14 December 2016

Penyokong pro-Morsi dituduh bom gereja


13 DISEMBER 2016
Penyokong pro-Morsi dituduh bom gereja


Penyokong pro-Morsi dituduh bom gereja Kejadian pengeboman gereja di Kaherah, kelmarin. - Foto internet
KAHERAH - MESIR. Pengeboman gereja Ahad lepas kemungkinan adalah balasan dendam oleh penyokong bekas presiden Mesir, Mohamed Morsi kerana pihak gereja menyokong presiden Mesir kini, Abdel Fattah al-Sisi.

Demikian pandangan penganalis politik dari Universiti Kaherah, Victor Salama.

"Ia bagaikan satu tamparan kepada kerajaan Mesir. (Juga satu tamparan) kepada komuniti Kristian Coptic," kata Victor.

Menurut laporan AFP, komuniti Kristian Coptic yang menjadi sasaran Ahad lepas sebelum ini berhadapan diskriminasi ketika pemerintahan 30 tahun Morsi.

Bagaimanapun, pengeboman tersebut juga dianggap 'hasil' daripada kerajaan Mesir yang menangkap dan menghukum penyokong Morsi sebelum ini.

Selepas Morsi dijatuhkan, kerajaan Mesir telah menangkap, memenjarakan beribu-ribu penyokong dan menghukum mati beratus-ratus penyokong pro-Morsi.

"Pihak berkuasa Mesir untuk sekalian tahunnya gagal melindungi keselamatan individu dan hak asasi warga Kristian Coptic," kata Human Rights Watch (HRW) semalam.

16 November 2016

Mursi akan dibicara semula



MURSI



Agensi
Kaherah: Sebuah mahkamah rayuan semalam menterbalikkan hukuman mati terhadap bekas Presiden Mohamed Mursi dalam satu daripada empat perbicaraan sejak dia digulingkan pada 2013.

Mahkamah berkenaan mengarahkan Mursi dibicara semula atas tuduhan mengambil bahagian dalam kejadian lari dari penjara dan keganasan terhadap polis ketika kebangkitan rakyat Mesir pada 2011 yang akhirnya menggulingkan presiden ketika itu, Hosni Mubarak.

Lima orang yang dituduh bersamanya, termasuk pemimpin spiritual Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badie, yang turut dihukum mati pada Jun 2015, juga akan dibicarakan semula.

Hampir 100 yang lain yang dibicarakan tanpa kehadiran mereka tidak termasuk dalam keputusan mahkamah berkenaan.

Bulan lalu, mahkamah sama mengekalkan hukuman penjara 20 tahun terhadap Mursi dalam perbicaraan lain yang membabitkan tuduhan dia menggunakan kekerasan hingga membawa maut terhadap penunjuk perasaan ketika dia menjadi presiden.

Mursi juga dihukum penjara seumur hidup dalam dua kes lain.

Satu daripadanya, dia didapati bersalah mengintip untuk Iran, kumpulan Hizbullah Lubnan dan pergerakan Hamas Palestin.

Satu lagi, dia didapati bersalah mencuri dokumen berkait dengan keselamatan kebangsaan dan menyerahkannya kepada Qatar, negara yang sekian lama menyokong Ikhwan.

Mursi ialah presiden pertama yang dipilih melalui pilihan raya selepas kejatuhan Hosni.

Dia digulingkan dalam rampasan kuasa yang diketuai ketua tentera dan kini presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi berikutan tunjuk perasaan jalanan besar-besaran.

Sejak itu Ikhwan diharamkan dan ratusan anggotanya dibunuh dan ribuan lagi dipenjarakan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 November 2016 @ 7:45 AM

1 November 2016

Banjir Di Mesir Ragut 22 Nyawa


Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2016 11:30 AM

KAHERAH: Hujan lebat sejak Khamis lalu yang membawa kepada kejadian banjir di Mesir telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 22 maut, manakala lebih 70 lagi cedera.
Jurucakap Kementerian Kesihatan, Khaled Megahed bagaimanapun berkata, bilangan mangsa yang maut mungkin meningkat kerana ada keluarga tidak melaporkan kehilangan saudara mara.
Malahan, katanya, ada yang sudah mengebumikan mangsa sejak banjir bermula Khamis lalu.
Pada Ahad, kerajaan mengumumkan bantuan sebanyak AS$5.6 juta (RM23.53 juta) untuk kawasan dilanda banjir termasuk wilayah selatan Sohaq, Sinai Selatan dan sepanjang pantai Laut Merah.
Akhbar Al-Masry Al-Youm dan Al-Watan berkata, penduduk di Ras Ghaib berang dengan tindakan kerajaan sehingga menghalang konvoi membawa Perdana Menteri Sharif Ismail.
Ras Gharib yang terletak di Teluk Suez adalah kawasan yang paling terjejas teruk dengan sembilan orang maut.
Namun pihak berkuasa kesihatan di wilayah Laut Merah di Ras Gharib berkata, angka kematian meningkat kepada 10 orang dengan 32 cedera. -AFP

31 October 2016

22 maut, 72 cedera banjir di Mesir sejak Khamis

DUNIA ISNIN, 31 OKTOBER 2016 @ 12:37 AM

BANJIR di Ras Gharib, Mesir. - Foto AFP


KAHERAH: Sekurang-kurangnya 22 maut manakala 72 lagi cedera dalam kejadian banjir akibat hujan lebat di Mesir, kata pihak berkuasa hari ini, mengemaskini angka kematian awal seramai 18 kematian. Jurucakap Kementerian Kesihatan, Khaled Megahed berkata, mangsa maut mungkin meningkat oleh kerana ada keluarga tidak melaporkan kehilangan saudara mara yang sudah pun dikebumikan sejak banjir bermula Khamis lalu. Semalam, kerajaan mengumumkan bantuan sebanyak AS$5.6 juta (RM23.53 juta) untuk kawasan dilanda banjir termasuk wilayah selatan Sohaq, Sinai Selatan dan sepanjang pantai Laut Merah. Akhbar Al-Masry Al-Youm dan Al-Watan berkata, penduduk di Ras Ghaib berang dengan tindakan kerajaan sehingga menghalang konvoi membawa Perdana Menteri Sharif Ismail. Ras Gharib yang terletak di Teluk Suez adalah kawasan yang paling terjejas teruk dengan sembilan orang maut. Namun pihak berkuasa kesihatan di wilayah Laut Merah di Ras Gharib berkata, angka kematian meningkat kepada 10 orang dengan 32 cedera. -AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/207830

5 October 2016

Imam diserang dengan kasut




Imam kontroversi Mostafa Rashid dan gambar kanan, petikan Mostafa dipukul dengan kasut. - Foto Daily Mail

Daily Mail
Kaherah: Seorang imam dari Australia yang pernah mencetus kontroversi kerana menyatakan Islam tidak melarang umatnya minum arak sebelum ini, diserang dengan kasut ketika siaran langsung satu rancangan temu bual televisyen Mesir.

Mostafa Rashid, yang berasal dari, berhijrah ke Sydney pada 2013 dan menjadi imam sebuah masjid di sana, diserang peguam Nabih al-Washh ketika perbincangan mengenai kewajiban wanita Islam menutup rambut.

Kejadian berlaku ketika Mostafa yang berfahaman liberal, membincangkan sama ada wanita Islam perlu menutup rambut atau tidak, mencetuskan kemarahan Nabih yang menanggalkan kasut lalu memukul kepala Mostafa berulang kali.

Rancangan itu yang disiarkan secara langsung minggu lalu, menunjukkan kedua-dua lelaki itu berdiri dan bertekak sebelum Nabih menanggalkan kasut dan memukul kepala Mostafa.

Mostafa cuba mempertahankan diri manakala Mohammed al-Ghaiti dan beberapa kru penerbitan cuba meleraikan mereka. Kedua-dua lelaki itu kemudian meninggalkan studio sebelum Mohammed meminta maaf kepada penonton.

Pada 2014, beliau menyatakan Islam tidak diwajibkan menutup rambut dan al-Quran tidak memaksa mereka berbuat demikian sebelum dan setahun kemudian, profesor undang-undang Syariah itu sekali lagi dikecam apabila berkata arak tidak diharamkan dalam al-Quran selagi tidak mabuk.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Oktober 2016 @ 10:13 PM

4 October 2016

Tokoh Mesir dalam Al-Qaeda maut dalam serangan dron

SELASA, 4 OKTOBER 2016 @ 7:48 AM

Sheikh Abu al Faraj al Masri. - Foto www.longwarjournal.org

AMMAN, Jordan: Seorang tokoh terkemuka Mesir dalam Al-Qaeda yang menjadi anggota cabang Barisan Nusra Syria terbunuh dalam serangan dron di wilayah dikawal pemberontak di Idlib, Syria, kata dua sumber militan semalam.

Mereka berkata, Sheikh Abu al Faraj al Masri, yang menghabiskan tempoh bertahun dalam penjara Mesir atas tuduhan berkomplot dengan kumpulan fundamental Islam dan kemudian melarikan diri ke Afghanistan, terbunuh apabila serangan dron mengenai kenderaan dinaikinya berhampiran Jisr al Shuquor di Idlib.

 Sejak pakatan diketuai Amerika Syarikat (AS) melancarkan operasi di Syria menentang militan Daesh, serangan udara turut menyasarkan individu Barisan Nusra, menyebabkan sejumlah besar mereka sudah terkorban hingga kini. Hanya bulan lalu, Abu Hajer al Homsi, seorang komander atasan Jabhat Fateh al Sham, nama terkini Barisan Nusra, terbunuh dalam serangan udara di wilayah terpencil Aleppo.

 Nama lain Homsi adalah Abu Omar Saraqeb. Masri, 60, ulama dengan nama sebenarnya Sheikh Ahmad Salamah Mabrouk, adalah antara sahabat utama pemimpin Al-Qaeda, Ayman al-Sawahri ketika kehadirannya di Afghanistan lewat 1980-an, menurut sumber pemberontak. -Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/198674

3 October 2016

Mesir bakal guna sistem imbasan retina di lapangan terbang

DUNIA AHAD, 2 OKTOBER 2016 @ 11:06 PM

KAHERAH: Pihak berkuasa Mesir akan mengumumkan tender bagi sistem keselamatan baharu kakitangan lapangan terbang di sini membabitkan imbasan retina (lapisan mata peka cahaya), bagi memenuhi syarat Russia meneruskan penerbangan ke Mesir.

Mereka berkata, Mesir sudah memenuhi kebanyakan cadangan keselamatan Russia di lapangan terbang di mana kira-kira 20,000 orang bekerja.

Ia memerlukan tempoh beberapa bulan lagi sebelum sistem imbasan retina dikuat kuasa.

Kunjungan Menteri Pengangkutan Russia minggu lalu meningkatkan harapan Moscow akan meneruskan penerbangan ke Mesir, digantung tahun lalu selepas sebuah pesawat Russia terhempas di Semenanjung Sinai, Mesir, mengorbankan 224 penumpang di dalamnya.

Pergantungan itu menjejaskan dengan teruk sektor pelancongan penting Mesir. -AP

 PIHAK berkuasa Mesir akan mengumumkan tender bagi sistem keselamatan baharu kakitangan lapangan terbang di sini membabitkan imbasan retina. - Foto Google

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/198317

25 September 2016

Bot pelarian karam: Mesir tahan dua suspek


24 September 2016 10:21 PM
ORANG ramai membanjiri kawasan jeti di Mesir ketika menunggu bot


ORANG ramai membanjiri kawasan jeti di Mesir ketika menunggu bot penyelamat yang membawa mayat pelarian mangsa lemas dalam kejadian bom karam tiba.-AGENSI
KAHERAH 24 Sept. - Pihak berkuasa Mesir hari ini menahan dua orang suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian bot pelarian karam hingga mengorbankan sekurang-kurangnya 162 nyawa Rabu lalu.
Agensi berita tempatan melaporkan, suspek yang juga merupakan seorang nelayan ditahan bersama ibunya di Beheira, dalam wilayah Delta iaitu lokasi bot tersebut dilaporkan karam.
Agensi berita itu yang memetik kenyataan pegawai pendakwa raya berkata, kedua-dua suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung insiden tersebut.
Sementara itu, portal berita online dari Mesir, al-Youm al-Sabaa pula melaporkan, lelaki itu dan ibunya ditahan selepas didakwa menggunakan bot mereka sebagai feri untuk mengangkut kumpulan pelarian itu ke pantai sebelum kejadian itu berlaku. - DPA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bot-pelarian-karam-mesir-tahan-dua-suspek-1.386767#sthash.ytIaC9jU.dpuf

8 September 2016

27 terbunuh nahas bas, kereta api di Mesir

KHAMIS, 8 SEPTEMBER 2016 @ 9:27 AM

 PENDUDUK setempat memeriksa bangkai kereta api selepas ia tergelincir berhampiran perkampungan Al-Ayyat di Giza di pinggir selatan ibu negara Kaherah. - Foto AFP

KAHERAH: Dua puluh tujuh maut dalam dua kemalangan berasingan di selatan ibu negara Mesir pada Rabu ketika musim percutian sibuk.

Sekurang-kurangnya 22 terbunuh apabila bas yang dinaiki bertembung dengan sebuah trak di wilayah Wedi El-Gedid, kata Kementerian Kesihatan Mesir.

Bilangan penumpang bas tidak dapat dipastikan. Sementara itu, lima terbunuh apabila kereta api tergelincir.

Kemalangan jalan raya menjadi perkara biasa di Mesir, yang menyaksikan banyak jalan di negara itu tidak diselenggara dengan baik dan peraturan tidak dikuat kuasakan, Kereta api yang membawa 60 penumpang, tergelincir selepas meninggalkan Kaherah menuju ke Aswan di selatan, kata polis dan pasukan perubatan.

Konduktor menekan brek selepas mengesan masalah dengan landasan, menyebabkan tiga gerabak terbalik berhampiran kampung Al-Ayyat.

Dua puluh penumpang lagi juga cedera, daripada sekadar melecet sehingga patah tulang. Jalan raya dan perkhidmatan kereta api di Mesir lebih sibuk sebelum cuti umum seperti perayaan Aidiladha minggu depan, dengan penduduk yang bekerja di Kaherah dan bandar raya lain mula pulang ke kampung masing-masing. - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190803

26 August 2016

Menteri Bekalan Mesir letak jawatan susulan skandal gandum

JUMAAT, 26 OGOS 2016 @ 12:19 AM

Menteri Bekalan Mesir, Khaled Hanafy.

KAHERAH: Menteri Bekalan Mesir, Khaled Hanafy, mengumumkan peletakan jawatannya selepas dilaporkan bertanggungjawab terhadap perjanjian gandum yang menyebabkan kerugian puluhan juta dolar kepada negara itu.

Dalam satu pengumuman disiarkan di televisyen, Hanafy berkata kebanyakan kritikan ke atasnya berbentuk peribadi, merujuk kepada laporan beliau tinggal di sebuah hotel mewah di sini susulan pelantikannya pada 2014.

 "Saya mengumumkan, dengan penuh integriti dan terbuka, bahawa saya melepaskan jawatan saya. "Pengalaman menunjukkan, menjadi seorang menteri bukan tugas mudah, sebaliknya satu beban, dan kebanyakan apa yang diperkatakan adalah mengenai hal peribadi," katanya.

Media Mesir melaporkan, satu jawatankuasa yang sedang menyiasat dakwaan perjanjian gandum mendapati Hanafy bertanggungjawab. Pembekal didapati menjual gandum import murah sebagai keluaran tempatan bagi memperoleh subsidi, menyebabkan kerajaan menanggung kos kira-kira AS$55 juta (RM221.59 juta). Siasatan itu dilakukan ketika kerajaan mahu mengurangkan perbelanjaan awam di Mesir, pengimport gandum terbesar dunia.

Hanafy juga dituduh membelanjakan dana awam bagi membayar sewa hotelnya dengan seorang Ahli Parlimen menganggarkan kosnya berjumlah AS$800,000 (RM3.22 juta).

Hanafy menafikan kerajaan membayar perbelanjaannya dan memaklumkan kepada sebuah akhbar bahawa beliau membayar kos penginapan di hotel dengan wang sendiri. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/186783

22 August 2016

Pos pemeriksaan polis utara Kaherah diserang

Menoufia

KAHERAH 21 Ogos - Seorang penyerang menembak mati pemberi maklumat dan anggota tentera serta mencederakan lima yang lain, termasuklah dua penduduk awam dalam satu serangan di pos pemeriksaan polis di wilayah Menoufia, utara Kaherah.
Menurut sumber keselamatan yang enggan dikenali berkata, pasukan keselamatan masih dalam usaha mencari lelaki berkenaan di kawasan berdekatan, kira-kira 80 kilometer utara Kaherah.
Kerajaan Mesir menghadapi pemberontakan yang telah menyebabkan beratus askar dan polis terkorban, kebanyakannya di utara Sinai, sejak pertengahan 2013. - REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pos-pemeriksaan-polis-utara-kaherah-diserang-1.373304#sthash.SfcrOHR9.dpuf

6 August 2016

Ketua Daesh Mesir terbunuh






KAHERAH – Seorang ketua kumpulan pengganas Daesh yang mendalangi serangan maut ke atas pasukan keselamatan dan disyaki menjatuhkan sebuah pesawat komersial Rusia terbunuh dalam satu serangan udara Mesir, kata pihak tentera kelmarin.

Bagaimanapun, pengumuman yang oleh tentera Mesir tidak menyebut lokasi serangan itu. Kaherah sebaliknya mendedahkan nama ketua pengganas Daesh itu sebagai Abu Doaa al-Ansari yang berpangkalan di Semenanjung Sinai.

Dia dikatakan terbunuh bersama beberapa pembantu kanannya dan sebilangan Daesh lain dalam serangan yang dilakukan oleh tentera udara dan skuad antipengganas Mesir, kata seorang jurucakap tentera di laman sosial Facebook.

Sejak tentera Mesir menggulingkan Pre­sidennya, Mohamed Morsi pada tahun 2013, kumpulan pengganas telah mengetuai serangan pemberontakan ke atas tentera dan polis dengan melancarkan serangan hampir setiap hari di Sinai Utara.

Serangan berkenaan telah membunuh beratus-ratus anggota polis dan tentera yang didakwa dilakukan oleh cawangan kumpulan Daesh Mesir di Semenajung Sinai.

Pasukan tentera akhirnya berjaya membunuh Abu Doaa al-Ansari dan beberapa pembantu utamanya bersama lebih 45 anggota Daesh.

Kumpulan Ansar Beit al-Maqdis adalah nama kumpulan itu sebelum mereka mengangkat sumpah taat setia kumpulan Daesh pada November 2014.

Kenyataan itu berkata, berpuluh-puluh yang lain telah ditembak secara tepat dalam sera­ngan ke atas kubu kuat kumpulan itu di selatan dan barat daya bandar EL- Arish, Sinai.

Malah, operasi berkenaan telah memusnahkan sebuah depot yang menyimpan senjata api, peluru dan bahan letupan kumpulan pengganas itu.

Sebelum ini, kumpulan itu mengakui bertanggungjawab menembak jatuh sebuah pesawat Rusia yang membawa pelancong dari pusat peranginan Sinai dengan menyebabkan kesemua 224 penumpang dan anak kapal terbunuh. – AFP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0806&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz4GWacW5P9
Hakcipta terpelihara 

20 June 2016

Mursi dihukum penjara seumur hidup


20 JUN 2016
Mursi dihukum penjara seumur hidup

Mursi dihukum penjara seumur hidup Mursi berada di kandang saksi ketika perbicaraan, kelmarin. - Foto: AFP
KAHERAH - MESIR. Sebuah mahkamah di Mesir, kelmarin, menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas bekas presiden digulingkan, Mohammed Mursi selepas disabit bersalah melakukan pengintipan manakala enam lagi tertuduh dalam perbicaraan sama dihukum mati.

Peguam Abdel Moneim Abdel Maksoud memaklumkan Mursi juga dikenakan hukuman penjara 15 tahun berasingan selepas didapati bersalah kerana mencuri dokumen berkaitan keselamatan negara.

Menurutnya lagi, mahkamah bagaimanapun menggugurkan tuduhan ke atas Mursi yang sebelum ini didakwa menyerahkan dokumen rahsia kepada Qatar.  

Difahamkan, enam defendan terbabit termasuk tiga wartawan, Ibrahim Mohamed Hilal, Omar Mohamed Sablan dari al-Jazeera dan Asmaa Mohamed al-Khatib dari rangkaian berita pro-Ikhwanul Muslimin, Rassd berdepan hukuman mati selepas disabit bersalah bersubahat menyerahkan dokumen rahsia kepada Doha. - al-Arabiya

1 June 2016

Dihukum penjara seumur hidup



1 JUN 2016

Image result for MOHAMED BADIE
MOHAMED BADIE
KAHERAH - MESIR. Sebuah mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas pemimpin Ikhwanul Muslimin dan 35 anggota gerakan itu atas penglibatan mereka dalam protes di bandar Ismailia yang turut meragut tiga nyawa, Julai 2013.
Kelmarin, jurucakap kehakiman memaklumkan Mursyidul Am Ikhwanul, Mohamed Badie bersama 35 defendan telah disabit bersalah oleh mahkamah.
"Seramai 48 individu juga dihukum penjara antara tiga dan 15 tahun manakala 20 yang terlibat dalam kes itu dibebaskan," jelasnya.
Sebelum ini, Mohamed Badie turut berdepan hukuman mati dalam perbicaraan berasingan. - AFP

20 May 2016

MS804 membelok tajam sebelum terjunam


20 Mei 2016 1:16 AM



KAHERAH 19 Mei - Pesawat EgyptAir dari Paris ke Kaherah bersama 66 penumpang dan anak kapal yang terhempas di Laut Mediterranean awal pagi ini, didapati membelok tajam semasa berada di ruang udara Laut Mediterranean sebelum menjunam dalam keadaan berpusing dari ketinggian 11,277 meter.
Pesawat MS804 tersebut dipercayai terjunam di ruang udara Mesir pada pukul 2.30 pagi (8.30 pagi waktu Malaysia) kira-kira 280 kilometer dari pantai Mesir tanpa membuat sebarang panggilan kecemasan.
Menteri Pertahanan Greece, Panos Kammenos berkata, jet penumpang Airbus A320 itu membelok secara tiba-tiba di udara de­ngan berpusing sebanyak 90 darjah ke kiri diikuti pusingan 360 darjah ke kanan sebelum terjunam.
Kammenos berkata, ketinggian pesawat tersebut menjunam dari 11,277 meter ke paras 4,572 meter sebelum isyarat jet penumpang itu hilang pada ketinggian 3,048 meter.
Pendedahan itu dibuat susulan dakwaan seorang pakar nahas udara yang menyatakan keadaan pesawat berkenaan sebelum terhempas menunjukkan kapal terbang tersebut menjadi sasaran pengganas.
Menteri Penerbangan Awam Mesir, Sherif Fathy juga tidak menolak keganasan sebagai punca kejadian berbanding kegagalan fungsi teknikal pesawat.
“Berdasarkan cara juruterbang mengendalikan pesawat, kemungkinan besar kapal terbang itu menjadi sasaran keganasan,” katanya.
Di Kaherah, ahli keluarga bergegas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah selepas dimaklumkan tentang berita kehilangan pesawat ber­kenaan.
Sementara itu, EgyptAir menjelaskan, pesawat MS804 yang berlepas dari Lapangan Terbang Charles De Gaulle di Paris pada pukul 11.09 malam waktu tempatan (5.09 pagi waktu Malaysia) dan sepatutnya mendarat di Kaherah pada pukul 3.15 pagi waktu tempatan (9.15 pagi waktu Malaysia), membawa 56 orang penum­pang termasuk dua bayi dan seorang kanak-kanak serta 10 orang anak kapal.
Juruterbang kapal terbang itu mempunyai pengalaman dengan rekod sebanyak 6,275 jam penerbangan termasuk 2,101 jam penerbangan dengan pesawat A320.
Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilancarkan sejurus nahas melibatkan Mesir, Greece dan Perancis, menemukan dua objek besar berwarna merah dan putih terapung di Laut Mediterranean dipercayai milik MS804.
Jurucakap tentera Greece, Vassilis Beletsiotis memberitahu AFP, penemuan objek terapung itu dibuat sebuah pesawat C-130 milik Mesir kira-kira 420 kilometer dari tenggara Pulau Karpathos, Greece.
Beberapa buah kapal yang menyertai operasi SAR telah dikerah untuk meneliti objek tersebut.
Terdahulu, jurucakap Kementerian Pertahanan Greece berkata, pihak berkuasa sedang menyiasat sebuah akaun media sosial milik kapten sebuah kapal dagang yang melaporkan melihat ‘api di udara’, kira-kira 240 kilometer dari selatan Pulau Karpathos, Greece. – AGENSI/AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/ms804-membelok-tajam-sebelum-terjunam-1.332379#sthash.wV1EPQj6.dpuf

Nahas EgyptAir: Mesir sifatkan serangan pengganas


Nahas EgyptAir: Mesir sifatkan serangan pengganas
Sharif Fathi
KAHERAH 19 Mei - Mesir menyifatkan serangan pengganas berkemungkinan menjadi punca kehilangan pesawat EgyptAir berbanding masalah teknikal.
Menteri Penerbangan Awam Mesir, Sharif Fathi berkata, kemungkinan itu lebih besar berbanding kemungkinan pesawat itu mengalami masalah teknikal namun beliau masih belum menerima maklumat terkini tentang nasib pesawat itu. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/nahas-egyptair-mesir-sifatkan-serangan-pengganas-1.332121#sthash.JpScXxSW.dpuf

18 May 2016

152 Peserta Demonstrasi Mesir Dihukum Penjara


Diterbitkan: Isnin, 16 Mei 2016 12:33 PM
Pasukan keselamatan mengawal sekitar kawasan mahkamah Mesir berikutan perbicaraan yang melibatkan lebih 100 tertuduh yang menyertai demonstrasi.

MAHKAMAH Mesir mengenakan hukuman penjara terhadap 152 tertuduh kerana didapati bersalah kerana terlibat dalam demonstrasi yang sememangnya dilarang di negara itu.
Kes terhadap semua tertuduh melibatkan insiden pada 25 April apabila gerakan dilancarkan susulan tindakan kerajaan yang tunduk kepada Arab Saudi dengan menyerahkan dua Pulau Laut Merah menerusi rundingan yang dirahsiakan.
Polis menahan lebih 1,200 orang tetapi membebaskan mereka tanpa sebarang pendakwaan. Bagaimanapun, hampir 300 daripadanya telah dihadapkan ke mahkamah kerana gagal mematuhi arahan supaya bersurai.
Pada Sabtu, mahkamah Kaherah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap 51 individu kerana kesalahan itu.
Seterusnya pada hari sama, hakim pada dua perbicaraan lain melibatkan peserta demonstrasi sama menjatuhkan hukuman terhadap 101 tertuduh lain. Kumpulan ini dikenakan hukuman penjara lima tahun.
Menurut pihak mahkamah dan peguam bela tertuduh, seramai 79 daripadanya juga didenda AS$10,000 setiap seorang.
Keputusan kes terhadap 51 peserta demonstrasi itu diumumkan selepas dua perbicaraan, demikian menurut peguam bela, Sarah Rabee yang mewakili kumpulan hak asasi Al-Haqaniya.

12 May 2016

Pelajar Kolej Di Mesir Didakwa Beri Sokongan Kepada Al-Qaeda


Diterbitkan: Khamis, 12 Mei 2016 2:52 PM

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar kolej di Kaherah, Mesir, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis terhadap pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas al-Qaeda.
Mohamad Hidayat Azman, 19, pelajar Kolej Markaz Salam di Hayyu Asyir, Kaherah, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah.
Mengikut pertuduhan, Mohamad Hidayat didakwa memasuki Syria bagi memberi sokongan kepada kumpulan pengganas al-Qaeda (Jund Al Aqsa) dengan menjadi anggota kumpulan pengganas itu.
Mohamad Hidayat dari Kuala Bagan Tiang, Tanjung Piandang, Perak didakwa melakukan kesalahan itu dengan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ke Syria antara 5 Sept 2014 hingga 1 Sept 2015.
Dia didakwa mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum menurut Seksyen 130J kanun sama yang boleh dipenjara seumur hidup atau tidak melebihi 30 tahun atau denda, dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.
Mohamad Hidayat, yang memakai kemeja-T berwarna hitam, dibawa dari Penjara Sungai Buloh selepas kali pertama didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang pada 31 Dis lalu.
Namun tiada pengakuan direkodkan kerana kerana kes itu merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Terdahulu, peguam Adi Zulkarnain Zulkafli yang mewakili tertuduh memohon mahkamah memberi satu sebutan baharu sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan bagi membolehkan pihaknya berbincang lebih lanjut dengan anak guamnya itu.
Katanya pihaknya akan mengemukakan representasi terhadap pertuduhan berkenaan sebelum tarikh tersebut.
Sehubungan dengan itu, mahkamah menetapkan 21 Jun ini untuk sebutan dan turut menetapkan tarikh yang sama untuk bicara sekiranya tiada perkembangan berhubung representasi tersebut.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shahida Wan Omar.

9 May 2016

Penyerang di Mesir tembak mati lapan polis

AHAD, 8 MEI 2016 @ 9:50 AM
KAHERAH: Sekumpulan penyerang tidak dikenali menembak mati lapan anggota polis termasuk seorang pegawai dalam serangan ke atas kenderaan dinaiki mangsa di Helwan, selatan ibu negara Mesir itu, kata Kementerian Dalam Negeri. - Reuters


SEKUMPULAN penyerang tidak dikenali menembak mati lapan anggota polis. - Foto egyptianstreets

81 cedera dalam kebakaran di Kaherah



KEADAAN kebakaran di kawasan komersial di tengah Kaherah.
KAHERAH: Sekurang-kurangnya 81 orang termasuk anggota bomba cedera dalam kebakaran di kawasan komersial di tengah Kaherah, menurut pihak berkuasa Mesir.
Kebakaran itu berlaku awal pagi di dalam Hotel Andalusia di kawasan kejiranan padat di Ataba dan Al-Mosky.
Jurucakap polis berkata, kebakaran itu bermula tidak jauh dari Masjid Al-Azhar dan merebak ke empat bangunan berdekatan, termasuk gudang barangan plastik, sekali gus menyebabkan api semakin marak.
Kawasan itu juga sesak dengan penjaja dan kedai kecil.
MENA melaporkan, bomba tentera dan Bomba Kaherah berusaha memadamkan kebakaran dan semua pelanggan hotel dipindahkan.
Penguasa Bomba Kaherah, Gamal Halawa, berkata menjelang tengah hari api berjaya dikawal walaupun 16 daripada anggota bomba dan polis turut mengalami masalah pernafasan disebabkan terhidu asap.
Jurucakap Kementerian Kesihatan, Khaled Megahed, berkata 81 orang mengalami kecederaan ringan dengan kebanyakan mereka mengalami masalah pernafasan dan lebam dan tiada yang melecur.
Punca kebakaran masih belum dapat dipastikan dan siasatan masih dilakukan. - Agensi

20 April 2016

Polis tembak lelaki kerana harga secawan teh


KAHERAH – Seorang anggota polis Mesir menembak dua orang, membunuh seorang daripada mereka dalam satu pertengkaran di tepi jalan di Kaherah semalam, kata sumber keselamatan.
Insiden terbaru itu dikaitkan dengan kekejaman polis itu telah mencetuskan kemarahan orang ramai.
Beberapa saksi berkata, per­tengkaran itu berkaitan harga secawan teh. Satu klip video yang dirakam oleh seorang individu di lokasi kejadian menunjukkan seorang lelaki terbaring di kaki lima jalan dan dikelilingi orang ramai.Tidak dapat dipastikan sama ada mangsa telah meninggal dunia.
Seorang lelaki lain di lokasi kejadian memegang kelongsong peluru dan menuduh polis membunuh orang miskin Mesir. Sekumpulan orang awam kemudian merosakkan sebuah kenderaan polis.
Dalam perkembangan berkaitan, sumber keselamatan menyatakan, seorang lelaki maut dan seorang lagi parah dalam insiden itu di Rehab, pinggir Kaherah. Lelaki yang cedera itu dibawa ke hospital.
– Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0420&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz46LnLr1Hw 
Hakcipta terpelihara 

Polis Mesir lepas tembakan rambang, seorang maut


KAHERAH 19 April - Satu kekecohan tercetus di pinggir bandar Kaherah apabila seorang anggota polis melepaskan tembakan rambang terhadap tiga orang yang terlibat dalam pertengkaran mengenai harga secawan teh.
Menurut saksi kejadian dan kenyataan daripada Kementerian Hal Ehwal Dalaman Mesir, salah seorang daripada mangsa tembakan tersebut bagaimanapun terbunuh.
Kemarahan orang ramai terhadap keganasan polis di Mesir semakin memuncak sejak beberapa bulan lalu sehingga menyebabkan beberapa pertempuran dan tunjuk perasaan berlaku di sana. - REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/polis-mesir-lepas-tembakan-rambang-seorang-maut-1.277664#sthash.VwXRKnob.dpuf

1 April 2016

Mesir pertahan langkah keselamatan


KEHERAH 30 Mac – Pihak berkuasa Mesir mempertahankan langkah-langkah keselamatan yang diambil petang kelmarin ketika penumpang pesawat EgyptAir pulang ke Mesir selepas pesawat itu dilencongkan ke Cyprus oleh seorang perampas yang memakai seutas tali pinggang letupan palsu.
Seif Eldin Mustafa (dua dari kiri) digari polis ketika dibawa
Seif Eldin Mustafa
Kementerian Dalam Negeri Mesir mengeluarkan video rakaman perampas yang dikenali sebagai Seif Eldin Mustafa, 57, melepasi pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Borg El Arab sebelum menaiki penerbangan ke Kaherah, pagi semalam.
Kementerian itu berkata, Seif dan bagasi yang dibawanya telah melalui pemeriksaan keselamatan penuh, namun dia kemudian memasang bom palsu daripada barangan peribadi yang dibawa di dalam begnya.
Seif membebaskan kebanyakan penumpang dan anak kapal sejurus pesawat mendarat, namun menahan tujuh penumpang lain sebagai tebusan sebelum menyerah diri beberapa jam kemudian.
Lelaki itu pada mulanya menuntut pembebasan beberapa aktivis pembangkang wanita Mesir dan menuntut dia diberi suaka politik di Eropah.
Stesen televisyen melaporkan suspek berkenaan meminta untuk bercakap dengan bekas isterinya di Cyprus, di dalam sehelai surat yang digugurkan dari tingkap pesawat yang dirampasnya, yang mana telah diterjemah oleh polis Cyprus daripada bahasa Arab.
Sementara itu, Seif muncul di mahkamah hari ini, yang menyaksikan dia ditahan reman selama lapan hari.
Seif, 58, yang berasal dari Mesir dan bekas isterinya dari Cyprus tidak diminta untuk bercakap di mahkamah.
Dia tidak akan menghadapi sebarang dakwaan rasmi sehingga pendengaran semula kemudian, dan ketika itu dia boleh mengemukakan rayuan.
Pihak berkuasa Cyprus menggambarkan Seif mempunyai masalah psikologi tidak stabil dan berkata, kes itu tidak mempunyai kaitan dengan keganasan. – dpa/AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mesir-pertahan-langkah-keselamatan-1.206839#sthash.xcR03LUJ.dpuf

19 March 2016

Sisi beri amaran Barat jauhi Libya

JUMAAT, 18 MAC 2016 @ 12:06 AM



PRESIDEN Mesir Abdel Fattah al-Sisi. - Foto AP

 ROME: Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi memberi amaran kepada kuasa Barat, Libya mungkin berada di luar kawalan jika mereka cuba campur tangan menggunakan kuasa tentera di negara Afrika Utara yang dilingkari konflik. Bercakap dalam satu temuramah, pemimpin disokong tentera itu berkata, Barat dan sekutunya sepatutnya menumpukan usaha mengukuhkan tentera kerajaan diiktiraf di peringkat antarabangsa dan membiarkannya melakukan tugas menstabilkan negara itu.

Tentera dipimpin Khalif Haftar, seorang jeneral bersara secara rasmi yang menghabiskan 20 tahun hidup dalam buangan di Amerika Syarikat (AS), dianggap berpotensi sebagai "Sisi Libya" kerana tentangan kerasnya terhadap kumpulan militan.

 "Jika kita menyediakan senjata dan sokongan kepada tentera Libya ia boleh melakukan tugas lebih baik berbanding orang lain, lebih baik berbanding campur tangan tentera luar yang berisiko menyeret kami ke dalam situasi yang berisiko di luar kawalan," kata Sisi kepada akhbar Itali, La Repubblica dalam satu temuramah disiarkan hari ini. Sisi berkata, sejarah "bercakap dengan jelas" mengenai kesukaran cuba melaksanakan keamanan dari luar.

 "Dua pengajaran perlu diingati: Afghanistan dan Somalia. Ia adalah campur tangan panjang asing yang bermula lebih 30 tahun lalu dan apa perkembangan yang sudah dibuat sejak itu? "Keputusannya ada untuk dilihat semua orang," katanya. Sisi juga mengatakan kerajaan Eropah memandang rendah skala pengaruh pelampau Islam di Libya.

 "Eropah melihat Libya seolah-olah IS hanyalah satu-satunya ancaman. Ia adalah satu kesilapan besar. "Kita terpaksa berwaspada dengan militan berbeza dengan ideologi sama, apa yang kita katakan mengenai rangkaian Al-Qaeda seperti Ansar al-Islam atau Shebab di Somalia dan Boko Haram di Afrika," katanya. -AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/134662

12 February 2016

73 cedera kereta api tergelincir di Mesir

Orang ramai memerhatikan sebuah kren mengangkat kereta api yang

12 Februari 2016 12:05 AM
Orang ramai memerhatikan sebuah kren mengangkat kereta api yang tergelincir daripada landasan di Beni Suef, selatan Kaherah, semalam. REUTERS
KAHERAH 11 Feb. – Sebanyak 73 penumpang sebuah kereta api ce­dera apabila pengangkutan tersebut tergelincir daripada landasan sebelum terbalik di wilayah Bani Suef, selatan Kaherah, hari ini.
Menurut Kementerian Kesihatan, insiden berlaku ketika kereta api berkenaan sedang dalam perjalanan ke Kaherah dari Luxor.
“Sebanyak 58 penumpang dibenarkan pulang selepas dirawat sebagai pesakit luar, manakala bakinya ditahan di wad,” jelas kementerian itu dalam satu kenyataan.
Sementara itu, jurucakap Kementerian Pengangkutan, Ahmed Ibrahim berkata, kereta api tersebut terbalik selepas enjinnya terlanggar bongkah simen.
Namun katanya, penumpang bernasib baik kerana pengangkutan itu hampir bertembung dengan sebuah kereta api lain.
Tambah beliau, pemandu kereta api itu telah ditahan atas kesalahan gagal mematuhi arahan dikeluarkan stesen berhampiran. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/73-cedera-kereta-api-tergelincir-di-mesir-1.189314#sthash.aot1CtEp.dpuf

10 February 2016

Saya tolak perbicaraan, saya masih Presiden Mesir, kata Morsi


Morsi-rally
Oleh Athirah Huda Zalhe
KAHERAH, Rabu – Mohamed Morsi semalam menolak perbicaraan yang dilakukan keatasnya sebaliknya terus mempertahankan kedudukan beliau sebagai Presiden Mesir walaupun telah digulingkan oleh Al-Sisi.
Menurut Agensi Anadolu, Morsi berkata demikian ketika perbicaraan kesnya di Mahkamah Jenayah Kaherah bersama 10 defendan yang lain.
“Saya ingin menegaskan bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendakwa saya. Seperti yang saya katakan dulu, saya menolak perbicaraan kes ini bukannya mahkamah.
“Saya Presiden kepada semua rakyat Mesir dan tidak pernah bertemu dengan mana-mana jawatankuasa Ikhwan sejak saya datang ke pejabat pada Jun 2012,” katanya.
Morsi merupakan Presiden Mesir pertama yang dipilih secara bebas. Beliau mengambil alih jawatan tersebut pada Jun 2012, namun disingkirkan dalam satu rampasan kuasa tentera Al-Sisi pada Julai 2013.
Selain daripada kes pemgintipan, Morsi juga berdepan dengan penjara selama 20 hingga 25 tahun bagi tiga kes lain.
Bagaimanapun, perbicaraan kes itu ditangguhkan.- Agensi

5 February 2016

Mahkamah Rayuan batal hukuman mati 149 ahli Ikhwanul Muslimin


morsih
KAHERAH, Jumaat – Mahkamah Rayuan membatalkan hukuman mati yang dikenakan ke atas 149 tertuduh – kebanyakannya ahli Ikhwanul Muslimin yang diharamkan rejim Al-Sisi – yang didakwa atas kesalahan membunuh pegawai polis dalam kekacauan yang berlaku tiga tahun lalu.
Mahkamah itu juga dilaporkan mengarahkan semua tertuduh dibicara semula atas dakwaan menyebabkan 13 anggota polis terbunuh pada 14 Ogos 2013 lalu – hari yang sama di mana polis menembak mati ratusan penunjuk perasaan di ibu kota Mesir.
Ratusan penunjuk perasaan, terutama ahli Ikhwanul Muslimin dan penyokong bekas presiden yang digulingkan Mohamad Morsi, ditangkap dalam rusuhan itu dan kebanyakannya dijatuhi hukuman mati melalui siri perbicaraan besar-besaran yang dijalankan bermula Februari tahun lalu.
Mahkamah juga menjatuhi hukuman mati ke atas 37 tertuduh tanpa kehadiran mereka di mahkamah. Bagaimanapun, mereka tidak akan menyerah diri untuk menghadapi perbicaraan semula itu.
Setakat ini, tujuh tertuduh sudah menjalani hukuman mati berikutan kekacauan sejak Morsi digulingkan, termasuk enam yang terbabit dengan gerakan militan.
Tiga tahun lalu, pihak tentera diketuai Jeneral Abdel Fattah al-Sisi menggulingkan Morsi yang dipilih secara demokrasi, sebelum bertindak mengharamkan Ikhwanul Muslimin. – Agensi