuhkan mereka. Mereka berusaha untuk menyesuaikan diri dengan institusi-institusi itu dan secara berperingkat memperbaiki keadaan, kerana percaya dengan perubahan akan berlaku dengan pendekatan aman. Walau bagaimanapun, mereka terpaksa membayarnya dengan harga yang mahal.

Mereka terpaksa berhadapan dengan penurunan populariti mereka dan ketidakupayaan untuk melaksanakan rancangan mereka. Namun, ia boleh menjadi faktor membantu, apabila tentangan terhadap revolusi terdedah kepada semua, dengan hubungan yang dipersoalkan , dan pengaruh yang besar ia mempunyai dalam struktur dan institusi negeri Mesir , di mana ia akan mencetuskan gelombang revolusi yang baharu pula.

Keenam: Islamis menunjukkan “model bertamadun” dalam sikapnya menghadapi proses demokrasi , putaran kuasa yang aman, dan berhadapan keputusan peti undi. Mereka memenangi di Mesir sebanyak lima kali pilihan raya (Pengisytiharan Perlembagaan , Parlimen , Majlis Syura, Presiden dan kelulusan Perlembagaan ) dalam pilihan raya yang bebas, adil dan telus. Dan dengan itu mereka tepat mewakili kehendak rakyat Mesir.

Sepanjang tempoh Presiden Mursi memerintah, tiada seorang pun tahanan politik yang ditangkap. Pihak media (termasuk dari pihak kerajaan) digunakan untuk menyerang Islamis (terutama Ikhwanul Muslimin), mencemarkan imej mereka dan persetankan mereka, tanpa ditutup atau digantung.

Ibu pejabat Ikhwan Muslimin telah dibakar, dan banyak ahli-ahli mereka dibunuh. Mereka seolah-olah berada di pihak yang rapuh, walaupun mereka berada di kerusi kuasa.

Islamis terus dengan “model bertamadun” mereka walaupun selepas kudeta, dan membuktikan bahawa mereka mempunyai pengaruh yang luas dan terus bermandiri.

Sebaliknya, tentera kudeta dan penyokong-penyokongnya telah mendedahkan kepalsuan dakwaan bahawa mereka mengamalkan demokrasi, maka mereka meneruskan kempen mereka yang penuh dengan pendustaan, tuduhan pengkhianatan, fitnah, dan benih-benih kebencian yang disemaikan.

Mereka tidak bertolak ansur dengan mana-mana pendapat lain, lantas mereka menutup media yang tidak bersetuju dengan mereka, dan menjalankan satu keganasan dan kempen pembasmian menentang pergerakan-pergerakan Islam dan semua orang-orang yang menentang mereka. Darah beratus-ratus malah, beribu-ribu telah tumpah ke bumi ; mereka melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap penunjuk perasaan dan penunjuk perasaan yang bertindak aman. Beribu-ribu telah ditangkap, dan tuduhan palsu dilontarkan terhadap orang kenamaan dan pemimpin-pemimpin. Ini telah mendedahkan kegagalan tentera, saki-baki rejim yang lalu dan sekutu-sekutu mereka, untuk berurusan dalam ihsan dan bertolak ansur dengan kebebasan, dan ketakutan mereka bahawa hakikat ini akan terdedah kepada orang ramai dan kesedaran mereka terhadap kelemahan mereka sendiri jika mereka memberikan Islamis hak yang sama dalam kebebasan bersuara dan tindakan.

Dan kerana amalan pelaku rampasan kuasa, populariti Islamis telah meningkat dan bukannya menurun dan simpati rakyat untuk mereka berkembang. Tambahan pula, kuasa-kuasa lain dan pergerakan belia telah bangkit di sekitar mereka; kerana mereka membuktikan bahawa mereka adalah pembela sebenar kesahihan perlembagaan dan proses demokrasi.

Ketujuh: kelakuan rampasan kuasa tentera itu sendiri adalah satu pengakuan yang tersirat akan ketidakupayaan penentang Islam untuk menghadapi mereka dalam pilihan raya yang bebas dan adil. Kelakuan membasmi menindas lawan rampasan kuasa ini , terutamanya oleh Ikhwan Muslimin, adalah bukti bahawa orang yang melakukan kudeta dan sekutu mereka lebih sukakan kekuatan tentera digunakan berbanding peti undi, dan mempersiapkan suatu pilihanraya yang pasti bertepatan dengan agenda mereka. Jika tidak, mengapa mereka tidak menunggu dua atau tiga bulan untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya untuk Parlimen baru?

Kelapan: Pilihan daripada orang-orang yang melakukan rampasan kuasa terhadap proses demokrasi dan penentang gerakan Islam seolah-olah terhad dan sukar. Untuk itu, terdapat pilihan untuk kembali kepada bekas rejim yang korup dan autoritarian, walaupun dalam pakaian baru, bersama dengan usaha untuk meminggirkan atau menghapuskan gerakan Islam. Ia adalah pilihan yang lambat laun akan didedahkan, dan akan membawa hanya untuk menyediakan tanah untuk revolusi popular yang lebih luas dan kuat, yang akan menyingkirkan rejim dan institusi mereka sehingga ke akar umbi dan mewujudkan satu rejim baru.

Terdapat juga pilihan untuk menyekat demokrasi, yang dibuat oleh perampas kuasa, yang mana membenarkan penyertaan wakil Islamis selepas membuang sayap mereka dibuang. Pilihan ini, yang seolah-olah lebih bijak, juga akan didedahkan, apabila semua orang sedar bahawa permainan demokrasi mereka mempunyai siling, ditadbir oleh beberapa orang tentera dan berpengaruh yang menghina rakyat dan kehendak mereka.

Rejim akan terus menggendong beban yang ada dalam dirinya sendiri, melalui pelbagai krisis itu; sekali di antara mereka, melibatkan krisis identiti, reformasi dan pembangunan peradaban, kesahihan demokrasi, rasuah dan kezaliman.

Di samping itu, terdapat pilihan untuk memilih untuk memohon sistem demokrasi sepenuhnya dan mengadakan pilihan raya yang bebas dan telus, seperti yang dijanjikan oleh para pemimpin rampasan kuasa dan penyokong mereka. Pilihan ini membuka pintu yang luas kepada kedatangan Islam berkuasa. Jadi, mereka akan menghormati keputusan pilihan raya dan memberi Islamis peluang yang sebenar untuk mentadbir? Atau mereka akan menjalankan satu rampasan kuasa baru, mengingatkan rakyat bahawa mereka berada di atas demokrasi , di atas orang-orang dan di atas institusi !

Kesembilan: Orang di rantau ini telah melepasi halangan ketakutan, dan rejim autoritarian menindas, dipintas oleh sejarah, tidak boleh memutarkan kembali masa. Rejim-rejim ini telah menjadi satu-satunya pengecualian dalam dunia kontemporari, dan suntikan yang mereka berikan kepada kepada tubuh-tubuh manusia tidak boleh menghalang cita-cita manusia untuk mendapatkan kebebasan dan hidup bermaruah. Aspirasi ini akhirnya bermakna bahawa rakyat akan menentukan nasib mereka dengan kerelaan mereka sendiri, yang bermakna secara praktikalnya bahawa lambat-laun Islamis akan mempunyai peluang yang paling besar untuk mengambil alih pemerintahan.

Kesepuluh : Islamis bukan malaikat, mereka boleh jadi betul dan mereka boleh jadi salah, mereka tersandung dan mereka belajar. Islamis telah dikecualikan dari pentadbiran negeri dan institusi untuk berpuluh-puluh tahun, dan dipinggirkan. Oleh itu , mereka mungkin memerlukan tempoh peralihan, di mana mereka akan memahami mekanisme untuk bekerja di institusi di negeri ini, dan mendapatkan semula sebahagian daripada hak-hak mereka untuk hadir di institusi-institusi ini mengikut pengalaman dan kecekapan mereka.

Mungkin ini pengalaman lalu telah membuktikan kepada Islam bahawa mereka perlu mengambil beberapa langkah , di kalangan mereka adalah:

• Menjadi lebih terbuka kepada pelbagai lapisan masyarakat , dan lebih jelas dalam menjelaskan program mereka.

• Yakinkan agama minoriti tentang projek mereka, dan membuka jalan bagi mereka untuk perkongsian sebenar dalam tindakan negara.

• Mencari solusi untuk menampung semua keupayaan dan kecekapan.

• Membuka lingkungan pakatan mereka, untuk mewujudkan jaringan keselamatan nasional untuk melindungi revolusi dan proses demokrasi di negara ini.

• Melahirkan mekanisme yang sesuai untuk menangani secara berkesan "deep state institution" rejim lama.

• Menjadi lebih cekap dan seimbang dalam menangani persekitaran serantau dan antarabangsa.

Rampasan kuasa itu satu pengajaran pahit untuk Islam, tetapi sesuatu yang tidak ternilai, kerana mereka belajar dengan jelas peta rakan-rakan dan musuh-musuh mereka, dan mereka menyedari kelemahan dan batasan mereka. Mungkin perkara ini akan memotivasi pihak Islamis untuk mengeluarkan yang terbaik dari dalam diri mereka, dan meningkat ke tahap menguruskan masyarakat dan negeri.

Mereka juga perlu meningkat ke tahap yang memenuhi cabaran pendudukan Israel di Palestin, dan untuk menyelamatkan rantau ini dan kepentingan negara dalam menghadapi agenda asing yang merosakkan. Jadi mungkin firman Allah dalam al-Quran:

"... kamu fikir ia buruk untuk kamu; boleh jadi ianya baik untuk kamu" boleh diimplimentasi kepada mereka.

Oleh itu, mungkin kudeta yang menggulingkan Islamis di Mesir hanyalah "langkah ke belakang ... ke arah lonjakan ke hadapan."

Gambar : http://bit.ly/1ftbCn0 (Ilham Naluri)

Artikel asal : http://bit.ly/19sSxw9 (Al-Zaytouna Institute)

[AK]

Analisa | Dr Mohsen Solleh | Al-Zaytouna

21 September 2013

Mesir buru suspek bakar balai polis di Kerdasa


Polis mesir menahan beberapa orang lelaki ketika menyerbu perkampungan Kerdasa di pinggir Kaherah, kelmarin. Seorang jeneral polis terbunuh ketika pasukan keselamatan menggempur Kerdasa setelah kumpulan militan Islam bertindak membakar balai polis menyebabkan 11 orang terbunuh. - AFP
KAHERAH 20 Sept. - Pasukan keselamatan Mesir, hari ini memburu individu-individu yang didakwa membakar sebuah balai polis di Kerdasa dan menyebabkan 11 orang maut.
Operasi itu dilancarkan selepas pasukan keselamatan Mesir menggempur bandar yang dikuasai pengikut bekas Presiden Mohammed Mursi itu, semalam.
Menurut televisyen milik kerajaan, pertempuran di bandar itu, bagaimanapun mula berkurangan dan tentera kini melancarkan operasi mencari dari rumah ke rumah.
Kementerian Dalam Negeri berkata, mereka telah menahan 68 individu yang menjadi suspek insiden serangan ke atas balai polis Kerdasa pada 14 Ogos lalu dan merampas beberapa senjata, dalam operasi yang dilancarkan semalam.
Namun, akhbar milik Ikhwanul Muslimin, al-Hurriya Wal Adala mengecam operasi tentera di Kerdasa itu, selain di Delga pada awal minggu ini.
Pergerakan itu menyifatkan operasi tentera itu sebagai 'pengisytiharan perang terhadap rakyat Mesir'.
Pasukan keselamatan Mesir pada Isnin lalu turut melancarkan serbuan ke atas bandar Delga di wilayah Minya, kawasan yang turut dikuasai pergerakan Islam. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130921/lu_06/Mesir-buru-suspek-bakar-balai-polis-di-Kerdasa#ixzz2oOWkJK00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mesir terus buru militan


Kaherah: Pasukan keselamatan Mesir memburu penyokong Ikhwanul Muslimin yang didakwa “militan” selepas berjaya kembali menguasai sebuah bandar berhampiran Kaherah, semalam.

Media kerajaan melaporkan, pasukan keselamatan kini menguasai semula bandar Kerdasa tetapi keadaan belum kembali pulih sepenuhnya. Kelmarin, tentera dan polis menyerbu Kerdasa yang menjadi kubu kuat penyokong gerakan Islam Mesir sejak Mohamed Mursi digulingkan pada 3 Julai lalu.


Setakat ini 85 orang telah ditahan dan kawasan itu sedang diawasi.

Kerajaan mendakwa berpuluh-puluh senjata, termasuk pelancar grenad, dirampas dalam operasi berkenaan. Keganasan di Mesir meningkat ketara sejak tentera melancarkan rampasan kuasa daripada kerajaan Mohamed Mursi dengan Semenanjung Sinai menjadi antara lokasi paling kerap berlaku serangan. Ia mengingatkan kembali kepada kejadian pada era 1990-an apabila kerajaan Mesir berdepan tentangan daripada gerakan Islam sehingga menjejaskan industri pelancongan negara berkenaan. Dalam serangan di Kerdasa kelmarin, seorang pegawai polis ditembak mati dan sekurang-kurangnya sembilan yang lain cedera. - Reuters

20 September 2013

Mursi ikrar berjuang hingga ‘nafas terakhir’

Mursi ikrar berjuang hingga ‘nafas terakhir’Ratusan penyokong Mursi meneruskan demonstrasi di jalan-jalan utama sekitar Kaherah.

KAHERAH - MESIR. Presiden Mesir digulingkan Mohamed Mursi, berikrar berdiri teguh hingga ‘nafas terakhir’ untuk menentang rampasan kuasa tentera yang membawa kepada pemecatannya.

Sejak ditahan 80 hari lalu, beliau dibawa ke lokasi rahsia yang terus menjadi persoalan kepada jutaan penyokong dan keluarganya termasuk masyarakat dunia.

Difahamkan melalui laporan Press TV, Rabu lalu, peguam Mursi Mostafa Atteyah berkata, Mursi diberi kebenaran menghubungi keluarganya buat kali pertama sejak ditahan tentera 3 Julai lalu.

Dalam perbualan itu, Mursi memberitahu, beliau tetap dengan pendirian untuk tidak meletak jawatan dan akan berjuang habis-habisan.

Sementara itu, agensi media Anadolu Turkey memetik dari satu sumber rapat keluarga itu sebagai berkata, Mursi masih menganggap dirinya sebagai pemimpin sah di negara Afrika Utara.

Sejak penggulingannya, ratusan rakyat terus melakukan demonstrasi sebagai mendesak pembebasan pemimpin itu dan menolak pemerintahan tentera.

Mesir tindas Palestin

Mesir tindas PalestinPenduduk Palestin terpaksa menunggu untuk mendapatkan bekalan minyak di Gaza. Gambar kecil: Osman Kamal

KAHERAH - MESIR. Kesengsaraan penduduk Palestin berterusan selepas kerajaan sementara Mesir dengan kejamnya menutup bekalan elektrik di Gaza, semalam.

Bekas Menteri Elektrik Osama Kamal berkata, tentera berusaha gigih menutup laluan di Sinai.

"Hanya tentera sahaja boleh menghentikan penyeludupan diesel dan petrol dari Mesir ke Genting Gaza.

“Janakuasa elektrik di Gaza menggunakan kira-kira dua juta liter diesel dan petrol setiap bulan. Sebahagian besar kuantiti minyak itu diseludup dari Mesir. Kami berjaya menghentikan aktiviti itu dalam tempoh tiga hari, selepas lebih 100 terowong dimusnahkan ketika operasi bersepadu,” katanya pada laporan Press TV.

Beliau juga menuduh, selama inipegawai Hamas di Gaza bekerjasama dengan pegawai Ikhwan Muslimin (IM) di Mesir giat mengendalikan kegiatan di terowong penyeludupan itu.

“Seorang individu terhormat dalam IM selama ini membantu segala aktiviti penyeludupan ke Gaza.

Mereka bukan sahaja menyeludup diesel tetapi pelbagai barangan lain termasuk militan dan senjata yang boleh menggugat kestabilan negara,” katanya.

Mursi anggap dirinya masih Presiden


Kaherah: Bekas Presiden Mesir yang disingkirkan, Mohamed Mursi dibenarkan bercakap dengan keluarganya untuk kali pertama sejak beliau ditahan tentera pada 3 Julai lalu.

Mohamed Mursi yang kini berusia 61 tahun bercakap dengan isteri dan anak-anaknya minggu lalu sebelum peluang kedua diberikan dua hari kemudian.


Peguamnya, Mostafa Atteyah berkata, Mohamed Mursi memberitahu dia berada dalam keadaan sihat dan masih ditahan tentera di lokasi rahsia. Seorang anggota Ikhwanul Muslimin pula berkata, Mohamed Mursi bercakap panjang lebar dengan anak lelakinya, Osama.

Katanya, pemimpin gerakan Islam itu berpegang teguh dengan keyakinannya “sehingga nafas yang terakhir.” “Ketika disoal siasat, Mohamed Mursi tetap menganggap dia sebagai presiden yang sah,” katanya. Sumber berkata, tentera menutup mata Mohamed Mursi ketika membawanya ke tempat soal siasat. Mostafa juga memberitahu, isteri Mohamed Mursi sentiasa berpindah dari satu tempat ke tempat lain untuk mengelak ditangkap rejim tentera Mesir. - AP

Jeneral polis maut


Kaherah: Pasukan keselamatan Mesir dengan bantuan helikopter semalam menyerang sebuah bandar di pinggir bandar raya ini yang menjadi kubu kuat aktivis Islam. Pertempuran yang meletus dengan anggota militan menyebabkan seorang pegawai kanan polis terbunuh.

Kementerian Dalam Negeri yang bertangungjawab terhadap polis berkata, Jeneral Nabil Farraq, pembantu kepada ketua keselamatan bandar berkembar Kaherah, Giza, mati ditembak apabila militan menembak anggota keselamatan yang menyerang bandar Kerdasa dalam usaha mengusir kumpulan disyaki militan.
Polis menahan 32 suspek dalam gerakan mencari dari rumah ke rumagh di bandar berkenaan, menurut seorang pegawai keselamatan yang enggan namanya didedahkan.
Farraq ditembak oleh lelaki bersenjata yang menembak dari bumbung beberapa sekolah dan masjid yang mereka kuasai.
Serangan terhadap Kerdasa adalah operasi besar-besaran kedua oleh tentera dan polis terhadap kubu kuat militan.
Ahad lalu, polis dan tentera mengambil alih bandar Dalga di selatan Kaherah, menamatkan penguasaan aktivis Islam di situ sejak dua bulan lalu.

Kedua-dua operasi besar-besaran itu menggambarkan hasrat kerajaan sementara yang disokong tentera untuk mengembalikan undang-undang di seluruh Mesir yang terjejas akibat keganasan sejak penggulingan pemimpin kuku besi Hosni Mubarak.

Sebagai tanda keadaan keselamatan semakin baik, televisyen kerajaan semalam melaporkan, perintah berkurung waktu malam yang dikuatkuasa sejak pertengahan Ogos lalu akan dikurangkan selama sejam bermula Sabtu ini. - AFP

Kerdasa pula digempur tentera


Beberapa anggota keselamatan Mesir, membantu mengangkat mayat Ketua Polis Giza, Jeneral Nabil Farag yang maut dalam satu operasi di bandar Kerdasa, pinggir Kaherah, semalam. - AP
KAHERAH 19 Sept. - Pasukan keselamatan Mesir hari ini menggempur masuk sebuah bandar di pinggir Kaherah yang diduduki majoriti penduduk Islam menyokong bekas Presiden Mohammed Mursi, dalam usaha mengawal semula lokasi tersebut selepas berminggu-minggu anggota keselamatan tidak dibenarkan memasukinya.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Hany Abdel Latif berkata, Ketua Polis Giza, Jeneral Nabil Farag maut dalam kejadian di bandar Kerdasa, kira-kira 14 kilometer dari ibu negara Kaherah itu, selepas satu pertempuran tercetus dengan penyokong Mursi.
Jelas Hany, setakat ini, seramai 65 individu telah ditahan, sementara pihak berkuasa kini memburu lagi 140 individu lain.
Katanya, operasi itu dilancarkan untuk menguasai bandar tersebut serta bagi membersihkan Kerdasa daripada 'elemen keganasan'.
Menurut Hany, pasukan keselamatan menggempur kawasan itu bagi menahan individu-individu yang didakwa membakar balai polis dan membunuh kira-kira 11 anggotanya dalam beberapa pertempuran berikutan penyingkiran Mursi pada Julai lalu.
Koresponden al-Jazeera di Kaherah melaporkan, operasi tersebut dimulakan kira-kira pukul 3 pagi waktu tempatan dengan pasukan keselamatan bersama berpuluh-puluh kereta perisai dilihat memasuki Kerdasa.
"Menurut pasukan keselamatan, mereka mahu menghapuskan pengganas. Operasi masih dijalankan," jelas koresponden itu.
Pasukan keselamatan turut mengadakan sekatan jalan raya di pintu-pintu masuk ke bandar itu dengan helikopter tentera berlegar-legar di ruang udara Kerdasa. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130920/lu_06/Kerdasa-pula-digempur-tentera#ixzz2fNnwtrAF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

19 September 2013

Aset pemimpin Ikhwanul Muslimin dibeku


KAHERAH 18 Sept. - Pihak berkuasa Mesir menahan seorang jurucakap pergerakan Ikhawanul Muslimin dan membekukan aset beberapa pemimpin pergerakan itu, semalam.
Sumber keselamatan berkata, Gehad al-Haddad ditahan bersama lima anggota pergerakan itu di Kaherah atas dakwaan yang tidak didedahkan.
Namun, menurut laporan akhbar al-Ahram, Gehad ditahan kerana kesalahan menghasut dan membunuh.
Gehad berjaya meloloskan diri sejak beberapa minggu lalu, walaupun beliau aktif mengeluarkan kenyataan melalui laman sosial dan muncul dalam televisyen.
Selain Gehad, bekas Gabenor wilayah yang dilantik oleh bekas Presiden Mohammed Mursi, Hossam Abu Bakr turut ditahan di sebuah pangsapuri di daerah Nasr City.
Keenam-enam anggota Ikhwanul Muslimin terbabit kini ditahan di penjara Tora di Kaherah bersama-sama beberapa pemimpin tertinggi pergerakan itu, termasuk Mursyidul Am, Mohamed Badie.
Dalam perkembangan lain, sebuah mahkamah Mesir mengarahkan aset Badie dan dua timbalannya, Khairat al-Shater dan Rashad Bayoumi dibekukan.
Aset ketua pergerakan Salafiah, Hazem Abu Ismail dan penceramah, Safwat Higaz turut dibekukan.
Kelima-lima individu itu kini ditahan atas tuduhan menghasut sehingga menyebabkan kematian penunjuk perasaan yang menentang Mursi. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130919/lu_02/Aset-pemimpin-Ikhwanul-Muslimin-dibeku-dibeku#ixzz2fHuuI1DX
© Utusan Melayu (M) Bhd 

18 September 2013

Bandar didiami penyokong Mursi diserbu


18 September 2013

KAHERAH - MESIR. Seramai 56 ditahan dalam serbuan di bandar Dalga, wilayah Minya yang dihuni penyokong bekas Presiden digulingkan, Mohammd Mursi, menurut media tempatan, kelmarin.

Saksi mendakwa, pihak berkuasa turut menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang melancarkan serangan balas dalam insiden tersebut.

Aktivis Ikhwanul Muslimin, Yehya Shaker berkata, susulan daripada kejadian itu, kesemua 32 laluan masuk ke bandar tersebut telah ditutup dan pihak berkuasa turut mengenakan perintah berkurung.

Sejak lebih sebulan lalu, menurut laporan dipetik dari Al-Jazeera bandar tersebut yang didiami lebih 120,000 penduduk didakwa telah dikawal sepenuhnya oleh kumpulan penyokong Mursi.

17 September 2013

Sinai terus jadi sasaran

Sinai terus jadi sasaranTentera meningkatkan kawalan di Sinai.

SINAI - Tentera Mesir merampas simpanan stok peluru berpandu anti-pesawat di Semenanjung Sinai, kelmarin.

Jurucakap tentera Ahmed Ali berkata, selain merampas simpanan stok senjata, tentera juga menahan 309 individu dipercayai terlibat dengan kegiatan keganasan di kawasan terbabit.

“Kami juga menemui dua bahan letupan di bawah menara kawalan di sempadan Gaza. Kami turut merampas seragam tentera Hamas.

Menurutnya yang dipetik laporan PressTV, keselamatan di negara itu makin terancam sejak tentera memusnahkan lebih 154 terowong yang menjadi laluan rahsia militan untuk menyelinap masuk ke Mesir.

“Sejak Julai lalu, tentera menutup 108 tangki mengandungi kira-kira empat juta liter petrol dan diesel yang selama ini di seludup dari Rafah ke Gaza,” katanya.

Penggulingan Hosni didorong Washington


Kaherah: Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dilaporkan berkata, kebangkitan rakyat yang menumbangkan kerajaannya pada 2011 bermula sejak 2005 dan didorong Washington.

Memetik rakaman yang bocor, akhbar Youm 7 melaporkan, Hosni menuduh AS merancang khabar angin mengenai kemungkinan anak lelakinya, Gamal, akan mengambil alih pemerintahannya. “Disebabkan khabar angin itu Gamal berdepan dengan kritikan hebat,” katanya.


Hosni berundur daripada kekuasaan pada 2011 selepas menjadi pemerintah Mesir selama 30 tahun.

Dia ditahan dan dipenjara sementara menunggu perbicaraan selesai sebelum dibebaskan serta diletakkan dalam tahanan rumah oleh rejim baru Mesir yang merampas kuasa daripada Mohamed Mursi Julai lalu. Mengenai keadaan semasa Mesir, Hosni berkata, dia mengesyaki Jen Abdel Fattah al-Sisi - pemimpin yang mengetuai kudeta ke atas Mohamed Mursi - adalah anggota Ikhwanul Muslimin.


Bagaimanapun, kata Hosni, dia ternyata tersilap.


Dalam rakaman itu juga Hosni berkata, presiden yang akan datang mesti dilantik daripada kalangan tentera. Hosni turut menuduh penyokong Ikhwanul Muslimin menerima upah kerana menyertai bantahan awam di Dataran Masjid Rabaa al-Adawiya sebelum mereka disuraikan dengan ganas oleh tentera bulan lalu. - Agensi

16 September 2013

'Kami tidak akan menyerah'

'Kami tidak akan menyerah'KAHERAH - MESIR. Seorang maut dan enam cedera ketika pertempuran antara pihak keselamatan dan penyokong Presiden digulingkan Mohamed Mursi, semalam.

Dipetik laporan Press TV, pertempuran tercetus selepas ribuan rakyat Mesir dan pergerakan Ikhwan Muslimin (IM) mengadakan demonstrasi di seluruh negara selepas solat Jumaat sebagai mengutuk tindakan rampasan kuasa oleh tentera sejak 13 Julai lalu.

Demonstrasi itu juga dibuat selepas Presiden sementara Adley Mansour mengisytiharkan darurat dilanjutkan sehingga dua bulan.

Jurucakap IM, Essam el- Erian yang berhadapan tuduhan menghasut keganasan dan pembunuhan, nekad meneruskan demonstrasi sehingga Mursi dan ahli IM dibebaskan.

“Kami tidak akan menyerah kalah kepada mereka yang bercakap dengan ‘bahasa peluru’. Ini hak kami untuk bersuara, kami tidak gentar dengan mereka,” katanya. 

Dilarang lapor bicara Mubarak


Kaherah: Seorang hakim memutuskan media tidak boleh membuat liputan fasa perbicaraan baru bekas Presiden Hosni Mubarak.

Bekas pemimpin itu melemparkan senyuman ketika perbicaraan bermula mengenai tuduhan berkaitan pembunuhan 900 penunjuk perasaan pada 2011.
Hakim Mahmoud El-Rachidi memberi alasan, sesi perbicaraan itu pada 19 hingga 21 Oktober akan membabitkan isu keselamatan negara. - AGENSI 

Mesir keluar amaran keras


KAHERAH 15 Sept. - Kementerian Dalam Negeri Mesir, semalam mengeluarkan amaran keras baharu kepada penunjuk perasaan dengan berikrar akan mematahkan sebarang tunjuk perasaan yang menyekat jalan raya serta menghalang lalu lintas.
Amaran itu dibuat sebulan selepas tentera menggempur kem penunjuk perasaan terdiri daripada penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi yang digulingkan, dalam satu insiden berdarah yang turut mendapat kecaman kumpulan hak asasi manusia.
Ia turut dikeluarkan sehari selepas beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun di Kaherah, semalam bagi menentang rampasan kuasa tentera yang menggulingkan Mursi pada 3 Julai lalu. - AFP
Kementerian itu menuduh penunjuk perasaan melakukan 'banyak jenayah' seperti menyekat laluan dan 'menculik wartawan' serta merampas peralatan tentera. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130916/lu_10/Mesir-keluar-amaran-keras#ixzz2f0s1q4on
© Utusan Melayu (M) Bhd 

15 September 2013

'Kami tidak akan menyerah'


15 September 2013
'Kami tidak akan menyerah'
'Kami tidak akan menyerah' Rakyat Mesir membakar bendera Israel sebagai mengutuk campur tangan negara itu.



KAHERAH - MESIR. Seorang maut dan enam cedera ketika pertempuran antara pihak keselamatan dan penyokong Presiden digulingkan Mohamed Mursi, semalam.

Dipetik laporan Press TV, pertempuran tercetus selepas ribuan rakyat Mesir dan pergerakan Ikhwan Muslimin (IM) mengadakan demonstrasi di seluruh negara selepas solat Jumaat sebagai mengutuk tindakan rampasan kuasa oleh tentera sejak 13 Julai lalu.

Demonstrasi itu juga dibuat selepas Presiden sementara Adley Mansour mengisytiharkan darurat dilanjutkan sehingga dua bulan.

Jurucakap IM, Essam el- Erian yang berhadapan tuduhan menghasut keganasan dan pembunuhan, nekad meneruskan demonstrasi sehingga Mursi dan ahli IM dibebaskan.

“Kami tidak akan menyerah kalah kepada mereka yang bercakap dengan ‘bahasa peluru’. Ini hak kami untuk bersuara, kami tidak gentar dengan mereka,” katanya. 

Penyokong Mursi berhimpun marah tindakan tentera


KAHERAH 14 Sept. - Beribu-ribu penyokong bekas Presiden yang digulingkan Mohammed Mursi berhimpun di sini selepas sembahyang Jumaat sambil melaungkan kemarahan mereka terhadap tentera.
"Sama ada kami mendapatkan hak-hak mereka atau kami mati seperti mereka!,’’ penunjuk perasaan bersorak sambil bergerak ke bandar daerah Nasr, merujuk kepada penyokong Mursi yang terbunuh pada Ogos lalu akibat tindakan kekerasan terhadap dua kem penunjuk perasaan di Kaherah.
Koresponden AFP berkata, beribu-ribu penunjuk perasaan mengambil bahagian dengan turut diiringi berpuluh-puluh kenderaan.
Mereka juga membawa bendera dan potret penunjuk perasaan yang terbunuh bulan lalu dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di Dataran Rabaa al-Adawiya dan al-Nahda. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130914/lu_03/Penyokong-Mursi-berhimpun-marah-tindakan-tentera#ixzz2evnn4RT7
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penyokong Mursi anjur tunjuk perasaan baru


Beribu-ribu penyokong Mursi mengadakan tunjuk perasaan sambil membakar bendera di Nasr City, semalam sebagai membantah tindakan tentera membunuh hampir 6,000 rakan mereka ketika tunjuk perasaan pada bulan lalu. - REUTERS
KAHERAH 14 Sept. - Beribu-ribu penyokong bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi mengadakan tunjuk perasaan sebagai bantahan terhadap tentera, di sini semalam ketika pasukan keselamatan menggempur kedudukan kumpulan militan di semenanjung Sinai.
Tunjuk perasaan tersebut diadakan bagi membantah tindakan ganas pihak keselamatan menggempur dua kem penyokong Mursi pada 14 Ogos lalu sehingga menyebabkan hampir 6,000 orang terbunuh.
Pihak tentera menggunakan kawat duri untuk menghalang jalan-jalan menuju ke dataran di Nasr City dan pasukan keselamatan yang lengkap dengan pelindung kepala serta berperisai dikerah mengawal lokasi utama.
Penunjuk perasaan melaungkan slogan 'Abdel Fateh penyembelih' merujuk kepada ketua tentera, Abdel Fateh al-Sisi yang bertanggungjawab melancarkan operasi menggempur kem penyokong Mursi.
Dalam perkembangan lain, enam orang cedera dalam pertempuran antara kumpulan penyokong dan penentang Mursi di bandar Iskandariah, manakala tiga lagi cedera di wilayah Bahaira.
Pihak polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan perbalahan antara kedua-dua kumpulan di pekan Tanta dan Mahalla.
Sementara itu, tentera Mesir dengan bantuan helikopter penggempur melancarkan serangan ke atas kedudukan kumpulan militan di semenanjung Sinai bagi mengekang ancaman keselamatan yang semakin merebak di negara ini.
Tiga askar dilaporkan cedera dalam pertempuran di tiga lokasi berasingan dalam operasi, semalam.
Operasi tersebut dilancarkan selepas kumpulan militan meningkatkan serangan di kawasan yang bersempadan antara Israel dan Tebing Gaza.
Menurut tentera, dua lelaki yang dikehendaki pihak berkuasa berjaya ditahan dan merampas sebuah roket, dinamit yang digunakan untuk membuat bom serta kira-kira 200 naskah buku berfahaman pelampau. - AFP/REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130915/lu_04/Penyokong-Mursi-anjur-tunjuk-perasaan-baru#ixzz2evnTC3CW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

14 September 2013

Mesir lanjut perintah berkurung kepada dua bulan


KAHERAH 13 Sept. - Presiden sementara Mesir, Adly Mansour, semalam melanjutkan tempoh perintah berkurung di negara ini kepada dua bulan sejak ia dikuatkuasakan pertengahan bulan lalu.
"Presiden Adly Mansour memutuskan untuk melanjutkan perintah berkurung hingga dua bulan lagi,’’ kata jurucakap Presiden, Ehab Bedawy dalam satu kenyataan.
Tambahnya, keputusan itu dibuat berdasarkan perkembangan dan situasi keselamatan di negara ini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130913/lu_03/Mesir-lanjut-perintah-berkurung-kepada-dua-bulan#ixzz2eqvz2oTl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Al-Qaeda arah serangan di Amerika


KAHERAH 13 Sept. - Ketua al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri mengarahkan serangan dalam skala kecil di Amerika Syarikat (AS) bagi merosakkan ekonomi negara itu.
Ayman berkata, serangan itu adalah sebagai provokasi supaya AS terus meningkatkan belanja keselamatan ekoran ekonomi negara itu kini mengalami kelembabpan, kesan perbelanjaan ketenteraan dan keselamatannya.
''Kita hanya perlu melancarkan serangan tertentu di beberapa lokasi yang akan menjadikan AS berada dalam keadaan tertekan dan terpaksa sentiasa bersiap sedia.
''Ketika kita tewas di beberapa negara termasuk di Somalia, Yemen, Iraq dan Afghanistan, kita perlu melancarkan perang di negara itu (AS) sendiri,'' katanya dalam satu ucapan sehari selepas ulang tahun ke-12 serangan 11 September yang disiarkan di laman-laman web rangkaian pengganas itu. - dpa


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130914/lu_11/Al-Qaeda-arah-serangan-di-Amerika#ixzz2epn2TvH9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Hamas nafi dakwaan TV Mesir


RAMALLAH 13 Sept. - Pergerakan Hamas menafikan dakwaan televisyen Mesir yang menuduh pergerakan itu terbabit mengajar kumpulan Islam di negara itu cara memasang bom kereta serta memberikan mereka periuk api.
''Ia sama sekali tidak benar,'' kata Fawzi Barhoum, jurucakap pergerakan itu yang menguasai Genting Gaza yang bersempadan dengan Mesir.
Katanya, laporan itu merupakan 'satu percubaan untuk memburuk-burukkan Hamas'.
Hamas merupakan cabang pergerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130914/lu_10/Hamas-nafi-dakwaan-TV-Mesir#ixzz2epmdbqZp
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penyokong Mursi berhimpun suarakan kemarahan terhadap tentera


KAHERAH 14 Sept. - Beribu-ribu penyokong bekas Presiden yang digulingkan Mohammed Mursi berhimpun di sini selepas sembahyang Jumaat sambil melaungkan kemarahan mereka terhadap tentera.
"Sama ada kami mendapatkan hak-hak mereka atau kami mati seperti mereka!,’’ penunjuk perasaan bersorak sambil bergerak ke bandar daerah Nasr, merujuk kepada penyokong Mursi yang terbunuh pada Ogos lalu akibat tindakan kekerasan terhadap dua kem penunjuk perasaan di Kaherah.
Koresponden AFP berkata, beribu-ribu penunjuk perasaan mengambil bahagian dengan turut diiringi berpuluh-puluh kenderaan.
Mereka juga membawa bendera dan potret penunjuk perasaan yang terbunuh bulan lalu dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di Dataran Rabaa al-Adawiya dan al-Nahda. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130914/lu_03/Penyokong-Mursi-berhimpun-suarakan-kemarahan-terhadap-tentera#ixzz2epkib7hZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

13 September 2013

Sinai, Mesir Tentera Firaun telah mengebom Masjid dibandar al-Makata'ah.

Sinai, Mesir

Tentera Firaun telah mengebom Masjid dibandar al-Makata'ah.

Sinai, Mesir

Sinai, Mesir

Mujahiddin dari Jund al Islam telah menyerang 'Military Intel HQ' (Ibupejabat Perisikan Ketenteraan) di Rafah.

Aku adalah orang yang bertanggungjawab merosakkan Mesir dan aku yang menyuruh Sisi menyembelih rakyat Mesir.

Muhammad bin Zaid : Aku adalah orang yang bertanggungjawab merosakkan Mesir dan aku yang menyuruh Sisi menyembelih rakyat Mesir.

Muhammad bin Zaid adalah bekas pemimpin Fatah, sekarang bekerja di Abu Dhabi.Pernah dibuang dari Gaza akibat kegagalannya menggulingkan kerajaan Hamas yang dipilih secara demokrasi.

Hasbunallah nikmal wakeel

#pray4egypt #unite4egypt #Terkinimesir

Sumber : FJP Official
 

Sebahagian rakyat membuatkan rantai manusia di lebuhraya Qotur

Barat | Sebahagian rakyat membuatkan rantai manusia di lebuhraya Qotur - Tanta selepas solat Asar semalam untuk menolak rampasan kuasa tentera Mesir.

Mereka mengangkat lambang Rabiah Adawiyah & foto-foto para syuhada, para tahanan penjara & Dr. Muhammad #Morsi.

Sumber

Mampukah mereka (penzalim) mengalahkan kita apabila mereka berjaya mematahkan semangat kita ?



Kita telah bersumpah bahawa kami akan mati satu demi satu & kita takkan mengiktiraf (penzalim).

Sesungguhnya aku yakin akan hak kebebasanku...dan hak tanah airku dalam kehidupan...dan keyakinan ini lebih ampuh daripada apa-apa senjata pun.

Walau pedangku patah sekalipun, kebatilan takkan mematahkan hak aku.

Generasi selepasku akan datang memerangi mereka (penzalim).

Kita takkan berpatah balik, sama ada kita menang atau syahid !

(Omar Mokhtar)

Sumber : الاخوان المسلمون " تربية جهاد و دعوه"

Parti Salafi An-Nur Kecam Pengekangan Imam dan Penutupan Masjid oleh Pemerintah Mesir



Hari Ahad (8/9/2013) Menteri Urusan Agama dan Wakaf Muhammad Mokhtar Gomaa mengatakan, kementerian akan mengehadkan pelaksanaan solat hanya di masjid-masjid yang berada dibawah kawalan pemerintah, hanya memperbolehkan imam yang berkelulusan Al-Azhar berceramah di masjid-masjid, menutup masjid-masjid kecil yang kebanyakan memiliki imam bebas, serta melarang derma yang diberikan di dalam masjid.

Jurucakap parti An-Nur Sherif Taha menyampaikan kecamannya atas tindakan pemerintah itu. Dia mengatakan, masjid-masjid ketika ini sudah padat sewaktu solat Jumaat dan keadaannya akan semakin penuh sesak jika masjid-masjid kecil ditutup dan dilarang melaksanakan solat jemaah.

An-Nur juga menentang keputusan pemerintah yang menghadkan imam, kerana banyak para pendakwah terkemuka yang disegani bukan lulusan Al-Azhar, lembaga pendidikan Islam tertinggi di Mesir.

Sumber: Hidayatullah

Mesir lanjut perintah berkurung


KAHERAH 13 Sept. - Presiden sementara Mesir, Adly Mansour, semalam melanjutkan tempoh perintah berkurung di negara ini kepada dua bulan sejak ia dikuatkuasakan pertengahan bulan lalu.
"Presiden Adly Mansour memutuskan untuk melanjutkan perintah berkurung hingga dua bulan lagi,’’ kata jurucakap Presiden, Ehab Bedawy dalam satu kenyataan.
Tambahnya, keputusan itu dibuat berdasarkan perkembangan dan situasi keselamatan di negara ini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130913/lu_03/Mesir-lanjut-perintah-berkurung#ixzz2eitJu9KF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

12 September 2013

Pegawai kanan Mesir dibebaskan

Pegawai kanan Mesir dibebaskanRakyat Mesir masih meneruskan protes di Kaherah.

KAHERAH - MESIR . Pendakwa Mesir mengarahkan ketua kakitangan Pejabat Pentadbiran Mesir dibebaskan daripada tuduhan menghasut penunjuk perasaan hingga mencetus keganasan di luar Istana Presiden, Disember lalu.

Sumber Pejabat Kehakiman berkata, Rifaa al-Tahtawi, yang ditahan bulan lepas, dibebaskan selepas kekurangan bukti.

“Pendakwa membebaskan Rifaa selepas mengambil kira beliau sebagai saksi kejadian dalam usaha menggulingkan Presiden Mohamed Mursi, 3 Julai lalu,” katanya dipetik dari laporan AP.

Sementara itu, ratusan rakyat Mesir meneruskan protes menuntut pembebasan Mursi, yang digulingkan itu dan ahli-ahli Ikwanul Muslimin.

Mereka berarak di sekitar jalan utama sambil membawa sepanduk Rabia dan mengutuk rampasan kuasa di negara itu.

Dalam perkembangan berasingan, dua serangan bom tercetus di Semenanjung Sinai yang merupakan pintu masuk militan asing ke Mesir.

Pegawai keselamatan berkata, serangan itu disasarkan ke arah tentera Mesir yang mengetatkan kawalan keselamatan di sempadan Rafah-Israel.

“Letupan itu disasarkan ke ibu pejabat perisikan tentera Imam Ali di sempadan Rafah-Israel dan turut memecahkan tingkap bangunan lain dekat kawasan tersebut,” katanya.
Beberapa minit kemudian, satu lagi letupan meranapkan pusat pemeriksaan tentera dekat kawasan terbabit.

Kementerian Agama Mesir Pecat 55 Ribu Imam Masjid dan Tutup Musolla



Kementerian Agama Mesir di bawah pemerintahan tentera memberhentikan 55 ribu imam masjid yang tidak mendapatkan legitimasi dari pemerintah. Kementerian juga memutuskan menutup masjid-masjid kecil (musolla). Akibat tindakan ini puluhan ribu jamaah di seluruh Mesir terlantar dan menunaikan solat jemaah di jalan-jalan.

Tindakan ini juga mengakibatkan ribuan masjid tidak melaksanakan solat Jumat pada minggu lalu kerana belum ada imam penggantinya.

Rassd.com menyebutkan, kejadian seperti ini adalah yang pertama sejak masuknya Islam ke Mesir. Bahkan pada masa penjajahan pun hal seperti ini belum pernah terjadi.

Sumber: BersamaDakwah