31 August 2013

Perarakan menentang Kudeta di Jalan Shehab, Jalan Liga Arab, dan di awal Jalan Mahyuddin Abul Izz.

 Prihatin Mesir | 30 Ogos

Perarakan menentang Kudeta di Jalan Shehab, Jalan Liga Arab, dan di awal Jalan Mahyuddin Abul Izz.

Sumber: Fan page agensi berita Rassd

Shoubra sebentar tadi.

 Prihatin Mesir | 30 Ogos

Shoubra sebentar tadi.

#prihatinmesir

ANGGOTA POLIS YANG BUNUH AHRAR

Prihatin Mesir | 30 Ogos

ANGGOTA POLIS YANG BUNUH AHRAR

RASSD menukil dari page Gerakan Ahrar (Tidak menyokong Mursi dan tidak sokong tentera) bahawa polis inilah yang telah membunuh anggota gerakan hari ini di Medan Lubnan, Kaherah.

Sumber: Fan page agensi berita Rassd

#prihatinmesir

Petikan Khutbah Dr Yusuf al-Qaradhawi

Prihatin Mesir | Petikan Khutbah Dr Yusuf al-Qaradhawi :: 30 Ogos

"Kamu wahai al-Sisi merupakan menteri di zaman Mursi, Bagaimana kamu boleh menggulingkannya? Maka pergilah kamu masuk ke neraka jahannam beserta orang yang bersama kamu ekoran pengkhinatan janji kamu di hadapan Allah."

sumber : fb الإمام يوسف القرضاويPrihatin Mesir | Petikan Khutbah Dr Yusuf al-Qaradhawi :: 30 Ogos

"Kamu wahai al-Sisi merupakan menteri di zaman Mursi, Bagaimana kamu boleh menggulingkannya? Maka pergilah kamu masuk ke neraka jahannam beserta orang yang bersama kamu ekoran pengkhinatan janji kamu di hadapan Allah."

sumber : fb الإمام يوسف القرضاوي

Konco Hosni Mubarak dibenar sertai politik


Penyokong bekas Presiden Mohamed Mursi membaling batu ke arah polis dan tentera Mesir semasa bertempur dekat Dataran Rabaa Adawiya di Kaherah pada 14 Ogos lalu. - REUTERS
KAHERAH 30 Ogos - Satu draf Perlembagaan baharu Mesir yang digubal oleh kerajaan sementara akan membenarkan konco-konco bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak kembali ke kancah politik dan mengharamkan pembentukan parti politik berasaskan agama.
Seramai 10 panel yang dilantik oleh Presiden sementara, Adly Mansour mengkaji semula 37 Artikel Perlembagaan 2012 yang diluluskan oleh bekas Presiden, Mohammed Mursi, dan membuang Artikel 37 yang menyatakan pengasingan politik ke atas bekas anggota rejim Mubarak.
Artikel 44 dalam Perlembagaan baharu pula menyatakan bahawa rakyat mempunyai hak untuk membentuk parti politik, namun sebarang aktiviti berpolitik atau pembentukan parti politik berteraskan agama tidak dibenarkan.
Artikel 2 sebelum ini yang menegaskan bahawa Islam sebagai agama rasmi di negara ini dan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi, dikekalkan.
Satu artikel lain yang memberi kuasa penuh untuk memberi pengampunan kepada banduan telah dihapuskan dalam Perlembagaan baharu yang menetapkan proses pengampunan memerlukan persetujuan Kabinet.
Mursi sebelum ini dikritik kerana memberi pengampunan kepada beberapa pemimpin Islam yang disabitkan dengan kesalahan keganasan.
Usul Perlembagaan baharu itu dijangka dihantar kepada 50 ahli jawatankuasa yang dilantik Adly pada minggu ini bagi membincangkan kandungan piagam tersebut lebih lanjut sebelum diwartakan.
Laman web berita, Al Ahram Online yang memetik sumber kerajaan berkata, kebanyakan 50 anggota yang mewakili jawatankuasa terbabit merupakan daripada golongan sekular. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130831/lu_03/Konco-Hosni-Mubarak-dibenar-sertai-politik#ixzz2dYfJFSR9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Suasana di Al-'Arisy

Suasana di Al-'Arisy

Sumber : الاخوان المسلمون " تربية جهاد و دعوه"

Demi Allah, memang susah dipercayai. Bagaimana rakyat Mesir boleh memperoleh semua kekuatan & berterusan bersatu berhadapan dengan ancaman (tentera).

 #TerkiniMesir

Demi Allah, memang susah dipercayai. Bagaimana rakyat Mesir boleh memperoleh semua kekuatan & berterusan bersatu berhadapan dengan ancaman (tentera). Kehendak Allah, tiada kekuatan melainkan kekuatan Allah SWT.

Sumber : Twitter Amir Kubaisi

Sharqia lebih aman selepas krisis di Mesir


30 Ogos 2013


ZAGAZIG - MESIR . Berada di salah sebuah bandar di negeri kelahiran bekas presiden Mesir Mohamed Morsi yang digulingkan pihak tentera Mesir awal Julai lepas, mungkin menggusarkan hati pelancong, apatah lagi apabila krisis di negara ini masih tidak berkesudahan.
 
Bagaimanapun, bagaikan 'Angan-angan mengikat tubuh' (Bersusah hati kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan), tempat itu sebenarnya tidak seteruk seperti yang disangka, malah mungkin lebih tenang daripada beberapa kawasan lain kerana ia tidak dikategorikan sebagai kawasan 'panas'.
 
Sharqia, sebuah negeri di Timur Mesir kira-kira 90km dari Kaherah ini sebenarnya juga merupakan tempat Morsi menyampaikan kuliahnya semasa menjadi pensyarah jurusan kejuruteraan di Universiti Zagazig, iaitu ibu negeri Sharqia di sini dan pada masa sama menjadi anggota Parlimen bebas kawasan berkenaan (Zagazig) semasa era pemerintahan bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak.
 
Apa yang lebih menarik, anggota keluarga Morsi dan saudara maranya, ramai daripada mereka dipercayai masih menetap di beberapa kawasan di negeri berkenaan termasuk Zagazig, selain pengikutnya di sana yang ramai.
 
Bernama yang mengikuti delegasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke negara bergolak itu bagi membincangkan isu pelajar Malaysia di beberapa universiti utama negara itu berkesempatan melawat Universiti Zagazig dan kawasan sekitarnya yang juga lokasi bagi kira-kira 700 pelajar Malaysia melanjutkan pengajian dalam jurusan perubatan dan farmasi di sini.

Seorang pelajar perubatan tahun ketiga Abd Hakim Mohd Suhimin, 23, ketika ditemui berkata, bandar dengan kira-kira 320,000 populasi itu sebenarnya lebih tenang berbanding kawasan-kawasan lain, walaupun tidak menafikan masih ada perhimpunan yang diadakan kumpulan Tajarrud (penyokong Morsi) dan Tamarrud (penyokong tentera).  

"Namun tiada demonstrasi besar-besaran di sini, cuma ada sedikit perhimpunan dan ini telah menjadi kebiasaan bagi masyarakat Mesir. Keadaan ini tak menjadi masalah kepada kami, Insya-Allah," katanya.
 
Beliau yang baru pulang ke Mesir minggu lepas selepas cuti Aidilfitri berkata situasi Mesir pada kali ini juga tidak seteruk pada 2011, sewaktu insiden penggulingan Mubarak.
 
Turut bersetuju dengan pandangannya adalah seorang lagi pelajar tahun tiga jurusan perubatan, Marwan Muhammad, 22 tahun, yang berpendapat keadaan di tempat dan universiti berkenaan masih terkawal dan yakin akan bertambah baik pada masa depan.
 
"Pada pandangan saya untuk jangka masa pendek terutama di Zagazig ini, saya tengok tak ada masalah bagi pelajar kita belajar dan melakukan aktiviti harian, cuma untuk jangka masa panjang saya tidak pasti, ini mungkin perlu ada tindakan lanjut dari pihak kerajaan sendiri (untuk mengambil tindakan awal sekiranya perlu), tetapi Insya-Allah di sini selamat," katanya.

Turut mengesahkan situasi terkawal di Zagazig ialah Muhammad Zakhiruddin A Bakar, 24 tahun, juga pelajar tahun tiga jurusan perubatan yang bagaimanapun tidak menafikan keadaan di Mesir secara keseluruhan masih lagi tidak menentu dan tidak dapat dijangka.
 
Justeru, beliau menyambut baik langkah kerajaan berbincang dengan pihak universiti-universiti utama di Mesir bagi masa depan pelajar Malaysia di negara bergolak itu secara keseluruhan, termasuk yang paling utama menurutnya mengenai penundaan semester pelajaran.
 
"Bagi saya sendiri tarikh itu patut ditunda sebab masa berlaku rusuhan(14 Ogos) khasnya di Zagazig, pelajar hilang fokus dan mereka juga berharap tarikh dapat dilanjutkan dan bagi masa kepada pelajar untuk fokus mata pelajaran itu sendiri,"katanya.
 
Ketiga-tiga pelajar itu adalah sebahagian daripada sebilangan kecil pelajar di universiti berkenaan yang membuat keputusan untuk tidak mengikuti program evakuasi sukarela kerajaan Malaysia yang berakhir Khamis lepas atas sebab-sebab tersendiri.
 
Terdahulu, semasa perjumpaan delegasi KPM bersama naib presiden universiti terbabit, Prof Dr Ashraf M Elshihy, pihak universiti itu bersetuju memenuhi tiga permintaan asas KPM iaitu menunda semester pelajaran sehingga minggu keempat September, menunda tarikh peperiksaan ulangan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak dan mengadakan peperiksaan ulangan di Malaysia bagi pelajar-pelajar Malaysia sekiranya perlu.

Selain Universiti Zagazig, enam lagi universiti iaitu Kaherah, Al-Azhar, Ain Shams, Mansoura, Iskandariah, dan Tanta turut bersetuju dengan tiga permintaan KPM dengan Universiti Kaherah bersetuju mengadakan peperiksaan ulangan bagi pelajar Malaysia di Universiti Putra Malaysia, Serdang, September ini.
 
Delegasi KPM dibarisi Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh, Ketua Setiausaha Kedua kementerian Datuk Seri Dr Zaini Ujang, Pegawai Khas Perdana Menteri Datuk Shahlan Ismail, mantan Duta Malaysia ke Mesir Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti, wakil Universiti Al-Azhar Kampus Malaysia Datuk Yahya Abd Jalil, Pegawai Kanan Kementerian Pendidikan, Sektor Pengajian Tinggi (Bahagian Pendidikan Malaysia) Ibrahim Ali, selain pegawai Kedutaan Malaysia di Mesir.
 
Delegasi itu tiba di Kaherah Isnin lepas dan menamatkan lawatan kerja itu semalam selepas melawat tujuh buah universiti iaitu Kaherah, Al-Azhar, Ain Shams, Mansoura, Iskandariah, Zagazig dan Tanta.
 
Pada 3 Julai, Panglima Angkatan Tentera Mesir, Jeneral Abdul Fatah Al-Sisi, menyingkirkan presiden Mohamed Morsi dan menggantung Perlembagaan Mesir selepas protes rakyat sekian lama, menggesa diadakan pilihan raya presiden dan Majlis Shura yang baru.  - Bernama

ESOK KHAMIS JANGKAAN SERANGAN PAKATAN USA KE ATAS SYRIA. ADAKAH USAHA UNTUK ALIH PANDANGAN APA YANG BERLAKU DI MESIR?

 Prihatin Mesir | Serang Syria

ESOK KHAMIS JANGKAAN SERANGAN PAKATAN USA KE ATAS SYRIA. ADAKAH USAHA UNTUK ALIH PANDANGAN APA YANG BERLAKU DI MESIR?

Al jazeera melaporkan persiapan terakhir telah dibuat oleh USA dan gabungan 10 negara untuk memulakan serangan ke atas Syria. 

Mengikut sumber, 35 sasaran telah di senaraikan untuk serangan tersebut. Semua ini bagi melemahkan kekuatan tentera Bashar Asad.

Menteri luar Syria semalam berkata Syria akan mempertahankan diri setakat kemampuan yg ada.
Rusia Penyokong kuat Syria membuat kenyataan longgar bahawa Rusia tidak akan berperang dengan sesiapa.

Berbeza dengan Rusia, Iran memberi amaran keras kepada USA kesan buruk kepada keamanan serantau jika Syria di serang.

Beberapa pemerhati berpendapat serangan ke atas Syria bertujuan untuk mengalih pandangan rampasan kuasa yg berlaku di Mesir disamping utk menjaga kepentingan israel.

Sumber : AL JAZEERA.
#prihatinmesir

PM MESIR TARIK BALIK UGUTAN HARAM IKHWAN.

Prihatin Mesir | Ikhwan Muslimin

PM MESIR TARIK BALIK UGUTAN HARAM IKHWAN. 

Perdana Menteri Kudeta Mesir Dr Hazem Biblawi semasa berucap di Tv Mesir semalam menyatakan Pengharaman IKHWAN dan Partinya Freedom and Justice(FJP) pada masa ini bukan merupakan suatu penyelesaian.

Beliau menambahkan usaha-usaha damai perlu diberi ruang agar krisis yg berlaku sekarang dapat diselesaikan dengan aman.

Suatu tindakan yang tidak bijak untuk mengharamkan Ikhwan sekarang dalam suasana negara sedang bergolak.

Pun begitu beliau menambah, masa depan Ikhwan bergantung kepada tindakan dan tingkah laku ahli-ahlinya.

Ikhwan masih berdepan dengan tangkapan besar-besaran terhadap pimpinan dan ahlinya hingga sekarang.

Sumber : AL JAZEERA.NET

#prihatinmesir

TAMARRUD JAWAB TUDUHAN POLIS

Prihatin Mesir | Jawab Balas

TAMARRUD JAWAB TUDUHAN POLIS

Fan page rasmi polis Mesir menyiarkan foto seorang pemuda yang dikatakan pengganas melepaskan tembakan ke atas tentera dalam kejadian di Al-Mohandiseen, Kaherah.

Bagaimanapun, Gerakan Pemberontakan (Tamarrud) menidakkan tuduhan polis bahawa pemuda itu bukannya pengganas. Sebaliknya dia adalah pemuda revolusi dan salah seorang anggota Tamarrud.

PERHATIAN: Sekiranya penunjuk perasaan menentang rampasan kuasa dikatakan pengganas tetapi jika orang Tamarrud bersenjata dan menembak tentera boleh pula dikatakan pemuda revolusi. Revolusi atau rampasan kuasa? Bagaimana pula laporan atau ulasan media-media menyokong Kudeta termasuklah individu-individu tertentu yang asyik menghujum Ikhwan pengganas dan penunjuk perasaan aman memiliki senjata?

Sumber: Fan page rasmi Hurriyah Wal-Adalah (sayap politik Ikhwan Al-Muslimin)

MESIR HARAMKAN RANGKAIAN TV AL-JAZEERA

Prihatin Mesir | Terkini

MESIR HARAMKAN RANGKAIAN TV AL-JAZEERA

Pihak berkuasa Mesir hari ini serta merta tidak membenarkan rangkaian TV Al-Jazeera beroperasi di Mesir. Kementerian Pelaburan, Komunikasi & Maklumat hari ini mengeluarkan satu kenyataan rasmi Rangkaian TV berpangkalan di Qatar ini tidak lagi dibenarkan untuk beroperasi di Mesir kerana tidak lagi mempunyai permit dan kebenaran untuk beroperasi di negara ini.

Sumber : R.N.N News.

Masjid Al-iman, Madinat Nasr

 Prihatin Mesir | TERKINI

Rakyat terpaksa solat Jumaat di luar Masjid Al-iman, Madinat Nasr sebentar tadi, selepas pihak tentera mengepung masjid dan melarang solat di dalamnya, kerana takut rakyat akan keluar demontrasi dari situ.

Sumber : R.N.N | شبكة رصد

#prihatinmesir

Demontrasi di salah satu masjid dari Wilayah Port Said.

Prihatin Mesir | 30 Ogos

Demontrasi di salah satu masjid dari Wilayah Port Said.

#prihatinmesir

RABIAH DI TANTA SELEPAS JUMAAT

 Prihatin Mesir | 30 Ogos

RABIAH DI TANTA SELEPAS JUMAAT

TANTA - Hasbunallahu Wa Ni'mal Wakil. Demikian laungan bergema kuat selepas beberapa minit imam solat Jumaat memberi salam di Masjid Ma'radh, Tanta, wilayah Al-Gharbiah kira-kira 20 minit yang lalu.

Kelihatan jemaah solat Jumaat yang bertebaran di jalan rupa-rupanya dari kalangan penunjuk perasaan aman. Selepas itu, mereka berkumpul di hadapan Masjid berdekatan stesen minyak dan melintasi jalan sambil mengangkat simbol 'RABIAH'(empat jari) dan melaungkan "jatuh..jatuh..pemerintahan tentera".

Sewaktu di tengah jalan besar, ketua penunjuk perasaan memberikan sepatah dua kata ucapan semangat. Kemudian, mereka bergerak menuju ke arah Wisma Negeri di pertengahan bandar Tanta sementara menanti penunjuk perasaan aman yang lain tiba dari masjid-masjid berhampiran.

Sebelum Jumaat tadi, Masjid Universiti yang mampu memuatkan jumlah yang besar telah ditutup atas alasan keselamatan. Tambahan lagi, kedudukan Masjid Universiti berada di lokasi yang strategik.

Fayyum : Lebih dua ratus ribu penduduk wilayah Fayyum keluar ke jalanraya

Prihatin Mesir | 30 Ogos

Fayyum : Lebih dua ratus ribu penduduk wilayah Fayyum keluar ke jalanraya menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa dan menyokong syari'yyah.

Sumber : حزب الحرية والعدالة بالفيوم | الصفحة الرسمية

#prihatinmesir

Demonstrasi anti kudeta di hadapan Masjid Iman, Madinah Nasr.

Demonstrasi anti kudeta di hadapan Masjid Iman, Madinah Nasr. Hari ini dinamakan sebagai "Jumaat Mengembalikan Revolusi" atau "Badai Kemarahan 30 Ogos"

Sumber : RNN
#mesirkini
#R4BIA

Perarakan besar-besaran di Mohandesin



Sumber : Twitter Ikhwanweb, Mostafa el Zeidy
#mesirkini
#R4BIA

Perarakan besar-besaran di Mohandesin



Sumber : Twitter Ikhwanweb, Mostafa el Zeidy
#mesirkini
#R4BIA

POLIS MESIR TANGKAP DR AL-BELTAJI

Prihatin Mesir | TERKINI | Tangkapan Politik

POLIS MESIR TANGKAP DR AL-BELTAJI

Menjelang hari Jumaat 30 Ogos yang dijadualkan revolusi untuk mengembalikan kedaulatan Mesir dan Revolusi 25 Januari yang dirampas, polis Mesir telah menangkap seorang lagi pemimpin Ikhwan Muslimin.

Terkini, siaran televisyen Mesir menukilkan dari sumber pihak keselamatan bahawa Dr Muhammad Al-Beltaji salah seorang pemimpin Parti Hurriyah Wal Adalah ( sayap politik Ikhwan Muslimin ) telah ditangkap petang Khamis.

Laporan ringkas yang diterima menyebut Dr Beltaji ditangkap di El-Giza, Kaherah.

Kata sumber lain, bersama-sama beliau yang ditangkap adalah Jamal Al-Ashri dan Al-Azhari.

Sumber : Web berita rassd, pesanan ringkas RNN, pesanan ringkas El-medan, dan pesanan ringkas El-Masreyoon.

#prihatinmesir

Terkini : Perarakan "Jumaat Mengembalikan Revolusi" di Maadi.

Terkini : Perarakan "Jumaat Mengembalikan Revolusi" di Maadi.

Sumber : Twitter Ikhwanweb, Mostafa el Zeidy
#mesirkini
#R4BIA

Kita peduli mereka dizalimi, kita bantu agar mereka dilindungi..

Konsert Pray 4, bakal menemui anda 7 September ini. Satu mekanisma bagi membantu saudara seislm kita yang terus dizalimi.Pelbagai pengisian menarik sepanjang program ini berlangsung. Antaranya seperti

- Tayangan audio video peristiwa dan keadaan di Mesir, Syria, Palestin dan Rohingya.
- Persembahan artis tanah air.
- Persembahan Sketsa dan Nasyid
- Doa Munajat
- Kutipan Derma
- Taujihat oleh para ustaz dan wakil negara-negara mangsa

Kita peduli mereka dizalimi,
kita bantu agar mereka dilindungi..

Lebih dua ratus ribu penduduk wilayah Fayyum keluar ke jalanraya

rihatin Mesir | 30 Ogos

Fayyum : Lebih dua ratus ribu penduduk wilayah Fayyum keluar ke jalanraya menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa dan menyokong syari'yyah.

Sumber : حزب الحرية والعدالة بالفيوم | الصفحة الرسمية

#prihatinmesir

Perarakan di Jalan Gehan, Daqhleyya.

Terkini : Perarakan di Jalan Gehan, Daqhleyya.

Sumber : Twitter Ikhwanweb, Mostafa el Zeidy
#mesirkini
#R4BIA

Dr Mohamed Morsi

Dr Mohamed Morsi. Kita tentunya rindukan beliau. Jangan pernah lupa mendoakan beliau dan saudara-saudara kita yang sedang berjuang disana.

HASBUNALLAH WA NI'MAL WAKEEL

PARLIMEN UK TOLAK PENGLIBATAN OPERASI TENTERA DI SYRIA

Prihatin Mesir | Terkini

PARLIMEN UK TOLAK PENGLIBATAN OPERASI TENTERA DI SYRIA

Parlimen UK hari ini majoriti menolak penglibatan United Kingdom dalam usaha US melancarkan serangan dan tindakan ketenteraan ke atas Syria.

Usul yang dibawa oleh Perdana Menteri UK, David Cameroon itu ternyata ditolak oleh majoriti ahli parlimen UK. Dengan majoriti 13 undi. 285 tidak bersetuju dan 272 pula menyokong.

Kata David Cameroon "Jelas kepada saya hari ini, bahawa ahli parlimen British tidak mahu melihat tentera British campur tangan dalam krisis di Syria."

Pemerhati berkata, majoriti ahli parlimen UK menolak usul ini dan dalam masa yang sama mengutuk serangan senjata kimia yang digunakan tidak kira daripada mana-mana pihak sekalipun.

Sumber : BBC
#prihatinmesir

Israel akan terlibat serangan ke atas Syria



Radio Israel telah melaporkan Avigdor Lieberman, ketua Jawatankuasa Negeri dan Keselamatan di Knesset Israel, mengatakan bahawa Israel "mungkin tiada pilihan" daripada melibatkan diri dalam mana-mana peperangan yang berpotensi terhadap Syria.

Walau bagaimanapun, Lieberman berharap bahawa Israel tidak akan bertanggungjawab untuk campur tangan. Beliau berkata: "Kami tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam konfrontasi ini, baik di hadapan dalaman atau di hadapan asing."

Bekas menteri luar itu menghargai tindakan "bertanggungjawab" isu ini oleh kerajaan (haram) Israel, termasuk usaha-usaha diplomatik. Beliau percaya bahawa keadaan di Syria adalah "ujian" bagi dasar luar Amerika.

Lieberman menyeru Israel untuk mematuhi perintah dalaman dan untuk mendapatkan perlindungan pernafasan yang diperlukan dalam kes serangan balas. Pada masa yang sama, beliau memandang ringan ancaman Syria, yang mencipta histeria di kalangan sesetengah penduduk Israel.

Sementara itu, selain dari ancaman antarabangsa yang berpotensi di Syria, tentera Israel mengerahkan tentera besar-besaran di Golan Heights dan meletakkan semua unit pada berjaga-jaga.

Sumber: middleeastmonitor / Aqsa Syarif

Perarakan di Medan Arbain, Suez.

Prihatin Mesir | 30 Ogos

Perarakan di Medan Arbain, Suez.

Sumber: Twitter Fjp Party

Himpunan besar-besaran pro demokrasi di Al Minya

Terkini : Himpunan besar-besaran pro demokrasi di Al Minya sekarang, menyeru untuk menamatkan pemerintahan tentera.

Sumber : Twitter Fatima Said
#mesirkini
#R4BIA

Demonstrasi rakyat Mesir menentang rampasan kuasa tentera di serata bumi mesir

#TerkiniMesir 

Demonstrasi rakyat Mesir menentang rampasan kuasa tentera di serata bumi mesir di Kaherah, Giza, Iskandariyah, Matruh, Al-Bahira, Ismailyah, Syarqiyah, Gharbiyah, Daqaliyah, Munfiyah, Sinai, Fayoum, Minia, Asyut, Suhaj, Sittah Oktober, Bandar Sadat dan lai-lain.

Sumber : شبكة نبض الاخوان

IAM

Terkini : Perarakan "Jumaat Mengembalikan Revolusi" di Tanta.

Terkini : Perarakan "Jumaat Mengembalikan Revolusi" di Tanta.

Sumber : Twitter Ikhwanweb, Mostafa el Zeidy
#mesirkini
#R4BIA

Terkini dari Iskandariah..!!

#TerkiniMesir

Terkini dari Iskandariah..!!

Semoga Allah membantu para mujahidin di Mesir,
Amin ya Rabb..!

Sumber : حزب الحرية والعدالة - المنيا

#Pray4Egypt #JumaatPenentu
 —

Gambar syuhada' pertama yang ditembak oleh pihak poilis menggunakan peluru hidup tepat di kepala beliau.

Tergempar..! 

Gambar syuhada' pertama yang ditembak oleh pihak poilis menggunakan peluru hidup tepat di kepala beliau.

Hasbunallah wa ni'mal wakeel..!

Sumber : الاتحاد الاسلامي للدعوة

#Pray4Egypt #JumaatPenentu

Mesir tahan empat wartawan Al-Jazeera


SEHELAI baju yang dipercayai milik mangsa ditinggalkan dekat lokasi nahas.- AP


KAHERAH - Empat wartawan stesen penyiaran Al-Jazeera ditahan pihak berkuasa Mesir selepas mereka membuat liputan di sini, kata pihak pengurusannya yang beribu pejabat di Qatar.
Al-Jazeera dalam satu kenyataan kelmarin menyatakan bahawa korespondennya, Wayne Hay, jurukamera Adil Bradlow dua penerbit, Russ Finn dan Baher Mohammed ditangkap pada Selasa lalu.
Stesen penyiaran itu menyifatkan penahanan mereka sebagai kempen menentang Al-Jazeera secara khusus.
Penangkapan itu dibuat selepas pejabat stesen penyiaran Al-Jazeera, Al-Jazeera Mubashir Misr di Mesir diserbu dan kakitangan di situ turut ditahan.
Kerajaan sementara Mesir mendakwa laporan Al-Jazeera berat sebelah kerana memihak kepada bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi,
Namun, dakwaan tersebut dinafikan Al-Jazeera.
Menurut stesen penyiaran berkenaan, pihak berkuasa Mesir bertanggungjawab ke atas keselamatan empat wartawan itu. Al-Jazeera juga menuntut mereka dibebaskan.
Pihak berkuasa Mesir kelmarin melabel Al-Jazeera sebagai ancaman keselamatan nasional dan mengharamkannya. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0831&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2dVmHWhKc 
Hakcipta terpelihara 

Ahmed Mansour, jurnalis Al Jazeera melalui laman Twitternya:

Ahmed Mansour, jurnalis Al Jazeera melalui laman Twitternya:

"Ketakutan membelenggu pemimpin-pemimpin kudeta atas sebab panggilan protes pada hari Jumaat, 30 Ogos. Ia akan menjadi permulaan kepada lengkapnya kempen penentangan sivil yang akan membawa kejatuhan kudeta dan mengembalikan kuasa memerintah kepada rakyat." 

Sumber : Twitter Ahmed Mansour
#mesirkini
#R4BIA

Jurutera Hatem Azzam, timbalan pengerusi Parti al-Wassat, melalui laman Twitternya:

Jurutera Hatem Azzam, timbalan pengerusi Parti al-Wassat, melalui laman Twitternya:

"Revolusi balas dan 'State of Mubarak', diketuai pimpinan kudeta, berusaha untuk segera mematikan Revolusi Januari dan para revolusioner dengan media mereka, udang-undang, polis dan samseng, tetapi revolusi kami akan tetap mencapai kemenangan.."

Sumber : RNN
#mesirkini
#R4BIA

Mostafa Hegazy, penasihat presiden sementara Adly Mansour, "Kita perlu mengalihkan presiden demokratik sekalipun dengan cara yang melanggar perlembagaan".

Mostafa Hegazy, penasihat presiden sementara Adly Mansour, "Kita perlu mengalihkan presiden demokratik sekalipun dengan cara yang melanggar perlembagaan".

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=STjGZ8FVsXg

Sumber : RNN
#mesirkini
#R4BIA

Perarakan di seluruh negara Mesir baru sahaja bermula seusai solat Jumaat sebentar tadi. Hasbunallahu wanimal wakeel.

Perarakan di seluruh negara Mesir baru sahaja bermula seusai solat Jumaat sebentar tadi.
Hasbunallahu wanimal wakeel.

Pautan video siaran langsung : http://bit.ly/12RwONI

Sumber : Al Jazeera Mubasher
#mesirkini
#R4BIA

Demonstrasi anti kudeta di hadapan Masjid Iman, Madinah Nasr.

Demonstrasi anti kudeta di hadapan Masjid Iman, Madinah Nasr. Hari ini dinamakan sebagai "Jumaat Mengembalikan Revolusi" atau "Badai Kemarahan 30 Ogos"

Sumber : RNN
#mesirkini
#R4BIA

Perarakan besar-besaran di Mohandesin sejam yang lalu.

Perarakan besar-besaran di Mohandesin sejam yang lalu.

Sumber : Twitter Ikhwanweb, Mostafa el Zeidy
#mesirkini
#R4BIA

Terkini : Perarakan "Jumaat Mengembalikan Revolusi" di Mansurah.

Terkini : Perarakan "Jumaat Mengembalikan Revolusi" di Mansurah.

Sumber : Twitter Ikhwanweb, Mostafa el Zeidy 
#mesirkini
#R4BIA

Terkini : Perarakan "Jumaat Mengembalikan Revolusi" di Maadi.

Terkini : Perarakan "Jumaat Mengembalikan Revolusi" di Maadi.

Sumber : Twitter Ikhwanweb, Mostafa el Zeidy
#mesirkini
#R4BIA